picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 30 Julai 2012

Program Usahawan Muda(PUM)

Program Usahawan Muda (PUM) merupakan satu pendekatan pembudayaan keusahawanan kepada pelajar sekolah menengah.  Ianya mula diperkenalkan pada tahun 1989 dengan penglibatan dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Petaling dan Sekolah Menengah Vokasional Kuala Lumpur.  Pada ketika itu program dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.  Kemudian program ini dipindahkan kepada Kementerian Perusahaan Awam mulai tahun 1990.

Pada tahun 1995 Kementerian Perusahaan Awam telah diperluaskan skop tugasnya dan ditukar namanya kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan kemudiannya kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.  Selaras dengan itu, Program Usahawan Muda telah diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Pada 9 April 2009, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah dibubarkan, dan program ini dipindahkan dibawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Objektif pelaksaan Program Usahawan Muda ini adalah:
  • Memupuk dan membentuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar sekolah.
  • Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk memula dan melaksanakan perniagaan dengan berkesan.
  • Menyediakan peluang pembelajaran keusahawanan melalui pengalaman.
  • Menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya yang menarik.
  • Melahirkan usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju.
Program Usahawan Muda (PUM) memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar sekolah menengah mengenai penubuhan  sistem operasi dan pembubaran syarikat berdasarkan model koperasi. Pelajar akan terlibat di dalam program latihan “hands-on” selama sembilan bulan di sekolah masing-masing. Pada penghujung latihan tersebut, pelajar akan membentangkan akaun untung rugi hujung tahun syarikat berkenaan. Sejumlah 13,372 pelajar dari 682 buah sekolah menyertai Program Usahawan Muda.

Selain program “hands-on”  penubuhan dan pembubaran syarikat, Program Usahawan Muda(PUM) ini juga meliputi Simposium Keusahawanan, Konvensyen PUM Negeri, Konvensyen PUM Nasional dan Kem Keusahawan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online