picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 28 Disember 2013

Gambar World of Coca Cola, Muzium Coca Cola Di Atlanta

Coca Cola

World of Coca Cola adalah sebuah muzium Coca Cola yang terletak di Atlanta Georgia. Ianya dibina di Atlanta kerana disitulah terletaknya ibu pejabat Coca Cola. Muzium ini mula dibuka pada tahun 2007, setiap tahun ia menerima 1 juta pengunjung. Pelbagai artifak yang dipamerkan di dalam muzium ini. Sebagai contoh terdapat botol Coke dari tahun 1888, mesin coke untuk stesen angkasa dan sebuah kilang pembotolan Coke di tingkat bawah. Selain daripada itu turut dipamerkan memorabilia, papan pengiklanan dan botol Coke dari seluruh dunia.
cokeks_01

cokeks_02
cokeks_03
cokeks_04

10 Ramuan Bahaya Dalam Mee Segera!

Memang tidak dinafikan, ramai yang dah tahu keburukan memakan mee segera tapi mee segera tetap menjadi pilihan kerana harganya yang murah, mudah untuk menyediakan, dan rasanya yang agak enak. Bagi mereka mee segera tidak bagus untuk kesihatan kerana banyak bahan perasa.
Sebenarnya lebih dari itu, bukan sekadar bahan perasa dan antaranya:
136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.
Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya.
Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.
10 Ramuan Bahaya Dalam Mi Segera
Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit binatang juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf yang mungkin menjadi penyebab kanser.
Jadi kurangkanlah makan mee segera, walaupun murah dan menjimatkan ianya membahayakan kesihatan. Malah, lebih banyak kos yang diperlukan untuk melakukan rawatan kalau kesihatan kita terjejas

Isnin, 23 Disember 2013

BR1M 2014 dibuka hari ini

  • LHDN
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 dibuka mulai hari ini sehingga 31 Januari depan.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan sebelum ini memaklumkan, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

"Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN diwww.hasil.gov.my.

Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai hari ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri ,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.

Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650.

Jom register disini:

Selasa, 26 November 2013

Rekaan Perhentian Bas Yang Unik












 

Jom register disini:

Tisu tandas emas RM4.3j



Sydney: Nampaknya tiada sebarang batasan untuk sesiapa menunjuk-nunjuk kemewahan masing-masing kepada umum.

Sebuah syarikat Australia semalam dilaporkan menjadi pengeluar pertama kertas tandas diperbuat daripada emas dengan harga AS$1,376,900 (RM4,346,666).

Menurut laman sesawang syarikat Toilet Paper Man itu, kertas tisu itu menggunakan emas 22 karat dan setiap satu gulung disertakan sebotol champagne percuma.

“Setiap pesanan akan dihantar sendiri kepada pelanggan kami,” katanya. Bagi sesiapa yang bimbang kertas tisu emas itu tidak menyediakan kebersihan sepatutnya, syarikat terbabit berkata, mereka memberi jaminan perkara itu tidak akan berlaku.

Kata jurucakapnya, produk itu dihasilkan dalam tiga lapisan untuk memberikan keselesaan maksimum.

“Kami mendapat idea untuk menghasilkan kertas tisu ini selepas melihat beberapa hotel di Dubai menggunakan kelengkapan bersalut emas,” katanya. Menurut jurucakap itu, mereka menghabiskan masa empat tahun untuk menghasilkan segulung produk berkenaan.

“Ini adalah kertas tisu tandas paling mahal di dunia,” katanya. Setakat ini hanya satu gulung dihasilkan dan ia dijamin selamat digunakan. - Agensi
 

Pantau aktiviti warga asing

 
  • Pantau aktiviti warga asingWarga asing memenuhi kawasan kaki lima kedai-kedai di Bukit Mertajam terutamanya pada hujung minggu.
 1 / 1 
BUKIT MERTAJAM - Kebanjiran warga asing di beberapa kawasan sekitar menimbulkan kebimbanga penduduk tempatan.

Tinjauan mendapati, kebanyakan warga Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Vietnam bergerak secara berkumpulan dan memenuhi kawasan pekan dan lorong-lorong kedai terutamanya di hujung minggu.

Kebanyakannya melepak di hentian bas, kaki lima premis perniagaan dan kawasan pusat beli-belah berhampiran Jalan Pasar dan Jalan Stesyen.

Peniaga, Rosli Zainal, 50, berkata, kebanyakan warga asing akan membanjiri kawasan itu pada hujung minggu dan cuti umum.

