Kita mungkin sudah biasa melihat rangkaian mini market 99Speedmart yang papan tandanya berwarna hijau gelap dan oren itu.
Ramai mungkin tidak tahu siapakah pemilik rangkaian mini market itu.
Untuk rekod, ia adalah milik seorang lelaki kurang upaya (OKU) bernama Lee Thiam Wah.
Beliau memiliki lebih 2OO buah cawangan 99Speedmart di seluruh Malaysia (2011).
Lee berkerusi roda semenjak kecil.
Sewaktu bayi, Lee lumpuh disebabkan polio dan hilang fungsi kakinya.
Bapanya seorang buruh pembinaan dan ibunya seorang penjaja, mereka bekerja keras untuk menyara 11 anak.
Mereka cuma mampu menyediakan pendidikan peringkat sekolah rendah kepada Lee.
Untuk
menghilangkan rasa sunyi, Lee belajar sendiri dengan membaca buku yang
dipinjam dari jiran, dan menjual makanan ringan serta snek ditepi jalan.
” Saya perlu menolong diri sendiri. Tiada siapa yang hendak menggaji saya yang mempunyai fizikal yang terhad ini..”
Lee memiliki simpanan RM5,000 ketika 23 tahun, cukup untuk memulakan kedai runcit.
Dari situ beliau mula belajar tentang perniagaan runcit.
Lee menceritakan - ‘saya belajar apa pelanggan mahu, saya kenal siapa pembekal dan harga mereka. Dan saya kaji pesaing saya dengan cermat..’
Beliau
telah berjaya menubuhkan 8 pasar mini di sekitar bandar Klang, Selangor
pada hujung tahun 1990an walaupun kegawatan ekonomi berlaku pada masa
itu.
Kejayaan ini adalah sumber keyakinan kepadanLee dalam perkembangan perniagaan kedai serbaneka yang mempunyai potensi tinggi.
Pada Ogos 1992, pasar raya 99 yang pertama telah dibuka.
Sejak
tahun 1995, 7 buah lagi pasar raya yang menggunakan sistem kawalan stok
dan inventori yang terkini telah dibuka di beberapa kawasan di Klang.
Perniagaan kesemua pasar raya ini berkembang dengan kadar 8 peratus setahun.
Pada
masa perniagaannya berkembang, beliau telah memperoleh banyak
pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan barangan serbaneka.
Beliau
mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap setiap perkara yang melibatkan
perniagaan ini seperti layanan pelanggan, pemilihan tempat perniagaan,
kebersihan tempat perniagaan, pentadbiran perniagaan, penjualan dan
promosi.
Ini menghasilkan rangkaian pasaraya berjenama tinggi yang dikenali oleh penduduk Klang.
Daripada
pengalaman dan kejayaan Lee dalam perniagaan ini, beliau telah
mengilhamkan satu konsep kedai serbaneka moden yang mempunyai segala
kemudahan dan keperluan yang boleh dijalankan dengan satu kedai.
Justeru, 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk mengadakan francais kedai-kedai serbaneka di seluruh Malaysia.
Sembilan kedai-kedai serbaneka 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah wujud di sekitar Lembah Klang.
Konsep
kedai serbaneka 99 Speedmart telah direka untuk menawarkan kepada
pengguna cara membeli-belah dengan mudah, cepat dan selesa tanpa
kesesakan orang ramai yang biasanya dapat dilihat di pasar raya atau
pasar raya besar.
Ia juga menyediakan pelbagai jenis barangan dengan nilai yang terbaik untuk pengguna.
Slogan
kedai serbaneka 99 Speedmart Begitu cepat, begitu mudah meliputi idea
dan konsep kedai serbaneka 99 Speedmart iaitu Cepat dan Mudah.
Ini kerana pengguna boleh mendapatkan barangan yang diperlukan dengan cepat serta mudah dari segi masa, wang dan penginapan.
Bagi
menguatkan ‘ikatan’ dengan pembekal, Lee akan menjelaskan bayaran
dengan hanya beberapa minit sahaja dengan mereka setiap kali beliau
memperoleh barangan yang dipesan.
Cara ini menyebabkan pembekal percaya kepada kejujuran Lee.
Di kala ramai OKU yang bergantung sepenuhnya pada bantuan kerajaan, Lee memecahkan tradisi ini.
Beliau pada awalnya terpaksa meminta bantuan adik beradiknya untuk menyusun barangan yang berat.
Keadaan beliau berkerusi roda tentunya menyebabkan pergerakannya terhad.
”
Sudah tentu saya kena bekerja lebih kuat dari orang lain. Saya tidak
boleh berbahasa Inggeris, berkerusi roda dan sekolah setakat darjah
enam.
” Tapi bila berkerja keras, secara automatik boleh menambahkan rasa keyakinan diri dan ilmu pengertahuan,” kata Lee.
Beliau juga tidak menggunakan kecacatan dirinya bagi meminta diskaun dari pembekal.
Tiada keistimewaan khas, cuma bisnes dan berurusan seperti orang lain.
Hebat bukan?
picture
PENGENALAN
- MEMBORONG MEMBEKAL DAN MENGEDAR KELAPA SANTAN / AYAM KAMPUNG
- Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
- ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
- Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
- Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-
Jumlah Paparan Halaman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan