picture

picture

PENGENALAN

Foto Saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal barang barangan makanan ringan yang dijamin ( HALAL ) seperti makanan sejuk beku( Frozen ),coklat , jelly , kek dan lain-lain lagi. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 013-2229216 / 0122844099
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 18 Ogos 2012

Servis Murah di Internet

Setiap perniagaan di internet memerlukan kemahiran dan penguasaan beberapa bidang teknikal dan perlukan corak dan reka bentuk yang menarik tetapi tidak semua pemilik perniagaan di internet memiliki kemahiran ini.
Jadi keperluan kepakaran reka bentuk grafik, pemasangan laman web, dan lain-lain servis berkaitan adalah penting. Maka wujudlah servis-servis ini di internet.
Servis Murah di Internet 300x225 Servis Murah di Internet
Apabila menyebut sahaja perkataan servis, sudah tentu perlu melibatkan kos dan bayaran kepada penyedia servis. Di internet, hanya perlu menggunakan enjin carian seperti Google, Yahoo dan lain-lain untuk mencari servis yang diingini.
Sebagai contoh, servis buat website. Kata kunci servis sebagai permulaan perkhidmatan yang diingini adalah amat penting dalam mencari servis yang kita ingini.
Servis Buat Website 300x170 Servis Murah di Internet
Terdapat satu laman web berbahasa Inggeris yang mengumpulkan pelbagai servis dari serata dunia. Laman web tersebut ialah Fiverr.com. Hanya dengan USD 5 sahaja, anda boleh mendapatkan pelbagai servis yang anda ingini. Kaedah pembayaran pula adalah melalui PayPal.
Fiverr 300x190 Servis Murah di Internet
Di samping itu, anda juga boleh meminta servis yang anda ingini sekiranya tiada dalam carian anda di laman web. Hanya tulis di bahagian Request Gigs dan nantikan jika ada individu yang berkebolehan menyediakan servis yang diminta.
Servis murah ini bukan hanya terdapat pada laman web Fiverr.com sahaja, malah terdapat beberapa laman web tempatan yang menyedikan platform untuk servis-servis sebegini.

Iwill.com.my

Iwill.com .my  300x194 Servis Murah di Internet
Konsep yang hampir sama sahaja seperti Fiverr.com, ianya membuka peluang untuk mendapatkan servis dari penyedia servis murah tempatan di internet. Servis bermula dari RM3 hingga maksimum RM300. Bahasa pengantar yang digunakan pula ialah Bahasa Inggeris. Kaedah pembelian servis yang diterima adalah melalui PayPal.

Murahnya.my

Murahnya.my  300x197 Servis Murah di Internet
Konsep yang boleh dikatakan hampir sama seperti Fiverr.com, Murahnya.my menawarkan platform mendapatkan servis dengan harga serendah RM10 sehingga maksimum RM100. Bahasa pengantar yang digunakan pula ialah Bahasa Melayu. Kaedah pembelian servis yang diterima adalah Kad Kredit, PayPal atau mana-mana perbankan online seperti Maybank2u, Cimb Clicks dan lain-lain yang ditawarkan melalui Webcash.com.my

Tips Memilih Servis Berkualiti

Tips Memilih Servis Berkualiti Servis Murah di Internet
Terdapat pelbagai servis yang hampir sama ditawarkan di internet tetapi anda perlu memilih servis yang berkualiti sesuai dengan kos yang akan anda laburkan. Di sini, saya ingin berkongsi beberapa tips penting dalam memilih servis yang betul dan berkualiti.

Baca Maklumat Lanjut

Setiap servis yang ditawarkan mungkin menyedikan maklumat lanjut tentang servis yang ditawarkan. Terdapat juga terma dan syarat yang dikehendaki oleh pihak penyedia servis dalam melaksanakan servis mereka. Jadi seeloknya, baca maklumat lanjut terlebih dahulu sebelum membeli servis yang ditawarkan.

 Lihat Portfolio Penyedia Servis

Sangat perlu untuk melihat hasil kerja yang pernah dilakukan oleh penyedia servis. Melalui itu, kita akan mendapat gambaran tentang servis yang ditawarkannya. Di samping itu, dapat juga kita melihat dan membandingkan kualiti servis yang disediakan dengan penyedia-penyedia servis yang lain.

 Lihat Komen Pelanggan

Komen pelanggan atau testimoni pelanggan sangat penting dalam membuat keputusan membeli servis yang ditawarkan. Ada kalanya, portfolio yang ditunjukkan sangat bagus, tetapi terdapat komen atau testimoni pelanggan yang kurang bagus tentang servis yang ditawarkan seperti mengambil masa yang sangat lama dan lain-lain lagi.
Semoga dengan tips dan artikel kali ini dapat memberikan anda panduan yang berguna dalam menjalankan perniagaan secara ‘online’. Selamat maju jaya

Jumaat, 17 Ogos 2012

Kenal Pelanggan Untuk Tingkatkan Jualan

Setiap peniaga harus mengenal pelanggan mereka. Ini bagi memudahkan setiap produk itu dijual tanpa melakukan pemasaran yang membazir.
Terdapat beberapa aspek yang perlu peniaga ambil tahu tentang pelanggannya. Aspek ini harus dinilai daripada rekod jualan yang lepas. Bagi yang ingin memulakan jualan, anda boleh memikirkannya berdasarkan kesesuaian dengan produk yang ingin dijual.

Jantina

Lelaki atau Perempuan Kenal Pelanggan Untuk Tingkatkan Jualan
Pemilihan jantina samada lelaki atau perempuan merupakan perkara asas dalam pemasaran produk. Lihat, samada rekod jualan yang lepas menunjukkan minat pembeli itu adakah dari kalangan perempuan atau lelaki.
Jika belum ada jualan, kaji dan lihat produk yang lebih kurang sama di pasaran dan ambil inisiatif untuk membuat tinjauan.

