picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 31 Oktober 2013

Biar Betul! Benarkah 5 Bandar Ini Dijangka Akan Tenggelam?

Biar Betul! Benarkah 5 Bandar Ini Dijangka Akan Tenggelam? | Isu banjir bukan masalah baru, tetapi ia merupakan satu bencana yang perlu kita atasi dan fikirkan bagaimana untuk mengelakkan ia berulang kembali. Namun ia bukanlah satu perkara yang mudah, kerana sistem saliran dengan pertambahan takathujan yang banyak, menyebabkan saliran boleh melimpah. Jom kita ketahui apakah bandar yang disenaraikan di bawah ini dijangka akan tenggelam?
Musibah banjir sedang melanda dibeberapa buah negara, di bawah ini terdapat laporan yang menyatakan bandar-bandar yang dijangka akan tenggelam kerana bencana banjir. Sila ikuti laporannya.
1. Bangkok
1
Pada tahun 2100, Bangkok dijangkakan menjadi Atlantis kedua. Ibukota Thailand tersebut tenggelam disebabkan beberapa faktor, antara lain perubahan iklim kerana kesan rumah kaca, naiknya permukaan air laut, hakisan pantai, dan pergeseran tanah.
Janggkaan tersebut dikemukakan oleh Pusat Peringatan Bencana Nasional Thailand Smith Dharmasaroja. Oleh sejumlah pihak, jangkaan Smith ditanggap sangat serius. Sebelum ini dia sudah meramalkan adanya Tsunami di sekitar Samudera Hindia pada tahun 2004.
Selain itu, letak yang berada 1,5 meter di bawah permukaan laut menyebabkan Bangkok selalu mengalami banjir setiap tahun.
2. Ho Chi Minh City
2
Salah satu kota di Asia Tenggara yang terancam tenggelam adalah Ho Chi Minh City. Setiap tahun,ketinggian banjir meninggi setinggi 2 sentimeter. Urbanisasi diyakini sebagai sumbangan besar dalam peningkatan suhu cuaca, turunnya hujan dan bencana banjir dalam dua tahun terakhir.
3. Shanghai
3
Struktur tanah yang dipenuhi oleh bangunan pencakar langit, menyebabkan permukaan tanah Shanghai menurun setengah inchi setiap tahun.
Keperluan akan bangunan pencakar langit tersebut merupakan imbasan dari melonjaknya populasi penduduk Shanghai. Pada tahun 2001, penduduk kota yang berada di muara Sungai Yangze ini berjumlah 20 juta orang.
4. Mumbai
4
Pada tahun 2008, Kelompok aktiviti Greenpeace memperkirakan, pada tahun 2100, kota Mumbai akan tenggelam oleh air laut. Naiknya air laut hingga 5 meter disebabkan oleh cairan kutub ais.
Dalam laporan yang berjudul ‘Iklim Migran di Asia Selatan’ Greenpeace Ais kutub cair disebabkan oleh meningkatnya suhu bumi hingga 4-5 darjah kerana pemanasan global.
5. Jakarta
5
Selain tempat geografi yang berada di bawah permukaan air laut, keperluan akan air tanah yang tinggi disyaki menjadi salah satu penyebab tenggelamnya daratan Jakarta. Populasi penduduk yang terus meningkat menjadi alasan utama keperluan akan air tanah. Dalam kurun waktu 20 tahun ke depan, diperkirakan jumlah penduduk di Ibukota meningkat hingga 40 juta orang.
Pakar hidrologi asal Belanda, JanJaap Brinkman menjelaskan, jika proses penyedutan air yang terus-menerus dilakukan tidak segera dihentikan, di akhir abad, Jakarta akan tenggelam.
“Jika ekstraksi (penyedutan) air tanah tidak segera dihentikan, di penghujung abad, Jakarta akan tenggelam dengan kedalaman lima hingga enam meter,” jelasnya seperti dikutip theatlanticcities.com.
 Jemput like ke page kami :-

