picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 26 Mei 2014

Cadbury digesa tutup kilang

Azwanddin (tengah) menunjukkan gambar sampel coklat Cadbury yang dicemari DNA porcine dalam sidang media di Pejabat JMM, Pandan Indah, hari ini.

AMPANG - Persatuan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Sukaguam hari ini mendesak syarikat pengeluar makanan Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd supaya menghentikan operasi dan perniagaan serta menarik balik semua produk mereka dari pasaran dengan serta-merta.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, pihaknya dan pihak Sukaguam memandang serius terhadap pencemaran DNA babi (porcine) yang terdapat dalam dua daripada produk makanan iaitu Coklat Susu dengan Buah Badam dan Coklat Susu dengan Kacang Hazel yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut.

"Ini merupakan satu penipuan yang sangat licik dan harus dibendung supaya menjadi satu pengajaran kepada mana-mana syarikat yang sengaja menghancurkan umat Islam secara halus dari segi pemakanan halal."

"Syarikat itu tidak sepatutnya mengeluarkan produk tersebut di pasaran, apatah lagi dengan adanya pekerja Islam yang berkhidmat dalam syarikat tersebut, sekaligus menganiaya pekerja Islam di dalam organisasi mereka," katanya dalam sebuah sidang akhbar hari ini.

Sehubungan dengan itu, pihaknya dengan kerjasama Sukaguam mengambil keputusan untuk mengeluarkan saman ke atas syarikat tersebut di bawah Seksyen 50 Akta Perlindungan Pengguna.

"Kami akan kumpul sejumlah  80 NGO Islam di seluruh negara bagi mendapatkan sokongan mereka dan akan failkan saman ke atas syarikat Cadbury menjelang Isnin depan.

"Kami bukan sekadar tuntut kemaafan malah turut menuntut ganti rugi, jika syarikat tersebut tidak mampu bayar, tutup saja perniagaan," katanya lagi.

Beliau dalam pada itu mengingatkan kesemua syarikat produk pengeluar makanan dan minuman agar tidak mempersendakan dan menghormati sensitiviti umat Islam supaya isu seperti ini tidak akan berulang.


SINAR HARIAN

 Jemput like ke page kami :-

Cadbury serius soal halal produknya

Cadbury

SHAH ALAM - Cadbury Malaysia menegaskan bahawa pihaknya mengambil serius soal keselamatan dan standard halal dalam produk mereka.

Cadbury turut memberi jaminan bahawa ujian itu tidak memberi kesan kepada semua produk yang dikeluarkan di negara ini.

"Kami di Cadbury Malaysia faham bahawa pelanggan kecewa dengan berita berkenaan hasil ujian yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan terhadap dua produk kami.

"Kami menghargai dan mendengar segala komen serta maklum balas anda terhadap isu ini," kata Cadbury dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, pihak Cadbury sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan kes tersebut.

"Kami faham halal penting kepada masyarakat Islam. Ia juga menjadi kepentingan utama buat kami di sini. Memastikan semua produk yang dihasilkan di Malaysia halal.

"Kami telah menarik balik semua produk terbabit iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut (dengan nombor siri 200813M01H I2 yang tamat tempoh 13 November 2014) dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond (dengan nombor siri 221013N01R I1 yang tamat tempoh 15 Januari 2015) serta-merta.

"Kami juga menjamin bahawa semua produk lain yang dibuat di Malaysia tidak terjejas dengan ujian ini," kata kenyataan itu lagi.

SINAR HARIAN

 Jemput like ke page kami :-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online