Umur

Umur Tua atau Muda Kenal Pelanggan Untuk Tingkatkan Jualan
Umur ini bergantung juga kepada harga produk anda. Pada kebiasaanya, kuasa membeli adalah dalam kalangan mereka yang telah bekerja dari umur 18 tahun ke atas. Selain daripada itu, faktor umur juga boleh dikaitkan dengan persekitaran pelanggan.
Jika produk yang hendak dijual disasarkan kepada pelajar di institusi pendidikan tinggi, mungkin kita boleh fikirkan satu jarak umur yang bersesuaian. Contohnya, 18 tahun ke 35 tahun.
Tulis dan senaraikan seberapa banyak umur pelanggan kita dan sebab mengapa mereka membelinya.

Persekitaran

Penilaian Persekitaran Produk Kenal Pelanggan Untuk Tingkatkan Jualan
Bila dan bagaimana produk yang dijual itu akan digunakan? Ringkas bukan. Sebagai contoh, pisau. Produk ini digunakan di dapur pada waktu tengah hari.
Cuba bina seberapa banyak idea berkaitan persekitaran produk anda. Jika buku pula bagaimana? Spesifikkan lagi, buku matematik pula. Fikirkan. =)

Minat

Nilai Minat Pelanggan Yang Berkaitan Produk Kenal Pelanggan Untuk Tingkatkan Jualan
Sesetengah produk boleh dikaitkan dengan minat. Contohnya baju jersi Harimau Malaya. Sudah pasti ianya akan dipakai oleh peminat pasukan kebangsaan.
Jika produk anda album setem, sudah pasti akan dikaitkan dengan pengumpul setem.Jika produk anda mencantikkan kulit, sudah pasti dikaitkan dengan mereka yang minat untuk kelihatan lawa.
Semoga dengan tip yang diberikan ini dapat membantu jualan anda. Salam kejayaan dari saya.

Khamis, 16 Ogos 2012

Pentingnya Laman Sosial Dalam Perniagaan

Bersosial di laman maya sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan pada masa kini. Cuba bandingkan pada waktu dahulu di mana tiada talian internet, perhubungan seperti majlis keramaian menjadi tempat utama untuk bersosial di samping majlis-majlis lain.
Namun kini, laman sosial seperti Facebook, Friendster, Twitter dan pelbagai lagi laman sosial lain menjadi alternatif bagi tujuan untuk bersosial.
facebook Pentingnya Laman Sosial Dalam Perniagaan
Mengapa Laman Sosial Menjadi Pilihan Untuk Perniagaan?
Terdapat dua faktor mudah yang menjadikan laman sosial merupakan perkara penting dalam perniagaan.
Faktor Pertama : Lubuk Jualan
Jualan akan menjadi lebih mudah apabila terdapat banyak ‘potential customer’. Di mana banyak orang, di situ banyak peluang jualan akan berlaku.
Bayangkan jika anda membuka kedai di belakang lorong-lorong kecil jalan yang terletak di bahagian belakang dan jauh dari pandangan orang ramai. Sudah tentu jualan anda sedikit.
Oleh sebab itu banyak kedai-kedai besar dan berjenama seperti Jusco dan Tesco memilih untuk membuka cawangan mereka di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang besar.
Sama juga seperti laman sosial yang mempunyai ramai pengguna. Ini membuka peluang jualan yang lebih besar.
graph Pentingnya Laman Sosial Dalam Perniagaan
Faktor Kedua : Pemasaran Percuma
Laman sosial tidak memerlukan sebang kos untuk anda mendapatkan satu akaun. Ianya pada kebiasannya diberikan secara percuma. Hanya perlukan email sahaja dan anda akan mendapat kunci untuk jualan melalui laman sosial ini.
Produk dan pendekatan yang bagus dalam jualan anda akan menyebabkan pemasaran sacara percuma berlaku. Sesuatu berita itu akan lebih cepat tersebar di dalam laman sosial kerana berlakunya biasan berita atau entri di dalam laman sosial.
viral Pentingnya Laman Sosial Dalam Perniagaan
Pendek kata, anda membuat satu entri atau post, rakan-rakan anda akan dapat terus post tersebut. Jika mereka menyukainya, mereka boleh share dengan rakan-rakan mereka dan proses tersebut akan berulang-ulang secara terus. Ini yang dinamakan Viral Marketing.
Kesimpulannya, perniagaan dan jaringan sosial melalui laman sosial sangat penting dalam perkembangan dan peningkatan jualan. Bukan sahaja percuma, malah pendekatan yang lebih efektif buat masa kini bagi sesetengah produk. Bukan semua sesuai untuk jualan menerusi laman sosial.


Selasa, 14 Ogos 2012

-Dr AzizanOsman-

Astaghfirullahal A'zim..... syukur dulu beb! dapat bonus sikit ke banyak ke, syukur dulu, baru dtg keberkatan. dah nama pun bekerja makan gaji. nak banyak banar income gi berniaga! Rasulullah saw pernah bersabda yg 9/10 rezeki adalah drpd perniagaan. "Kepeningan" seseorang itu adalah bersesuaian dengan pendapatannya! pernah dengar? tak pernah? tulah, malas membaca. kalau baca pun "bahan-bahan buan
gan". gi kelas ilmu waima percuma, malas. asyik nak komplen dgn hidup, nescaya hidup pun bosan agaknya tengok kita.... :)p. *Itu suara hati yg sedih melihat manusia yg kurang bersyukur sebagai ingatan buat diri ini yg sentiasa alpa dan lupa serta betapa perlunya bersyukur dengan hidup pemberianNya dan segala isinya. p/s: bersyukur dan berusaha serta berdoa untuk nak lagi! Beb, ni tak ada kene mengena yg masuh hidup atau yg "rasa" dia masih hidup samada di Malaysia atau yang sewaktu dgnnya. -AzizanOsman-

Isnin, 13 Ogos 2012

Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula


Jenama terkenal dunia seperti Coca-Cola, IBM, Miscrosoft, Google, McDonald, Oracle dan Nike diasaskan oleh orang biasa yang mempunyai semangat dan kelebihan luar biasa. Kedudukan dan nilai jenama-jenama tersebut ditentukan oleh satu organisasi antarabangsa yang unggul dikenali sebagai Interbrand. Cerita kejayaan syarikat-syarikat terkenal ini bukan sahaja menarik untuk dibaca malah mempunyai maklumat yang penting untuk kita pelajari. Bagaimana syarikat-syarikat terkenal ini berjaya mengekalkan kedudukan yang dicapai saban tahun melambangkan amalan cara kerja yang baik dan patut kita contohi.
Coca-Cola
Produk yang telah memberikan dunia rasa yang paling terkenal telah dilahirkan di Atlanta, Georgia, pada 8hb Mei 1886. Siapakah pengasas syarikat jenama tersohor ini? Ramai tidak akan menyangka bahawa Dr. John Stith Pemberton, seorang ahli farmasi sebenarnya tidak dilahirkan dalam golongan yang kaya raya. Selepas pengalaman dan kecederaan beliau di medan perang sekitar tahun 1860-an, Dr. Pemberton bertekad mengaplikasi pengetahuannya dalam bidang farmasi dan melaburkan semua wangnya untuk penyelidikan dan mencipta sejenis minuman tonik. Pada waktu tersebut permintaan terhadap ubatan dan tonik sedang meningkat diseluruh Amerika Syarikat. Berbekalkan semangat yang kental, beliau memulakan penjualan minuman sirap bercampur air berkarbonat yang diberi nama Coca-Cola di kaunter sebuah farmasi. Campuran yang amat serasi ditambah pula dengan tema yang sesuai iaitu “Yang Lazat Dan Menyegarkan” menarik perhatian orang ramai untuk membelinya. Apatah lagi, segelas Coca-Cola pada waktu itu hanya dijual pada harga lima sen sahaja! Dr. Pemberton juga tidak menyedari bahawa minuman ciptaannya berpotensi untuk berjaya dan terkenal di seluruh dunia seperti hari ini. Hari ini bernilai AS70.5 bilion.
IBM
Akronim syarikat ini sangat mudah untuk diingati dan sekilas pandang rata-rata akan terus teringatkan sistem komputer di pejabat. Bagaimana pula kisah permulaan IBM yang telah disenaraikan sebagai jenama yang ke dua terkenal antarabangsa pada tahun 2010? Sejarah penubuhan IBM bermula lebih awal sebelum komputer dicipta. Sekitar 1890-an Herman Hollerith telah mencipta peranti elektrik untuk ringkasan maklumat yang kemudiannya diguna pakai untuk ringkasan data-data perakaunan. Pada hari ini contoh peranti elektrik yang masih diguna pakai ialah mesin punch card. Hollerith sebenarnya bekerja keras untuk mencipta peranti elektrik yang hendak diguna pakai untuk proses banci di Amerika Syarikat pada tahun 1890. Kejayaan yang dicatat semasa bancian itu menjadi titik tolak kejayaan peranti elektrik ciptaan Hollerith. Penggabungan tiga syarikat berlaku pada tahun 1911. Individu yang bertanggungjawab keatas kejayaan penggabungan dan seterusnya penubuhan IBM bernama Thomas J. Watson Sr.
Microsoft
Microsoft menduduki tempat ketiga untuk jenama terkenal antarabangsa 2010. Bill Gates dan sahabatnya Paul Allen menzahirkan Microsoft pada tahun 1975. Bill Gates hanya berumur 13 tahun sewaktu diberi akses kepada komputer. Walaupun pada awalnya Bill Gates dan Paul Allen diberhentikan setelah menggodam komputer syarikat, mereka dipanggil untuk berkhidmat kembali khusus untuk menyelesaikan masalah virus komputer. Mereka tidak dibayar dengan wang tetapi diberi akses kepada komputer tanpa had masa sebagai pampasan. Bill Gates melanjutkan pelajaran di universiti tersohor di Amerika Syarikat iaitu Havard University. Pada tahun 1974 Paul Allen berjaya memujuk Bill Gates untuk keluar daripada universiti dan memulakan perniagaan perisian komputer dengannya. Bill Gates dan Paul Allen terpaksa mengatasi banyak rintangan untuk memajukan perniagaan mereka. Akhirnya mereka memberi lesen sistem operasi MS DOS kepada IBM. Bertitik tolak dari waktu itu, kedua-dua jenama Microsoft dan IBM kekal bersaing secara positif dan menyandang kedudukan yang tinggi sebagai jenama ternama antarabangsa. Microsoft bernilai AS60.9 bilion pada hari ini!
Google
Stanford University menjadi saksi bagaimana kisah dua pelajar Sergey Brin dan Larry Page bertemu pada asalnya hanya untuk sesi suai kenal berlanjutan hingga penubuhan perniagaan yang mencecah nilai AS43.6 bilion. Kedua sahabat yang merupakan pelajar jurusan sains komputer berkolaborasi untuk mencipta sistem enjin pencarian yang mereka gelarkan BackRub. Seterusnya nama sistem tersebut ditukar kepada Google iaitu nama yang diadaptasi daripada Googol yang bermaksud nombor 1 diikuti 100 kali nombor 0 dibelakangnya. Pada awalnya Google beroperasi menggunakan kemudahan universiti. Selepas setahun beroperasi, Brin dan Page terus berusaha memajukan Google walaupun merasa tertekan dan mengganggu pelajaran dan pencapaian di universiti. Pada tahun 1998 mereka mendapat bayaran untuk bekerja memajukan Google di bahagian garaj kereta rumah seorang rakan mereka. Untuk mendapat dana, mereka membuat tawaran untuk menjual Google kepada syarikat yang lebih dikenali pada waktu itu. Akhirnya sekitar tahun 1999, Google mendapat tawaran dana tambahan sebanyak AS25 juta.
GE (General Electric Company)
Pada tahun 1876, Thomas Edison membuka makmal di Menlo Park, New Jersey untuk mencipta mentol lampu. Banyak lagi produk elektrik yang dicipta beliau dibawah jenama Edison General Electric Company. Kini GE bernilai AS42.8 bilion.
McDonald
Pada tahun 1940, dua beradik Richard dan Maurice McDonald memulakan perniagaan McDonald’s Bar-B-Que yang merupakan kafe pandu lalu. Ketika itu kafe tersebut menyediakan terlalu banyak menu. Selepas lapan tahun beroperasi, mereka mengurangkan menu kepada hanya sembilan iaitu pelbagai jenis burger, minuman ringan, kopi, kentang goreng dan pai supaya mereka boleh memberi servis yang cepat kepada pelanggan. Dalam tahun 1954, mereka bertemu dengan Ray Kroc yang datang ke kafe untuk menjual mesin campuran. Setahun kemudian Kroc membeli keseluruhan McDonald kafe dan mengembangkan perniagaan secara agresif dan membuka 500 buah kafe McDonald dalam masa lapan tahun sahaja. Hari ini McDonald mempunyai 32,000 rangakaian restoran. Satu fakta yang agak menarik tentang Kroc dan Walt Disney (pengasas taman tema Disney) yang berkawan sekitar tahun 1920-an. Kroc ingin membuka restoran McDonald di dalam taman tema Disney tetapi Walt mengenakan syarat supaya harga kentang goreng dinaikkan sebanyak 5% untuk diberikan kepadanya sebagai balasan. Kroc mempunyai etika perniagaan yang amat konsisten dan tidak mahu menipu pelanggan setianya. Oleh kerana itu, sehingga hari ini restoran McDonald tidak dibuka di taman tema Disney.
Intel
Pengasas Intel ialah Gordon E. Moore dan Robert Noyce. Jenama ini sekarang dinilaikan sebanyak AS32.0 bilion. Pada tahun 1968, Moore dan Noyce meninggalkan syarikat kejuruteraan elektrikal untuk memulakan syarikat mengeluarkan cip memori dan pemprosesan mikro. Moore Noyce adalah nama yang pertama digunakan. Kemudiannya menukar nama tersebut kepada Integrated Electronics atau Intel. Walaupun mengetahui penggunaan silikon adalah mahal, mereka masih meneruskan penggunaan silikon untuk menghasilkan produk yang berlainan. IBM menggunakan cip Intel untuk komputer pada tahun 1981.
Nokia
Nokia bermula dengan perniagaan kertas yang juga merupakan alat untuk berkomunikasi. Fredrik Idestam seorang anak jati Finland telah membina kilang kayu pulpa di sepanjang tebing Sungai Tammerkoski dalam tahun 1865. Beliau ialah seorang jurutera dan telah mengaplikasi pengetahuan dan kepakarannya dalam bidang kejuruteraan untuk memproses kayu dan menghasilkan kertas dengan harga yang murah. Proses ini merupakan suatu revolusi kepada industri pembuatan kertas pada waktu itu. Fredrik memenangi pingat gangsa di Ekspo Dunia di Paris pada tahun 1867. Selepas satu abad proses penggabungan dan pengambil alihan beberapa syarikat, Nokia mula melibatkan perniagaannya dalam bidang komunikasi mudah alih sekitar awal tahun 1980-an. Kini Nokia bernilai kira-kira AS29.5 bilion.
Disney
Pada tahun 1923, Walt Disney pada waktu berusia 23 tahun berhijrah ke California untuk menjual sebuah cerita kartun Alice in the Wonderland. Dalam masa beberapa bulan, dia berjaya mendapat pengedar yang bersetuju untuk mengeluarkan siri “Alice Comedies”. Setelah berjaya dengan siri tersebut, Walt terus berkarya dan mewujudkan banyak lagi karaktor kartun yang lain. Karaktor Mickey Mouse yang melonjak dan mendapat perhatian seluruh dunia kerana ia adalah siri kartun pertama yang bersuara. Kini Disney mempunyai taman tema di banyak negara seluruh dunia dan bernilai AS28.7 bilion.
Hewlett Packard
Bill Hewlett dan David Packard adalah pengasas Hewlett Packard. David memulakan kerjaya di General Electric Company (GE) manakala Bill meneruskan pengajian di universiti. Pada tahun 1937, David melawat Bill dan berjaya meyakinkan David untuk bercuti daripada syarikat GE untuk bekerja bersamanya menubuhkan HP. Dalam tahun 1939, produk HP pertama dihasilkan. Salah satu pelanggan pertama HP ialah Walt Disney yang membeli produk HP untuk membangunkan sistem bunyi yang canggih untuk tayangan popularnya Fantasia! Kini HP bernilai AS26.9 bilion.
Toyota
Kiichiro Toyoda adalah pengasas Toyota. Dalam tahun 1924, Sakichi Toyoda mencipta satu model mesin Toyoda G Automatik untuk menghasilkan tekstail. Kerajaan Jepun telah memberi semangat kepada Sakichi untuk membangunkan kereta beberapa tahun kemudian. Kiichiro merupakan anak lelaki Sakichi telah menjelajah Eropah dan Amerika Syarikat untuk menyelidik selok belok pembuatan kereta. Setelah pulang ke Jepun, Toyota menghasilkan kereta pertama mereka iaitu Model A1 untuk kereta penumpang pada tahun1935. Kini nilai Toyota adalah AS26.2 bilion.
Mercedes Benz
Dilahirkan di Jerman, Karl Benz dan Gottlieb Daimler merupakan pengasas Mercedes Benz. Ia bermula pada tahun 1886 apabila Karl mencipta automobil pertama yang merupakan sebuah basikal beroda tiga yang bermotor. Beberapa bulan kemudian, Daimler yang berada di kawasan yang berlainan menghasilkan jentera empat roda yang bermotorkan enjin Daimler. Mereka tidak menyedari tentang hasil masing-masing. Hanya 40 tahun kemudian Mercedes-Daimler dilahirkan apabila mereka bergabung. Kini nilai Mercedes-Benz mencecah AS25.2 bilion.
Gillette
King Camp Gillette memerhatikan penutup botol dibuang begitu sahaja selepas botol dibuka. Kemudian syarikat botol tersebut perlu membeli penutup yang lain. Bagi King, suatu peluang perniagaan yang baik untuk produk yang sebegini. King juga menyedari bahawa setiap lelaki memerlukan pisau cukur hampir setiap hari. Bermula daripada saat itu, King telah berusaha untuk mencipta pisau cukur yang boleh ditukar ganti manakala pemegangnya hanya perlu dibeli sekali sahaja. Sejak tahun 1901, penjualan pisau cukur Gillette meningkat hingga jenama tersebut kini bernilai AS23.3 bilion.
CISCO
Leonard Bosack dan isterinya Sandra Lerner mencipta teknologi untuk berkomukasi pada asalnya untuk tujuan kemudahan berkomunikasi antara satu sama lain. Sekitar tahun 1984, mereka tekad dan membuat pelaburan untuk memulakan syarikat yang menjual teknologi “internetworking”. Cisco adalah singkatan kepada San Francisco. Kini nilai Cisco mencecah AS23.2 bilion.
BMW
Di Jerman pada tahun 1916, jenama BMW yang kini bernilai AS22.3 bilion dizahirkan oleh Franz Josef Popp. Ianya adalah hasil daripada beberapa penggabungan syarikat yang pada awalnya merupakan pengeluar enjin kapal terbang. Logo BMW adalah lambang kipas kapal terbang. Selepas perang dunia pertama, BMW terpaksa menghentikan pengeluaran enjin kapal terbang. Mereka mengalihkan produksi kepada motosikal pada tahun 1923 dan kereta pada tahun 1928.
Louis Vuitton