“Walaupun kebanyakannya tidak mengganggu orang awam, namun kehadiran mereka dalam jumlah yang ramai agak membimbangkan.

“Baru-baru ini pernah juga berlaku pergaduhan kecil di sekitar kawasan kedai, namun dapat dileraikan segera,” katanya yang memiliki perniagaan kasut.

Penduduk, Haris Udin, 53, berkata, kebanyakan warga asing turut memenuhi kompleks beli-belah utama di bandar terbabit.

“Pada pandangan saya, kebanjiran warga asing perlu dikawal memandangkan ada sebahagian daripadanya yang turut menjalankan perniagaan di sini.

“Pemantauan perlu dijalankan dari masa ke semasa supaya kebanjiran warga asing dapat dikekang,” katanya.

Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Amir Md Ghazali berkata, pihaknya menetapkan majikan untuk memastikan warga asing yang diambil bekerja mematuhi peraturan yang dikeluarkan.

“Selain jumlah pengambilan pekerja asing yang perlu dipatuhi, permit Jabatan Imigresen perlu dipohon untuk mengelakkan kesulitan.

“Selain itu, kami akan bekerjasama dengan pihak polis dan turun padang untuk membendung kegiatan jenayah dalam kalangan warga asing di sini,” katanya.
 
Jom register disini:

'Marker paintball' termasuk senjata perlu lesen...

marker

Semua pemilik senjata tiruan, termasuk 'marker paintball' di tempoh selama sebulan bermula hari ini untuk memohon lesen.
Menurut Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Datuk Zulkifli Abdullah (gambar tengah) hanya pengusaha yang terdiri daripada syarikat berdaftar sahaja dan diiktiraf kepakarannya oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia boleh memohon dan memiliki senjata berkenaan.
“Syarikat berdaftar perlu mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dengan modal berbayar tidak kurang daripada RM400,000.
“Untuk permohonan senjata yang digunakan dalam sukan, perlu berpandukan Seksyen 4 Akta Senjata 1960  dengan mengisi borang tertentu yang boleh didapati di ibu pejabat polis daerah (IPD) atau laman sesawang PDRM.
“Pemohonan bagi individu tidak akan dipertimbangkan,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman, Isnin
Setakat ini katanya, dari tahun 2012 hingga sekarang polis telah menyiasat 47 kes yang membabitkan pemilikan senjata tiruan ini.
“29 orang telah kita tuduh di bawah Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 dan dua orang telah disabitkan kesalahan dan dipenjarakan selama dua bulan,” ujarnya.
Sementara itu katanya, bagi senjata mainan ‘toy gun’ tidak memerlukan lesen untuk pemilikannya kecuali bagi peniaga yang mengimport masuk senjata mainan tersebut.
Antara jenis senjata yang dikategorikan sebagai senjata tiruan adalah paint ball marker, airsoft gun dan BB gun.
Jika gagal berbuat demikian, tindakan tegas akan diambil mengikut Seksyen 8 Akta Senjata dan boleh dihukum penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.-25/11/2013


Jom register disini:

Ahad, 24 November 2013

BONGKAR!!! Tahukah Anda Khasiat Petai? [MESTI BACA...]



BONGKAR!!! Tahukah Anda Khasiat Petai? | Tahukah Anda Khasiat Petai?Adakah anda tahu........ selepas membaca ini, anda tidak akan melihat petai atau Parkia speciosa dengan cara yang sama sekali lagi!

NASIHAT DARIPADA DOKTOR PERUBATAN UKM

Petai atau Parkia speciosa mengandungi tiga gula semulajadi-sukrosa, fruktosa dan glukosa.Digabungkan dengan serat, petai memberikan, meningkatkan kadar segera dan berterusan tenaga. Penyelidikan telah membuktikan bahawa hanya dua hidangan petai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit .. 


Tidak hairanlah petai adalah nombor satu buah utama kepada atlit terkenal dunia. Tetapi tenaga bukanlah satu-satunya cara petai boleh membantu kita menjaga kesihatan. Ia juga boleh membantu mengatasi atau menghalang sejumlah besar penyakit dan keadaan, menjadikan ia satu kemestian untuk menambah kepada diet harian kita.

Kemurungan: 

Menurut kaji selidik baru-baru ini yang dijalankan oleh MIND di kalangan orang yang mengalami kemurungan, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan petai. Ini kerana petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang badan bertukar kepada serotonin, yang dikenali untuk membuat anda berehat, meningkatkan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS (sindrom pra-haid): 

Lupakan pil - makan petai. The vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh menjejaskan mood anda.