Pelik! Lelaki Ini Menjadi Jutawan Setelah Membeli Sebuah Kontena Misteri


Pelik! Lelaki Ini Menjadi Jutawan Setelah Membeli Sebuah Kontena Misteri | Kadangkala nilai sesebuah benda itu tidak mampu dinilai dengan mata kasar, tetapi jika sudah memilikinya barulah kita betul-betul tahurahsia disebaliknya. Ini yang berlaku terhadap seorang lelaki yang merupakan ahli perniagaan kecil-kecilan. Dirinya telah membeli sebuah kontena yang dia sendiri tidak mengetahui muatan dalamnya. Denganpembelian nilai USD100, ahli perniagaan itu telah berjaya membeli sebuah kontena yang baru sahaja diketahui terisi dengan sebuah kereta buruk tidak mempunyai tayar. Namun rupa-rupanya kereta tersebut bernilai hampir jutaan dollar.
kereta
LONDON 26 Julai – Seorang ahli perniagaan kecil-kecilan di Britain tidak menyangka tindakannya membelisatu kontena yang tidak diketahui muatannya berharga AS$ 100 (RM320) lebih 20 tahun lalu, bakal mengubah nasibnya menjadi jutawan.
Lelaki yang enggan dikenali itu telah membeli satu kontena misteri di Long Island pada 1989 tanpa menyedari ia sebenarnya berisi kereta yang dianggap sebagai satu daripada kenderaan legenda dalam dunia perfileman iaitu kereta kapal selam Lotus Esprit.
Kenderaan itu pernah digunakan dalam filem James Bond, The Spy Who Loved Me pada 1977 dan kini dianggarkan bernilai AS$ 1 juta (RM3.2 juta).
Lelaki itu percaya, kereta terbabit ditinggalkan oleh syarikat produksi filem yang menyewa kontena tersebut untuk tempoh 10 tahun, tetapi terlupa mengambilnya sehingga menyebabkannya dilelong.
Pada awalnya, dia menyangka kereta itu tidak berharga kerana tidak mempunyai tayar dan kemik di bahagian bumbung, tetapi ketika dalam perjalanan pulang membawa kereta itu dibelakang traknya, seorang pemandu lain memberitahunya tentang nilai kereta itu.
Lelaki itu turut mengambil keputusan melelong kenderaan tersebut menerusi dewan lelongan RM Auctions di London pada 9 September ini selepas pakar James Bond, Doug Redenius mengesahkan keasliannya.

 Jemput like ke page kami :-

Rabu, 30 Oktober 2013

BONGKAR!!! Petua Hilangkan Rasa Sakit Gigi [BACALAH...]




BONGKAR!!! Petua Hilangkan Rasa Sakit Gigi [BACALAH...]

Petua Hilangkan Rasa Sakit Gigi l Sakit gigi memang menyeksakan tambah lagi kalau orang penakut macam aku ni. Selain daripada mendapatkan rawatan perubatan dengan doktor gigi, apa kata cuba beberapa petua berikut untuk meredakan sakit gigi.
 

1. Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
 

2. Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
 

3. Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
 

4. Gigit tiga kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.
 

5. Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
 

6. Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

 Jemput like ke page kami :-

Bubuh arak dalam masakan

  • Bubuh arak dalam masakanDua jenis arak yang dipercayai digunakan chef sebuah hotel di Jerantut.
 1 / 1 
KUANTAN - Seorang tukang masak sebuah hotel terkenal di Jerantut yang cuba menipu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) akhirnya mengaku menggunakan arak selepas disoal siasat.

Tukang masak berkenaan pada mulanya mengaku arak jenis wine itu adalah minumannya dan disimpan bersama bahan masakan lain termasuk sos dan kicap.

Bagaimanapun, selepas melihat tulisan tertera Gourmet Cooking Wine yang ditunjukkan penguatkuasa, dia bersetuju bahawa arak itu digunakan untuk memasak masakan Cina.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, dua jenis arak yang ditemui itu diimport dari China dan dipercayai digunakan ketika menyediakan masakan kepada pelanggan Islam kerana peralatan masakan sama tanpa sebarang pengasingan.

“Kandungan alkoholnya hanya satu peratus tetapi kita tetap serius dengan perkara ini bagi menangani kemaslahatan pelanggan Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Noridzuan berkata, semua tukang masak di hotel berkenaan bukan Muslim dan hotel itu juga tidak pernah memohon sijil halal tetapi pemantauan dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui status halal masakan yang disajikan.

Menurutnya, pengurusan hotel tidak berminat memohon sijil halal kerana restoran di hadapan dapurnya menghidangkan minuman keras bagi pengunjung bukan Islam.

“Mereka juga tetap mahu meneruskan penggunaan ramuan dan aneka sos yang tidak dapat disahkan status halal yang tidak dapat menepati syarat dan prosedur pensijilan halal,” katanya.

Noridzuan berkata, pemantauan dilaksanakan bersama Pejabat Agama Islam Jerantut dan Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut.

Selepas lebih satu jam membuat pemeriksaan, katanya, kumpulan pemantau itu mendapati amalan kebersihan tidak memuaskan secara keseluruhan terutama di bahagian dapur dan peti sejuk.

“Sarang telur dan telur yang tidak dibasuh dan diletak berhampiran dengan tempat memasak dan semua pekerja di bahagian dapur tidak mendapat suntikan anti typhod serta gagal menghadiri kursus pengendalian makanan.

“Pihak hotel sebenarnya tidak melakukan sebarang pelanggaran Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011) kerana tidak terdapat apa-apa pernyataan halal atau apa-apa perkataan atau objek yang boleh membawa pengertian halal di premis hotel itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan pelanggan Islam tidak mudah terpedaya dengan ajakan individu tertentu supaya mencuba masakan di hotel atau restoran terkenal yang tiada tanda halal.

Jaip juga menggesa premis makanan supaya lebih peka dengan keperluan penyediaan makanan halal bagi pengguna Islam terutama aspek ramuan yang jelas tidak halal.

SINARHARIAN

 Jemput like ke page kami :-

Harga gula naik kerana kerajaan import gula mahal

  • Tony PuaTony Pua
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa harga gula melonjak naik bukan kerana isu subsidi tetapi Kerajaan Pusat menandatangani perjanjian beli gula mentah dengan harga tinggi.

Menurutnya, pada Januari 2012, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan menandatangani perjanjian tiga tahun untuk mengimport gula mentah dengan harga AS$25 (RM78.59) setiap 45.36 kg.

"Ekoran perjanjian itu rakyat terpaksa menikmati gula lebih mahal.

"Saya mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan kerana membeli gula mentah dengan harga  lebih mahal dari harga pasaran iaitu AS$23.42 (RM73.62)," katanya di Parlimen, semalam.

Beliau berkata, jika mengambil kira harga gula mentah pasaran antarabangsa ketika ini, iaitu AS$18.91 (RM59.44) setiap 45.36 kg, bukan sahaja kerajaan tidak perlu menanggung sebarang subsidi malah harga gula akan menjadi lebih murah daripada RM2.84 sekilogram yang ditetapkan.

Setiausaha Publisiti DAP itu berkata, perbezaan harga kontrak melebihi 10 peratus daripada harga pasaran menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM64 juta setiap tahun.

"Saya juga masa itu beri amaran kepada kerajaan bahawa kesemua laporan penganalisis antarabangsa meramalkan bahawa harga gula akan menurun akibat 'excessive supply'.

"Tetapi perkara itu tidak dihiraukan oleh kerajaan, malah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, menjawab di Parlimen harga gula mentah dunia diramal terus meningkat pada masa depan," katanya.

Tambahnya, sejak Januari 2012, harga gula antarabangsa menjunam sehingga serendah AS$16.70 (RM52.50) setiap 45.36kg pada September 2013.

"Ini bermaksud kerajaan beli gula 55.7 peratus lebih mahal daripada harga pasaran bulan lalu,"katanya.

SINARHARIAN

 Jemput like ke page kami :-

SMS Seram Dari “Agen Syaitan”

SMS Seram Dari “Agen Syaitan”



Satu lagi pembacaan saya yang membuatkan saya tersentak. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di’rosak’ dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku… Moga Allah peliharamu daripada semua ini….

1.salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u… ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni… .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi… yang… ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u…. ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh
pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?… syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuhxpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je… huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg…

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR…
*************************************************************

20. huh!… syg mengndung? tahu kat ne… cube check balik dgn doktor… xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa…..gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!
23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung… kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la… bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin
kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!…

27.(terputus hubungan)

- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..

ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI…

Anda nampak tak permainan nye di situ.....

masyaallah~ harap kita x tergolong dalam golongan ni…

p/s: adakah kita pernah menggunakan ayat-ayat diatas mahupun, terjerumus dengan ayat2 manis diatas….
urmmm,renung-renungkan dan ambil iktibar…

 Jemput like ke page kami :-

Keburukan Tidur Lewat Dan Bangun Lambat


Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.


Punca utama kerosakan hati adalah:
1.       terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
2.      Tidak buang air kecil di pagi hari.
3.      Terlalu banyak makan.
4.      Tidak mengambil sarapan.
5.      Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
6.      Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
7.      Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
8.      Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kerana ….
Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:
Malam (9pm – 11pm):
Adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.
Malam di (11pm-1am):
Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidurnyenyak.
Tengah malam (1am – 3am):
Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah malam (3am – 5am):
Proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.
Awal pagi (5am – 7am):
Proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.
Pagi (7am – 9am):
Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.
Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.

 Jemput like ke page kami :-

Selasa, 29 Oktober 2013

PELUANG PERNIAGAAN YANG BOLEH DILAKUKAN -PERNIAGAAN KEDAI RUNCIT



PERNIAGAAN KEDAI RUNCIT
Perniagaan kedai runcit adalah satu cabang perniagaan yang amat baik dan menguntungkan  .
Saya akan kongsikan  satu Panduan Ringkas Bagaimana memulakan Perniagaan Kedai Runcit.

PELAN PERANCANGAN PERNIAGAAN KEDAI RUNCIT
Seperti yang saya terangkan sebelum ini, pelan adalah sangat mustahak. Dalam pelan Perniagaan Runcit, 4 perkara asas yang WAJIB diambilkira ialah;
Modal
Modal anda seharusnya berdasarkan kepada 5 perkara ;
1.1             SEWA PREMIS
1.2             STOK BEKALAN-
1.3             UPAH PEKERJA-jika sekiranya anda mengupah tenaga orang lain untuk membantu anda
1.4             INSURANS   -Insurance pekerja (jika perlu), insuran stok
1.5             KOS OPERASI- Mesin, pengangkutan, elektrik, lessen perniagaan.

Lokasi Premis
Keuntungan perniagaan banyak bergantung kepada lokasi premis kedai runcit anda. Biasanya Perniagaan Kedai Runcit banyak beroperasi di Kawasan Perumahan di Bandar dan Kawasan Luar Bandar.
Sekiranya anda bercadang membuka perniagaan kedai Runcit di Bandar, besar kemungkinan anda mendapat saingan daripada HYPERMAKET seperti TESCO dan GIANT.
Sebaliknya, jika anda membuka Perniagaan Kedai Runcit diluar Bandar, saingan mungkin kurang sedikit.
Walaubagaimanapun, anda harus juga memerhatikan keadaan sekitarnya keranan kawasan Bandar sememangnya mempunyai penduduk yang ramai. Kawasan sekolah dan kawasan pelancongan juga merupakan pilihan lokasi yang menarik untuk dipertimbangkan.
 Pengurusan Operasi
Pengurusan operasi yang baik akan menjamin kemajuan perniagaan anda. Anda harus mengurus bekalan, mengurus sumber manusia, mengurus kewangan, mengurus kehendak pelanggan dan sebagainya. Paling penting jika anda mengupah pekerja ialah memastikan pekerja tersebut jujur, boleh dipercayai, mesra pelanggan dan BERINOVASI.
Manual kerja yang sistematik akan membantu pekerja anda yang baru menjalankan tugasnya dengan lebih lancar.
Pengetahuan 
Anda seharusnya sudah membuat kajian dan risikan sebelum memulakan perniagaan runcit. Terdapat panduan-panduan yang dapat membantu anda seperti e-buku dan majalah. Jangan lupa untuk bertanya kepada mereka yang sudah berpengalaman dalam perniagaan ini. Misalnya dimana bekalan yang murah dan tips-tips lain yang boleh membantu anda.
Belajarlah membuat perakaunan  - Untuk Syarikat dan Perniagaan. Sistem perakaunan yang sistematik membantu anda menilai prestasi perniagaan anda.

