picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 26 November 2013

Pantau aktiviti warga asing

 
  • Pantau aktiviti warga asingWarga asing memenuhi kawasan kaki lima kedai-kedai di Bukit Mertajam terutamanya pada hujung minggu.
 1 / 1 
BUKIT MERTAJAM - Kebanjiran warga asing di beberapa kawasan sekitar menimbulkan kebimbanga penduduk tempatan.

Tinjauan mendapati, kebanyakan warga Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Vietnam bergerak secara berkumpulan dan memenuhi kawasan pekan dan lorong-lorong kedai terutamanya di hujung minggu.

Kebanyakannya melepak di hentian bas, kaki lima premis perniagaan dan kawasan pusat beli-belah berhampiran Jalan Pasar dan Jalan Stesyen.

Peniaga, Rosli Zainal, 50, berkata, kebanyakan warga asing akan membanjiri kawasan itu pada hujung minggu dan cuti umum.

“Walaupun kebanyakannya tidak mengganggu orang awam, namun kehadiran mereka dalam jumlah yang ramai agak membimbangkan.

“Baru-baru ini pernah juga berlaku pergaduhan kecil di sekitar kawasan kedai, namun dapat dileraikan segera,” katanya yang memiliki perniagaan kasut.

Penduduk, Haris Udin, 53, berkata, kebanyakan warga asing turut memenuhi kompleks beli-belah utama di bandar terbabit.

“Pada pandangan saya, kebanjiran warga asing perlu dikawal memandangkan ada sebahagian daripadanya yang turut menjalankan perniagaan di sini.

“Pemantauan perlu dijalankan dari masa ke semasa supaya kebanjiran warga asing dapat dikekang,” katanya.

Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Amir Md Ghazali berkata, pihaknya menetapkan majikan untuk memastikan warga asing yang diambil bekerja mematuhi peraturan yang dikeluarkan.

“Selain jumlah pengambilan pekerja asing yang perlu dipatuhi, permit Jabatan Imigresen perlu dipohon untuk mengelakkan kesulitan.

“Selain itu, kami akan bekerjasama dengan pihak polis dan turun padang untuk membendung kegiatan jenayah dalam kalangan warga asing di sini,” katanya.
 
Jom register disini:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online