Pada usia 14 tahun, Louis Vuitton membuat keputusan berhijrah ke Paris dari kampung halamannya di Jura, Perancis. Beliau hanya berjalan kaki ke Paris dan membuat kerja sambilan di sepanjang perjalanannya. Napolean III pernah melantik Louis sebagai pembuat kotak menyimpan barang (“trunk”). Reputasi beliau semakin berkembang dan pada tahun 1854, Louis membuka kedai beg pertamanya di Paris. Kini Louis Vuitton bernilai AS21.9 bilion.
Apple
Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne merupakan pengasas Apple. Sekarang Apple bernilai AS21.1 bilion. Mereka bertiga bermula membina komputer daripada pelbagai bahagian yang berasingan dengan hasil tangan sendiri. Mereka bekerja siang dan malam untuk menyiapkan setiap pesanan. Selepas pesanan yang ke 50, Ronald Wayne membuat pelaburan di dalam Apple.
Marlboro
Pada tahun 1902, Phillip Morris berhijrah ke New York untuk menjual rokok yang dihasilkannya. Untuk kelainan, Phillip menjual rokok untuk wanita dengan cogan kata yang menarik. Penapis pada hujung batang rokok berwarna merah bertujuan untuk menyembunyikan warna gincu wanita apabila merokok. Kini Marlboro bernilai AS20.0 bilion.
Samsung
Samsung mula beroperasi sebagai kedai runcit yang dibuka oleh Lee Byung-chul pada tahun 1938.Perniagaannya bertambah maju dan ibu pejabat Samsung dipindahkan ke Seoul pada tahun 1947. Tetapi Lee terpaksa meninggalkan perniagaannya apabila perang Korea bermula. Lee tidak pernah berputus asa dan memulakan kilang penapisan gula serta kilang bulu pula. Nasib Lee agak baik apabila Presiden Korea telah melaksanakan polisi untuk melindungi perniagaan seperti Samsung pada tahun 1960-an. Syarikat asing tidak dibenarkan menjual barang-barang elektronik di Korea. Langkah ini telah memberi Samsung kelebihan dalam perniagaan barang-barang elektronik kerana tidak ada pesaing selama 18 tahun semasa pemerintahan Presiden Park Chung-hee.
Honda
Sejak usia muda Soichiro Honda sangat berminat tentang dunia automobil. Beliau pernah bekerja sebagai mekanik kereta dan membuat reka bentuk baru untuk omboh kereta. Reka bentuk pertamanya ditolak oleh syarikat Toyota. Sekitar tahun 1930-an, Soichiro terpaksa menjual barang kemas isterinya untuk menanggung pengajiannya. Beliau terus berusaha dan akhirnya Toyota menerima reka bentuk yang diciptanya. Kilang omboh dibuka tetapi tidak berapa lama selepas beroperasi, gempa bumi memusnahkan usaha Soichiro. Akibat perang dunia ke II, bekalan petrol bekurangan dan ini memberi ide kepada Soichiro untuk menggunakan dua omboh pada motosikalnya pula. Kemudiannya Soichiro mengumpul dana daripada pengusaha kedai basikal seluruh Jepun dan membina motosikal Honda Cub. Bermula tahun 1964 Honda merupakan pengeluar terbesar motosikal dan kini ianya bernilai AS18.5 bilion.
Hennes & Mauritz (H&M)
H&M diasaskan oleh Erling Perrson pada tahun 1947 di Sweden. Ide untuk menghasilkan H&M semasa perjalanan beliau ke Amerika Syarikat selepas perang dunia ke II. Di Sweden beliau merupakan pelopor untuk hasil pakaian wanita. 21 tahun kemudian Erling membeli Mauritz Widforss yang menghasilkan pakaian untuk lelaki. H&M adalah hasil selepas penggabungan tersebut. Kini H&M bernilai AS16.1 bilion.
Oracle
Larry Ellison membaca laporan mengenai pengkalan data pada tahun 1970 yang ditulis oleh Edward F. Codd. Ia telah menjentik minda beliau bahawa ada satu peluang besar menanti dalam sistem pengurusan pengakalan data. Bertitik tolak daripada saat itu, Ellison berusaha untuk membangunkan Software Development Laboratories (“SDL”) dengan Bob MMiner dan Ed Oates. Selepas menukar nama syarikat selama tiga kali, Oracle adalah pembekal terbesar perisian untuk dunia perniagaan yang kini bernilai AS14.9 bilion.
Pepsi
Pada tahun 1898, Caleb Bradham seorang ahli farmasi dan mempunyai kedai ubat mencipta resipi baru untuk minuman yang dinamakan “Brad’s Drink”. Campuran ekstrak biji kola, vanila dan minyak yang jarang diperolehi dikatakan boleh menyegarkan badan, membantu penghadaman serta meningkatkan tenaga si peminum. Pada tahun 1903, Bradham menukar nama minuman kepada Pepsi -Cola dan memulakan kerja pembotolan di gudang sewaan. Tahun 1909 merupakan satu tahun keramat yang melonjak naik nama Pepsi apabila perintis pelumba automobil mengesahkan Pepsi-Cola adalah minuman yang menyegarkan dan sesuatu yang harus di ambil sebelum beliau memulakan perlumbaan. Namun begitu Bradham mengalami kegagalan dalam perniagaannya sekitar 1920-an hingga 1930-an sehingga beliau diistihar bankrup. Bradham tetap cekal dan berjaya menaikkan kembali nama Pepsi setelah memperkenalkan saiz botol minuman yang baru. Sehingga kini Pepsi diberi nilai AS14.1 bilion.
American Express (AMEX)
Henry Wells, William Fargo dan John Warren Butterfield adalah pengasas kad AMEX. Masing-masing mempunyai latar belakang yang lebih kurang sama iaitu dalam bidang pengangkutan wang pada awalnya dan kemudiannya mengaplikasi teknologi untuk menghasilkan AMEX. Nilai AMEX kini mencecah AS13.9 bilion.
Nike
Selepas tamat pengajian di universiti, Philip Knight mengambil keputusan untuk menjelajah sekitar negara Jepun. Di Jepun Knight bertemu pembuat kasut Onitsuka Tiger. Sebagai ahli olahraga universiti, Knight bersetuju untuk membeli kasut-kasut Tiger untuk dijual di Amerika Syarikat. Untuk memenuhi syarat syarikat Jepun itu, Knight mendaftarkan syarikat yang diberi nama Blue Ribbon Sports (“BRS”). Pada akhir tahun 1963 pesanan kasut sudah mencecah 200 pasang kasut. Dengan hati yang cekal Knight memulakan perniagaannya secara jualan daripada kereta sahaja. Stok pula disimpan di bilik bawah tanah rumah bapanya. Perniagaan terus berkembang apabila Knight bersama rakan kongsi Bill Bowerman bekerjasama bermula tahun 1964. Mereka mula menyewa premis perniagaan pada tahun 1966 yang membolehkan pekerja menjual kasut di kedai pula. Hubungan perniagaan antara BRS dan Tiger berakhir sekitar tahun 1971 dan bertititik tolak dari waktu itu Knight dan Bowerman memulakan jenama kasut mereka sendiri iaitu Nike sempena dewi kemenangan Greek yang kini bernilai AS13.7 bilion.

Usahawan Selebriti Lelaki di Malaysia

Ezany Nizariff


Seorang lagi selebriti lelaki yang tidak kurang hebatnya ialah Ezany Nizariff, jejaka berusia 36 tahun yang popular dengan watak Irfan dalam drama bersiri Natasha, sekarang sudah bergelar usahawan belacan. Rupanya sejak setahun lalu, syarikatnya EMP Sdn. Bhd, sudah menghasilkan ‘Belacan Ezany’. Bermula secara kecil-kecilan, Ezany kini mampu berbangga apabila kicap dan belacannya telah berada di pasaraya terkemuka seperti Giant, Mydin dan Jaya Jusco. Malah artis ini kini mempunyai kilang di Lestary Perdana, Seri Kembangan, Selangor.
Memulakan karier sebagai pelakon, Ezany ke sana ke mari menghadiri uji bakat dengan menaiki pengankutan awam sahaja. Apabila semakin naik, usahawan muda ini berkereta Satria warna hijau. Setelah memperoleh pendapatan yang lumayan melalui drama-drama popular beliau, keretanya bertukar kepada Kia Sorento dan kini beliau sudah pun memiliki kereta BMW dan dua buah kondominium hasil pendapatan berniaga!
Satu sifat Ezany yang boleh dipuji ialah beliau tidak berasa malu menjual belacan kerana katanya belacan adalah salah satu perencah masakan Melayu.
Sejak dulu belacan memang tidak boleh dipisahkan daripada masakan kita walaupun ia sedikit berbau. Sebab itu kalau kita sebut belacan, dengan sendirinya kita tahu ia berkaitan dengan masakan Melayu. Sebab itu pada setiap bungkus Belacan Ezany tertera gambar saya, siap bersongkok dan berpakaian baju Melayu,” kata Ezany dalam satu petikan surat khabar yang mengumpulkan golongan artis berniaga.
Kini, kilang belacan Ezany di Sungai Berambang, Perlis dah boleh keluarkan 50,000 ketul belacan sebulan. Belacan yang dijual seberat 150 gram dan 70 gram itu dihasilkan oleh 10 wanita kampung dengan menggunakan udang geragau. Belacan yang diusahakan syarikat usahawan muda ini menggunakan seratus peratus udang geragau. Tetapi ada juga yang dibuat dengan menggunakan campuran ikan dan udang.
Selain belacan, syarikat Ezany turut mengedar kunyit serbu, rempah ikan, rempah kurma dan pelbagai lagi perencah masakan. Apabila jenama Ezany sudah terkenal terutamanya di kalangan peminatnya, Ezany dengan bijak mengambil peluang untuk menjual sos tomato dan sos cili dan turut mempunyai jenama pakaiannya sendiri iaitu Grassjeans yang kini dijual di Jaya Jusco. Beliau memang ahli perniagaan yang pandai merebut peluang!

Jumaat, 10 Ogos 2012

Usahawan Selebriti Lelaki di Malaysia

Dato Wan Mohamad Sani Salleh


Mungkin ramai yang tidak mengenali Dato Wan Mohamad Sani Salleh. Tetapi jika disebut tentang bekas model pelakon dan anggota kumpulan Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusoff pada lewat 90an? Ha, sudah tentu ramai yang katakan, “Oh dia ke?!”
Jejaka berusia 34 tahun berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan Universiti Kolej Sunway ini merupakan antara usahawan merangkap artis yang paling berjaya dalam bidang perniagaan. Dianugerahkan Darjah Dato Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Ahmad Shah yang membawa gelaran dato pada 2009, beliau kini adalah pengarah urusan SANI United Sdn Bhd (SUSB). Sebelum ini Dato Sani Memulakan perniagaan dengan membuka bengkel membaiki kenderaan. Pada tahun 2003 Dato Salleh menubuhkan SUSB dengan 2 lagi rakan kongsi yang menarik diri tak lama kemudian yang menyebabkan Dato Sani terpaksa mengambil risiko dengan seorang pekerja dan hanya pada 2006 barulah menyaksikan SANI Express berada di jalanraya dengan 6 buah bas. Kini setelah 7 tahun berlalu SUSB memiliki lebih 150 pekerja dan mempunyai bangunan 3 tingkat sendiri Wisma Dato’ Sani yang terletak di Klang Sentral.
Bercerita tentang khidmat yang disediakan, 25 buah bas 2 tingkat telah beroperasi yang di lengkapi teknologi keselamatan dari Sweden bernilai 40 juta yang dapat mengesan ketidakfungsian teknikal lebih awal. Kaunter tiket juga diliputi CCTV yang disambungkan dengan ibupejabat bagi melancarkan operasi. Ibu pajabat di Klang sentral juga memiliki pusat latihannya sendiri. Bagaimanapun SUSB tak lari dari krisis apabila kemalangan maut melibatkan bas syarikatnya yang menyebabkan kes ini disiasat oleh LPKP.
Figura ini sebenarnya merupakan seorang yang sangat bercita-cita sendiri dan ketika beliau mencapai satu tahap dimana beliau mula befikir bagaimanakah hidupnya jika terus berada di bidang seni dan hiburan yang benar-benar bergantung kepada bakat dan peminat. Oleh yang demikian, beliau telah mengubah arah tuju hidupnya dengan memulakan perniagaan perkhidmatan bas ekspres.
Destinasi ke Pantai Timur sudah ditawan dan kini semakin ligat meneroka destinasi ke Alor Setar di utara.Lebih mengagumkan, bermula bulan ini 25 bas dimiliki, semuanya bas dua tingkat yang tampak elegen dan semestinya menjanjikan keselesaan.Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani, apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik.
Biasalah, dulu masa jadi artis memang saya main-main. Masuk industri hiburan, jadi model, penyanyi dan pelakon sehingga lama kelamaan saya sedar sampai bila saya harus begitu. Ketika itu hidup sekadar untuk cari makan dan hiburkan diri sendiri. Bukan saya kata bidang hiburan tak menjanjikan kejayaan, tetapi biasanya sukar untuk cemerlang dalam bidang itu,” adalah kata-kata figura hebat yang dipetik dari artikel hasil temuramah wartawan hiburan di Wisma Dato Sani di Klang Sentral, Klang bersama rakan karibnya, Pengarah Urusan Federal Malay Holding Sdn Bhd, Datuk Sharifuddin Musa.
Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau. Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan. Menurut Sani, selain minat, antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa saja.
Dalam artikel yang sama, dapat diteka yang artis ini sangatlah down to earth! Katanya, “saya bukan sekolah tinggi sangat. Saya belajar daripada orang berpengalaman, malah dengan sesiapa saja. Dengan pemandu bas saya belajar, dengan mekanik saya belajar, malah dengan orang yang pernah gagal juga saya belajar kerana kegagalan itu akan saya jadikan iktibar.Daripada situ kita dapat ilmu, malah sampai sekarang saya masih belajar. Saya buat analisis dan kajian sendiri, baru kita boleh kendalikan perniagaan dengan baik”. Dan disebabkan Dato Sani ini masih bujang (peluang hebat untuk artis-artis wanita di luar sana), beliau mampu memberi tumpuan 100 peratus kepada perniagaan.
SANI Express mensasarkan untuk memiliki 100 bas dan meneroka semua laluan di negara ini dalam tempoh tiga tahun lagi. Menurut beliau, sebanyak RM100 juta akan dilabur untuk tujuan itu dan beliau mensasar untuk memiliki 500 kakitangan dalam tempoh berkenaan. Selain itu, beliau juga melibatkan diri dalam perniagaan perhotelan dan hartanah.


Isnin, 6 Ogos 2012

16 Sebab Kegagalan Perniagaan

Sudah pasti, tiada siapa inginkan kegagalan dalam perniagaan, namun kegagalan perniagaan tetap terjadi. Ianya dikatakan lebih daripada 90% perniagaan yang dimulakan mengalami kegagalan.
Berikut adalah sebab-sebab kegagalan perniagaan. Pastikan anda menjauhinya!

