Perniagaan
merupakan salah satu cabang untuk menjana pendapatan dan ekonomi harian
tidak kira bagi pihak individu atau berkumpulan. Malah, dalam Islam
sendiri telah menyatakan bahawa perniagaan adalah 9/10 daripada pintu
rezeki. Sedikit sebanyak hal ini telah menggambarkan bahawa perniagaan
boleh menjadi satu peluang kepada kita untuk mencari rezeki. Yang
penting, perlu ada modal dan usaha untuk mengembangkan perniagaan. Akan
tetapi, perlu diingat bahawa perniagaan bukan mahu mengejar keuntungan
semata-mata kerana dalam perniagaan kerugian juga menjadi satu lumrah.
Islam sendiri ada menggariskan tujuan perniagaan mengikut perspektif
Islam iaitu untuk memperbesar dan memperluaskan aktiviti syariat atau
bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang banyak. Oleh itu, dalam
perniagaan, kita perlulah senantiasa mencari keredhaan ALLAH SWT iaitu
dengan cara menetapkan niat yang betul serta menjalankan perniagaan
dengan sebaik-baiknya. Selain itu, dalam perniagaan juga, ada etika yang
perlu dipatuhi. Tujuan etika perniagaan tidak lain tidak bukan untuk
memastikan para peniaga Muslim khususnya, menghindarkan sifat-sifat yang
keji lantas sentiasa mengamalkan sifat-sifat terpuji sepanjang
menguruskan perniagaan. Apakah yang dimaksudkan dengan sifat-sifat
terpuji ini? Ianya adalah seperti berikut:
Jujur dan Amanah – Jangan Menipu
Jujur
dan amanah!! Itulah sifat utama yang perlu ada pada seorang peniaga
Muslim. Seseorang peniaga yang menipu dalam jualannya tidak selamanya
akan terus memperoleh keuntungan. Masyarakat pada hari ini semakin bijak
menilai dan menganalisis pastinya akan dapat menghidu penipuan yang
dijalankan. Akhirnya, kerugian akan berpatah balik kepada peniaga kerana
kepercayaan para pembeli semakin berkurangan. Maka atas sebab itu,
Islam telah mengunjurkan agar setiap Muslim yang menjalankan urusniaga
mestilah bersifat jujur dengan perniagaannya. Jangan sesekali menjual
barangan yang telah rosak, menipu sukatan atau timbangan, menjual
sesuatu dengan mengambil keuntungan yang sangat besar sehingga
menyukarkan pembeli dan sebagainya. Dari segi amanah pula, seseorang
peniaga Muslim tidak sepatutnya berbuat seleweng demi meraih keuntungan
semata-mata. Aktiviti jual beli yang diselangi dengan perbuatan pecah
amanah hanya merugikan kedua-dua belah pihak. Pecah amanah ini
seringkali berlaku kepada syarikat-syarikat besar yang mana ada dalam
kalangan ahlinya yang membocorkan rahsia syarikat kepada pihak-pihak
berkepentingan. Apa yang boleh diperkatakan, pecah amanah boleh berlaku
disebabkan sifat tamak yang membuak-buak dalam diri. Berpunca daripada
ini juga, boleh timbul permasalahan yang lain seperti rasuah dan
sebagainya. Sayangnya, ramai peniaga Muslim pada hari ini yang bersikap
tidak sabar dan gelojoh untuk meraih keuntungan dalam perniagaan
sehingga ada dalam kalangan mereka yang sanggup menipu dan memperdaya
para pengguna. Dalam Al-Quran dengan jelas telah menyebut dan mengangkat
martabat orang-orang yang bersikap jujur iaitu melalui Surah al-Taubah
ayat 119 yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang jujur.”
Melalui
ayat ini, dengan jelas telah menunjukkan kepada kita bahawa kejujuran
itu merupakan sifat yang penting dan terpuji serta patut diamalkan bukan
hanya dalam konsep perniagaan sebaliknya juga dalam hal-hal kehidupan
seharian.
picture
PENGENALAN
- MEMBORONG MEMBEKAL DAN MENGEDAR KELAPA SANTAN / AYAM KAMPUNG
- Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
- ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
- Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
- Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-
Jumlah Paparan Halaman
Selasa, 31 Julai 2012
Isnin, 30 Julai 2012
Program Usahawan Muda(PUM)
Program Usahawan Muda (PUM)
merupakan satu pendekatan pembudayaan keusahawanan kepada pelajar sekolah
menengah. Ianya mula diperkenalkan pada tahun 1989 dengan penglibatan dua
buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Petaling dan Sekolah Menengah Vokasional Kuala
Lumpur. Pada ketika itu program dikendalikan oleh Unit Penyelarasan
Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Kemudian program ini dipindahkan
kepada Kementerian Perusahaan Awam mulai tahun 1990.
Pada tahun 1995 Kementerian Perusahaan Awam telah diperluaskan skop tugasnya dan ditukar namanya kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan kemudiannya kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Selaras dengan itu, Program Usahawan Muda telah diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Pada 9 April 2009, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah dibubarkan, dan program ini dipindahkan dibawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Objektif pelaksaan Program Usahawan Muda ini adalah:

- Memupuk dan membentuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar sekolah.
- Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk memula dan melaksanakan perniagaan dengan berkesan.
- Menyediakan peluang pembelajaran keusahawanan melalui pengalaman.
- Menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya yang menarik.
- Melahirkan usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju.
Program Usahawan Muda (PUM)
memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar sekolah menengah mengenai
penubuhan sistem operasi dan pembubaran syarikat berdasarkan model
koperasi. Pelajar akan terlibat di dalam program latihan “hands-on” selama
sembilan bulan di sekolah masing-masing. Pada penghujung latihan tersebut,
pelajar akan membentangkan akaun untung rugi hujung tahun syarikat berkenaan.
Sejumlah 13,372 pelajar dari 682 buah sekolah menyertai Program Usahawan Muda.
Selain program “hands-on” penubuhan dan pembubaran syarikat, Program Usahawan Muda(PUM) ini juga meliputi Simposium Keusahawanan, Konvensyen PUM Negeri, Konvensyen PUM Nasional dan Kem Keusahawan.
Selain program “hands-on” penubuhan dan pembubaran syarikat, Program Usahawan Muda(PUM) ini juga meliputi Simposium Keusahawanan, Konvensyen PUM Negeri, Konvensyen PUM Nasional dan Kem Keusahawan.
Ahad, 29 Julai 2012
Tabiat Buruk Pembeli Akibatkan Peruncit Rugi Besar
Tabiat buruk dan sikap tidak jujur ketika membeli-belah mengakibatkan peruncit kerugian jutaan ringgit setiap bulan.
Pembeli membuka paket produk tetapi tidak membelinya, menekan dan menyentuh buah-buahan serta sayur-sayuran sehingga menjejaskan kesegarannya, menambah barangan selepas ditimbang dan menukarkan tanda harga atau kod bar antara tabiat buruk membeli-belah.
Malah segelintir pembeli mencuba seluar dalam walaupun terdapat peringatan melarang mereka untuk berbuat demikian atas sebab kebersihan.
Tetapi sekarang lebih banyak yang terdedah oleh sikap mereka yang tidak bertanggungjawab.
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, tabiat itu berpunca daripada kurang kepercayaan antara pengguna dan peruncit.
“Kita mempunyai budaya apabila pergi ke pasar dan memeriksa barangan dengan teliti untuk memastikan kesegarannya tetapi pasar raya dan pasar raya besar telah menetapkan standard lebih tinggi untuk setiap barangan.
“Pengguna perlu belajar untuk mempercayai pada label berbanding membuka paket atau mencucuk buah-buahan,” katanya.
Berdasarkan kes yang berlaku dalam rangkaian gedung Mydin, pelupusan produk segar disebabkan tabiat ini adalah antara satu dan dua peratus daripada jualan harian. Kadar bagi barangan tidak mudah rosak adalah kurang satu peratus.
“Jika jualan harian kami adalah RM100,000 sehari, maka nilai buah-buahan dan sayur-sayuran yang dibuang bernilai sehingga RM2,000,” katanya.
Seorang pengarah rangkaian runcit yang tidak mahu dikenali berkata, tabiat buruk pengguna semakin menjadi satu kebiasaan.
“Apabila kami memeriksa di gedung, kami mendapati terdapat barangan yang diletakkan di rak yang salah, bekas ais krim dan paket daging pula terbuka dan terdedah menyebabkan kami terpaksa membuangnya,” katanya.
Beliau berkata, secara purata kerugian yang dialami oleh gedung syarikatnya berjumlah antara 0.3 peratus dan 0.5 peratus daripada jualan harian atau kira-kira RM19 juta setahun.
“Bagaimanapun, kos ini tidak diserapkan kepada pengguna kerana kami akan kehilangan daya saing,” kata beliau.
Presiden Persatuan Rangkaian Peruncit Malaysia (MRCA), Datuk Nelson Kwok berkata, walaupun kebanyakan pembeli merupakan pengguna yang berhemah tetapi sejumlah kecil ‘kambing hitam’ ini telah menyebabkan peruncit mengalami kerugian.
“Sebelum ini, pengguna lebih bertanggungjawab tetapi mereka fikir mereka mempunyai hak untuk membuka dan memeriksa barangan,” katanya.
Pengasas dan Pengerusi KK Group, Datuk Dr Chai Kee Kan menjadikan contoh apabila seorang pengguna menukarkan tanda harga RM5 pada satu botol pati ayam dengan RM30 bagi kotak yang mengandungi enam botol.
Beliau berkata, sesetengah pembekal menerima barangan yang rosak dan sanggup untuk menukarkan barangan kepada yang baru tetapi peruncit akan mengalami kerugian sekiranya pembekal enggan.
Bagi mengurangkan kerugian, beliau berkata, syarikatnya yang menjalankan operasi di 104 pasar raya seluruh negara akan menempatkan barangan yang lebih berharga berhampiran dengan juruwang dan telah memasang lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV).
Setiap premis mempunyai antara 10 dan 16 CCTV.
Kwok menasihatkan peruncit supaya memastikan kakitangan barisan hadapan mereka supaya setiap memantau gerak-geri pembeli dan sentiasa berwaspada.
“Kami mempunyai pekerja yang terlatih dan mengambil tahu pergerakan pelanggan. Segelintir pelanggan jika dibiarkan bersendirian, akan cuba untuk membuka paket barangan,” kata beliau.
Jurucakap pasar raya besar Tesco berkata, syarikat tidak akan bertolak ansur langsung terhadap pelanggan yang mempunyai tabiat buruk seperti itu.
“Kami menggunakan banyak inisiatif berlandaskan undang-undang seperti mempunyai pengawal keselamatan yang membuat rondaan, mempertingkatkan pengawasan CCTV, meletakkan tanda amaran dan memberi program kesedaran berhubung kecurian kepada kakitangan barisan hadapan kami.
“Kami juga menambah baik pembungkusan dengan perlindungan produk,” katanya.

Persatuan peruncit henti jual 3 barangan kawalan mulai esok
KUALA LUMPUR: Peniaga yang menganggotai Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia akan berhenti menjual gula, minyak masak dan tepung gandum mulai esok kerana tidak setuju dengan langkah kerajaan memperkenalkan lesen runcit untuk tiga barangan kawalan itu.
Presidennya, Lean Hing Chuan, berkata persekutuan itu telah mendapat persetujuan kebanyakan persatuan peruncit Cina dengan anggaran 20,000 peruncit di seluruh negara.
"Kita akan mula berhentikan penjualan barang itu
Lean berkata, peruncit termasuk di Sabah dan Sarawak juga menyokong boikot itu kerana mereka semua beranggapan penjualan ketiga-tiga barangan itu tidak memberi keuntungan yang banyak.
Ditanyakan mengenai kesan tindakan mereka, beliau berkata mereka tidak akan kerugian kerana penjualan barangan berkenaan tidak menjejaskan mereka kerana tidak menguntungkan serta membebankan peniaga terbabit.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengalu-alukan usaha MCA untuk menjadi perantara bagi menyelesaikan isu perlesenan runcit dengan Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia.
Beliau berkata, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, mampu membantu kementerian menangai masalah itu dengan menemui peniaga terbabit.
"Seramai 15,000 peniaga sudah memohon lesen menjual barangan keperluan, maka ia sepatutnya tidak menjadi masalah kepada pengguna untuk membeli barangan terbabit atau kekurangan bekalan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen. - BERNAMA

Sabtu, 28 Julai 2012
AWAS jeli kulit babi
KUALA LUMPUR: Lambakan pelbagai jenis gula-gula jeli dan getah pelbagai warna serta bentuk yang diimport mencetuskan keresahan pengguna Islam berikutan 80 peratus dihasilkan daripada gelatin babi.
Gula-gula terbabit yang dijual berleluasa di kedai runcit dan pusat beli-belah dikesan tidak mempunyai logo halal, termasuk daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Lapor Kenaikan Harga Barang Kawalan
Perkara biasa bila tiba
musim perayaan, peruncit atau pemborong akan menaikkan harga barang runcit untuk mengaut keuntungan. So sebagai pengguna
kena peka dengan perkara ni terutama yang berada di kawasan pekan atau luar
bandar kerana majoriti kurang ambil tahu atau kurang terdedah akan perkaran ni
yang menjadikan peniagan atau pemborong menaikkan harga barang runcit sesuka
hati. Pastikan peniaga meletakkan tanda harga berwarna merah jambu pada
barangan runcit yang telah dikawal. Jika terdapat peruncit atau pemborong yang
tidak meletakkan tanda harga atau menaikkan harga barang kawalan sesuka hati
sila laporkan kepada.
Jumaat, 27 Julai 2012
Sekadar Renungan.....
Kedai runcit memang sudah menjadi tempat yang paling
popular untuk membeli barangan keperluan harian selain membeli di
pasaraya. Kedai runcit menjadi pilihan kerana ianya berdekatan dengan
tempat tinggal dan mudah untuk pergi ke sana. Ramai yang sudah mula
membuka kedai runcit. Bisnes kedai runcit sekiranya kena dengan
tempatnya dan cara pengurusannya memang boleh mendatangkan keuntungan
yang lumayan. Ramai yang ingin membuat permohonan lesen kedai runcit
bagi membuka perniagaan kedai runcit. Ramai juga yang bertanya bagaimana
membuka kedai runcit? Apakah senarai barang kedai runcit? Dan
macam-macam lagi. Bagi yang baru nak menceburi bidang ini seeloknya
mempelajari rancangan perniagaan kedai runcit oleh mereka yang
berpengalaman atau pergi sahaja kursus yang dianjurkan oleh mana-mana
pihak. Mungkin ada yang sudah mempunyai kedai runcit tetapi tidak tahu
mendapatkan pembekal barangan runcit dan peralatan lain seperti rak kedai runcit dan sebagainya. Jika anda di luar sana merupakan pembekal barangan kedai runcit diharap boleh promosikan perkhidmatan anda di sini.
Langgan:
Catatan (Atom)