Mengikut soal selidik yang dijalankan oleh Business Ethics Institute of Malaysia (BEIM) pada tahun 2006 (walaupun lama tapi ia masih relevan pada masa ini), golongan yang paling dipercayai adalah doktor. Serius, siapa yang berani persoalkan doktor? Bila kita sakit, kita pergi jumpa doktor, dia cakap la apa pun pasti kita akan percaya tanpa banyak soal, dia cakap la ko sakit apa pun, berani kau nak mempertikaikan doktor?
Golongan kedua yang paling dipercayai rakyat Malaysia adalah cikgu. Cikgu juga mempunyai kedudukan yang tinggi dan dihormati dalam masyakarat. Dan jarang murid mempersoalkan apa yang cikgu ajar. Sebab apa, sebab mereka itu cikgu. Siapa lagi yang murid2 nak percaya kalau bukan cikgu mereka, malah penting bagi ibu bapa meletakkan kepercayaan kepada guru2 anak mereka sebab tanpa guru, siapalah anak mereka.
Diikuti dengan professor, pengkhutbah (ilmuwan agama seperti ustaz/sami/paderi), saintis, peguam, pembaca berita, wartawan, kumpulan pekerja, pekerja kerajaan dan orang awam. Siapakah pula golongan2 yang menduduki tempat terbawah dalam kepercayaan rakyat?
Itulah menteri, ahli korporat dan yang paling orang tak percaya, seperti yang semua orang pun fikir, iaitu ahli politik.
Serius, siapa yang percayakan ahli politik? Namun malangnya, golongan yang orang paling tak dipercayai inilah yang menguasai kita dan menggubal dasar untuk kita. Nak buat macam mana, nak suruh doktor, cikgu dan professor jadi pemimpin kerajaan, tak boleh pula.
Kasihan...
Jemput like ke page kami :-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan