Bersosial di laman maya sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan pada
masa kini. Cuba bandingkan pada waktu dahulu di mana tiada talian
internet, perhubungan seperti majlis keramaian menjadi tempat utama
untuk bersosial di samping majlis-majlis lain.
Namun kini, laman sosial seperti Facebook, Friendster, Twitter dan
pelbagai lagi laman sosial lain menjadi alternatif bagi tujuan untuk
bersosial.
Mengapa Laman Sosial Menjadi Pilihan Untuk Perniagaan?
Terdapat dua faktor mudah yang menjadikan laman sosial merupakan perkara penting dalam perniagaan.
Faktor Pertama : Lubuk Jualan
Jualan akan menjadi lebih mudah apabila terdapat banyak ‘potential
customer’. Di mana banyak orang, di situ banyak peluang jualan akan
berlaku.
Bayangkan jika anda membuka kedai di belakang lorong-lorong kecil
jalan yang terletak di bahagian belakang dan jauh dari pandangan orang
ramai. Sudah tentu jualan anda sedikit.
Oleh sebab itu banyak kedai-kedai besar dan berjenama seperti Jusco
dan Tesco memilih untuk membuka cawangan mereka di kawasan yang
mempunyai kepadatan penduduk yang besar.
Sama juga seperti laman sosial yang mempunyai ramai pengguna. Ini membuka peluang jualan yang lebih besar.
Faktor Kedua : Pemasaran Percuma
Laman sosial tidak memerlukan sebang kos untuk anda mendapatkan satu
akaun. Ianya pada kebiasannya diberikan secara percuma. Hanya perlukan
email sahaja dan anda akan mendapat kunci untuk jualan melalui laman
sosial ini.
Produk dan pendekatan yang bagus dalam jualan anda akan menyebabkan
pemasaran sacara percuma berlaku. Sesuatu berita itu akan lebih cepat
tersebar di dalam laman sosial kerana berlakunya biasan berita atau
entri di dalam laman sosial.
Pendek kata, anda membuat satu entri atau post, rakan-rakan anda akan
dapat terus post tersebut. Jika mereka menyukainya, mereka boleh share
dengan rakan-rakan mereka dan proses tersebut akan berulang-ulang secara
terus. Ini yang dinamakan Viral Marketing.
Kesimpulannya, perniagaan dan jaringan sosial melalui laman sosial
sangat penting dalam perkembangan dan peningkatan jualan. Bukan sahaja
percuma, malah pendekatan yang lebih efektif buat masa kini bagi
sesetengah produk. Bukan semua sesuai untuk jualan menerusi laman
sosial.
picture
PENGENALAN
- MEMBORONG MEMBEKAL DAN MENGEDAR KELAPA SANTAN / AYAM KAMPUNG
- Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
- ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
- Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
- Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-
Jumlah Paparan Halaman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan