Lean berkata, peruncit termasuk di Sabah dan Sarawak juga menyokong boikot itu kerana mereka semua beranggapan penjualan ketiga-tiga barangan itu tidak memberi keuntungan yang banyak. 

Ditanyakan mengenai kesan tindakan mereka, beliau berkata mereka tidak akan kerugian kerana penjualan barangan berkenaan tidak menjejaskan mereka kerana tidak menguntungkan serta membebankan peniaga terbabit. 

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengalu-alukan usaha MCA untuk menjadi perantara bagi menyelesaikan isu perlesenan runcit dengan Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia. 

Beliau berkata, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, mampu membantu kementerian menangai masalah itu dengan menemui peniaga terbabit. 
"Seramai 15,000 peniaga sudah memohon lesen menjual barangan keperluan, maka ia sepatutnya tidak menjadi masalah kepada pengguna untuk membeli barangan terbabit atau kekurangan bekalan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen. - BERNAMA