 RAHSIA  MELARISKAN JUALAN DAN MENJANA KEUNTUNGAN PERNIAGAAN KEDAI RUNCIT.
1.MEMBUAT KEJUTAN HARGA;
Katakanlah pesaing anda menjual sebiji ikan tin CAP X sebanyak RM3.00.Maka anda bolehlah meletakkan harga ikan tin CAP X dikedai anda dengan hargaRM2.99.
Percaya lah bahawa walaupun tidak semua harga barangan anda diturunkan, pelanggan tetap akan menilai harga dikedai anda lebih murah. Strategi ini sudah pasti akan membolehkanpelanggan tadi menjadi pelanggan berulang di kedai anda.
Apa yang penting jangan lah pula menurunkan harga terlalu banyak kerana ini akan merugikan anda.

2.MENGENALPASTI SEMUA KELENGKAPAN YANG DIPERLUKAN PENDUDUK DI KAWASAN TERSEBUT ‘AVAILABLE’ DI KEDAI ANDA.
Pelanggan biasanya lebih suka mengunjungi kedai runcit yang serba lengkap. Sediakanlah stok yang sentiasa mencukupi seperti makanan dapur, alat pencuci, makanan ringan, sehinggalah keperluan kecil seperti jarum, benang dan alat tulis. Stok2 lain termasuklah daging beku, ikan beku, dan sayur sayuran segar. 
Pendek kata, ikut keperluan penduduk, lebih ramai penduduk, maka lebih banyak keperluan yang hendak dibeli.
Pastikan keperluan semua peringkat umur termasuklah kanak-kanak sehinggalah orang tua ada tersedia.
Alangkah baiknya jika kedai anda menyediakan makanan sudah siap di masak seperti mee goreng bungkus, nasi lemak, Bun, Pau dan Pizza dan kuih muih tempatan.

3.BERIKAN PERKHIDMATAN YANG TERBAIK.
Tahukah anda, perkhidmatan terbaik adalah salah satu Rahsia Rezeki
Mengikut pengalaman saya, tauke kedai runcit yang tidak mesra pelanggan tidak akan disukai oleh pembeli. Sediakan lah juruwang yang mahir supaya pelanggan tidak tertunggu tunggu menunggu giliran. Lantik pekerja yang bersih, berdisiplin dan suka membantu. Berikanlah perkhidmatan sebaik mungkin.
4. SUSUN ATUR BARANG-BARANG DI KEDAI
Susun  barang-barang di kedai anda mengikut kategori supaya mudah ditemui pelanggan. Sebaiknya biarkan kedai anda penuh dengan barang-barang jualan kerana jika sekiranya terdapat rak yang kosong ini mempengaruhi mood pembeli. Rak yang kosong menggambarkan kedai anda tidak maju!! Tidak berdaya saing.
Pencahayaan lampu yang terang adalah lebih baik daripada lampu yang gelap.
Jangan letakkan alat-alat yang tidak dijual diletakkan dikedai anda seperti penyapu, tong sampah dan alat-alat peribadi.
 5.TAMBAH HAD MASA OPERASI
Strategi ini  jarang dilakukan dikawasan Bandar oleh kerana terdapat undang-undang yang mengehadkan waktu operasi sesebuah premis perniagaani.
Walabagaimanapun, sekiranya kedai runcit anda berada di luar kawasan pihak berkuasa tempatan, strategy ini memang berkesan. Pelanggan sentiasa mencari kelengkapan meskipun selepas jam 10 malam. Apa yang penting disini, sediakan alat keleselamatan di kedai anda seperti  kunci dan pintu berjeriji.
 6.SURAT KHABAR DAN PREPAID RELOAD
Sediakan alat-alat keperluan yang lain. Setiap hari orang pasti membeli surat khabar. Begitu juga kupon reload. Walaupun ini bukan bisness utama anda, ianya boleh dipertimbangkan kerana ia merupakan keperluan pada masa kini.

Jemput like ke page kami :-

pandUan membUka kedai rUnciT




Tip untuk Mengusaha Perniagaan Runcit
Tip-tip ini diberikan oleh Y Bhg Dato' Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed & Sons Sdn Bhd yang memiliki rantaian Emporium persendirian borong Mydin yang terbesar di Malaysia.




Sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan runcit, pastikan;
  • Anda belajar selok-belok perniagaan ini dari mereka menjalankan perniagaan yang sama.

  • Anda belajar tentang asas-asas perniagaan bagi membolehkan anda mendapat pengetahuan secukupnya dalam setiap sudut perniagaan ini.

  • Anda perlu belajar daripada pengalaman orang lain dari terus kekal dengan idea sendiri kerana mungkin idea tersebut tidak semestinya praktikal.

  • Seseorang usahawan itu mesti 'hands-on' dalam mengusahakan perniagaan.

  • Jangan terlebih atau terkurang dalam membayar gaji kakitangan anda.Bayarlah gaji mereka mengikut kadar yang berpatutan.

  • Apabila anda membuat keputusan untuk terlibat dalam perniagaan, lakukan dengan betul dan berdisplin serta penuh komitmen.Usahalah perniagaan anda dengan sepenuh hati.

  • Beri sepenuh tumpuan dalam perniagaan. Jangan mempelbagaikan perniagaan ke bidang lain menggunakan wang dari perniagaan yang sedia ada. Elakkan dari perkara penting ini.

  • Dalam perniagaan, jangan bersikap terlalu baik hati. Dalam kehidupan, anda tidak boleh terlalu baik dengan orang lain.

  • Anda perlu prihatin terhadap kos.Jangan membelanjakan wang hasil kerja keras anda ke atas perkara-perkara yang tidak berfaeadah.

  • Jangan campur-aduk perbelanjaan perniagaan dengan perbelanjaan peribadi.

  • Anda perlu menunjukkan kepada kakitangan anda yang anda faham dan tahu serba serbi tentang perniagaan anda. Ini menjadikan mereka tidak berani berbohong atau menipu anda.

  • Usahalah perniagaan yang membezakan anda dari orang lain yang terlibat dalam perniagaan yang sama. Jadikan perniagaan anda sesuatu yang istimewa dan unik untuk berbeza anda dari orang lain.

  • Jangan jalankan perniagaan dalam premis milik anda yang boleh di sewa dengan kadar yang tinggi. Sebaliknya carilah premis yang lebih murah yang bersesuaian dengan dengan bajet anda.

  • Apabila menyewa , rancang dan buatlah bajet yang betul bagi memastikan kadar sewa premis mengikut bajet anda. Jangan menyewa di tempat yang mahal walaupun ianya merupakan tempat yang stragetik.

  • Sebelum mencari lokasi perniagaan anda, buatlah perancangan, sediakan bajet dan aliran wang tunai, dapatkan pengesahan-pengesahan yang perlu (seperti pinjaman bank, lesen-lesen), sebutharga dan lain-lain perkara terlebih dahulu. Lokasi yang baik tidak akan menunggu anda.

  • Rancanglah perkara-perkara diluar jangkaan anda.Mengikut hukum Murphy, banyak perkara boleh berlaku secara tidak dijangka, hanya anda cuma perlu bersedia untuk menghadapinya.

  • Ambil insuran untuk melindungi stok, mesin pembayar (cash register), tunai runcit, komputer, sistem amaran dan apa-apa yang perlu diinsurankan.

  • Sentiasa berwaspada dengan risiko perniagaan seperti cap dagangan, bomba, bandaraya dan isu-isu pasar malam.

  • Tiada salahnya jika anda menjalankan perniagaan bersebelahan dengan pesaing anda sekiranya anda tahu kekuatan diri anda dan kelemahan pesaing anda.

  • Dalam perniagaan, berhati-hati dengan nisbah keumpilan. Nisbah keumpilan penting kerana pinjaman mempunyai kadar bunga. Jangan gunakan aliran tunai dari pinjaman bank.Simpanlah untuk kegunaan masa hadapan.

  • Anda perlu berhati-hati dan bertanggungjawab terhadap diri anda.

  • Amalkan etika perniagaan yang baik.Ia akan menjadi contoh kepada orang lain dan ia akan mempermudahkan kawalan dan pemantauan ke atas perniagaan anda.



sO? ada berani taK untUk muLa berniaga????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online