Anemia: 

Zat besi yang tinggi, petai boleh merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah dan seterusnya membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan darah: 

Ini buah-buahan tropika unik ini sangat tinggi kalium tetapi rendah garam, menjadikannya sempurna untuk mengalahkan tekanan darah. Sehinggakan, US Food and Drug Administration telah hanya dibenarkan industri petai membuat tuntutan rasmi untuk keupayaan buah-buahan untuk mengurangkan risiko tekanan darah dan strok.

Kuasa Minda: 

200 pelajar di sebuah (Middlesex) sekolah Twickenham telah membantu melalui peperiksaan mereka tahun ini dengan makan petai di sarapan, memecahkan, dan makan tengah hari dalam usaha untuk meningkatkan kuasa otak mereka. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa buah kalium penuh boleh membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar lebih peka.Memahami bahawa pisang mengandungi banyak kalium juga jadi makan lebih banyak pisang ... Hanya melihat orang-orang monyet, mereka benar-benar aktif, cergas, pintar dan licik juga!

Sembelit: 

Tinggi serat, termasuk petai dalam diet boleh membantu memulihkan tindakan usus yang normal, membantu mengatasi masalah tanpa menggunakan julap.

Keletihan: 

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat milkshake petai, manis dengan madu. The petai menenangkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina sehingga habis tahap gula dalam darah, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung: 

Petai mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan, jadi jika anda mengalami pedih ulu hati, cuba makan petai untuk menenangkan bantuan.

Demam Pagi:

 Snek di antara waktu makan petai untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan nyamuk: 

Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan yang terlibat dengan bahagian dalam kulit petai. Ramai orang yang telah berjaya untuk mengurangkan bengkak dan kerengsaan ..

Saraf: 

Petai yang tinggi vitamin B yang membantu menenangkan sistem saraf.

Berat badan yang berlebihan:

 Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan obes lebih cenderung untuk membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengelakkan ketagihan makanan yang disebabkan oleh panik, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap dua jam untuk mengekalkan kadar yang stabil.

Ulser: 
Petai digunakan sebagai makanan pemakanan terhadap gangguan usus kerana ia bersifat lembut dan tidak. Ia adalah satu-satunya buah mentah yang boleh dimakan tanpa kesusahan dalam kes-kes lebih-penulis kronik. Ia juga meneutralkan lebihan asid dan mengurangkan kerengsaan oleh salutan lapisan perut.

Kawalan suhu:

 Banyak budaya lain yang melihat petai sebagai "penyejuk" buah-buahan yang boleh menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Belanda, sebagai contoh, wanita hamil makan petai untuk memastikan bayi yang dilahirkan dengan suhu yang sejuk.

Bermusim Affecti Gangguan ve (SAD):

 Petai dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi mood semulajadi penambah, triptofan.

Merokok: 

Petai juga boleh membantu orang yang cuba untuk berhenti merokok .. B6, B12 mereka mengandungi, serta kalium dan magnesium yang terdapat dalam mereka, membantu badan pulih daripada kesan-kesan nikotin terhadap tubuh.

Tekanan: 

Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam badan anda.Apabila kita tertekan, kadar metabolisme kita meningkat, sekali gus mengurangkan kadar potassium. Ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek petai yang tinggi potassium.

Strok: 

Menurut kajian dalam "The New England Journal of Medicine" makan petai sebagai sebahagian daripada diet yang teratur dapat mengurangkan risiko kematian oleh strok sebanyak 40% ".

Ketuat: 

Mereka yang berminat untuk alternatif semula jadi bersumpah bahawa jika anda mahu untuk membunuh ketuat, ambil sekeping petai dan meletakkannya pada ketuat .. Berhati-hati memegang petai di tempat dengan plaster atau pita pembedahan!Jadi, seperti yang anda boleh lihat, petai benar-benar merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, ia mempunyai empat kali ganda protein, dua kali ganda karbohidrat, tiga kali fosforus, lima kali vitamin A dan zat besi, dan dua kali vitamin dan mineral lain ...  

Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan yang nilai terbaik. Jadi mungkin masa untuk menukar bahawa frasa terkenal supaya kita katakan itu, "Satu petai sehari terus menjadi doktor yang jauh" 


Jom register disini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online