1: Tiada matlamat
Tiada matlamat yang jelas apa yang ingin dicapai oleh perniagaan yang dibina. Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 1 tahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 3 tahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 5 tahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda 10 tahun dari sekarang? Matlamat akan menentukan arah tuju sesuatu perniagaan. Tanpa matlamat yang jelas, perniagaan tidak mempunyai daya dan motivasi untuk berkembang.


2: Tidak mengutamakan pelanggan
Pelanggan merupakan aset utama apa sahaja perniagaan. Utamakan pelanggan oleh kerana apa sahaja perniagaan berfungsi untuk memenuhi keperluan pelanggan. Ianya sering dikatakan dalam buku-buku perniagaan bahawa pelanggan adalah raja!

3: Tidak usahakan jualan
Keuntungan perniagaan datangnya dari jualan. Amat jarang sekali sesuatu jualan akan datang dengan sendiri. Usahawan perlu mengusahakan untuk mendapatkan jualan. Pastikan momentum diteruskan untuk mendapat jualan demi jualan oleh kerana tanpa jualan, tiada keuntungan!

4: Tidak sabar Naluri ramai usahawan adalah untuk menjadi kaya dengan segera. Perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka waktu panjang dan bukan meraih keuntungan maksima pada jangka waktu singkat.

5: Gagal meletakkan prioriti
Ianya dikatakan, 20% daripada usaha akan menghasilkan 80% daripada pulangan. Kesilapan ketara bagi mereka yang tidak bijak meletakkan prioriti adalah memberi fokus kepad 80% usaha perniagaan yang hanya memberi 20% daripada pulangan. Agihkan kerja-kerja perniagaan yang tidak memerlukan masa dan tenaga anda kepada orang lain supaya tenaga dan masa anda dapat ditumpukan pada aktiviti 20% yang memberi keuntungan 80%.

6: Melakukan sesuatu di luar bidang
Sebaiknya, jalankan perniagaan di mana letaknya kekuatan anda. Memulakan perniagaan yang bukan dalam kekuatan anda hanya akan mengurangkan motivasi anda.

7: Tidak mempunyai daya saingan pada produk atau perkhidmatan
Persaingan semakin sengit dalam arena perniagaan. Sesuatu perniagaan perlu mempunyai daya saingan yang hebat berbanding dengan pesaing dari segi lebih baik, atau lebih murah, atau lebih pantas dari pesaing. Tanpa daya saingan untuk membezakan anda dengan pesaing, ianya hanya akan menenggelamkan perniagaan anda.

8: Produk tidak memenuhi keperluan pelanggan
Mempunyai produk untuk dijual adalah langkah utama memulakan perniagaan. Namun, dengan mempunyai produk sahaja, tidak mencukupi. Produk yang dijual perlu dapat memenuhi keperluan pelanggan. Mungkin anda ingin jual bahan kosmetik untuk memutihkan kulit, tetapi produk anda bukan sahaja memutihkan wajah pengguna, ianya menyebabkan kulit berminyak di wajah pengguna pula. Maka, produk tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pengguna.

9: Produk dan perkhidmatan pelanggan yang tidak berkualiti
Zaman ini, pelanggan mementingkan kualiti produk dan perkhidmatan pelanggan. Oleh kerana persaingan semakin tinggi, terdapat berbagai-bagai pilihan yang boleh dibuat oleh pelanggan. Produk dan perkhidmatan yang berkualiti akan menjadi pilihan utama.

10: Gagal mengenalpasti pelanggan Siapakah bakal pelanggan anda? Dimana komuniti bakal pelanggan anda? Apakah kemampuan kewangan bakal pelanggan anda? Bagaimana caranya anda boleh mencapai bakal pelanggan anda? Strategi perniagaan adalah menetapkan tumpuan pasaran anda (niche market). Dengan menetapkan tumpuan pasaran anda, ianya adalah lebih mudah mengenalpasti pelanggan anda untuk melakukan sebarang jualan.

11: Lemah dalam urusan kewangan
Fahami angka kewangan perniagaan anda. Pastikan setiap transaksi perniagaan diambil kira dan walaupun bunyinya mudah, namun, terlalu banyak perniagaan membelanja lebih daripada apa yang diterima. Bijak dalam berbelanja untuk perniagaan, walaupun usahawan perlu mengambil risiko kewangan, namun risiko yang terbaik adalah risiko yang telah diselidik.

12. Gagal mengikut trend semasa dan pasaran Trend dan pasaran berubah mengikut masa. Satu ketika dulu, walkman menjadi pilihan utama muda mudi berhibur, kini trend sudah berubah menjadi pemain MP3! Usahawan perlu peka kepada trend semasa dan pasaran supaya perniagaan sering dikemaskini mengikut arus zaman.

13: Perbelanjaan overhed yang tinggi Seringkali kos overhed memakan segala keuntungan perniagaan. Pastikan kos overhed adalah pada minimum. Kos overhed termasuk kos elektrik, kos pekerja, kos premis, kos air, kos Internet dan sebagainya. Kos overhed akan sentiasa dikenakan setiap bulan. Sekiranya kos overhed mencecah RM20,000 setiap bulan, maka, keuntungan perniagaan perlu melebihi RM20,000 hanya untuk mendapat keuntungan.

14: Tiada perancangan perniagaan
Tidak melakukan perancangan adalah merancang untuk gagal. Sediakan pelan dan langkah-langkah untuk mengembangkan perniagaan anda. Aturkan strategi pemasaran dalam mendapat pelanggan yang ramai. Perniagaan menjadi cemerlang bukan kerana nasib, tetapi kerana
perancangan perniagaan yang lengkap.

15: Perancangan tanpa tindakan
Perancangan hanyalah langkah pertama. Perancangan tanpa tindakan susulan tidak akan membuahkan hasil! Pastikan apa yang dirancang, diimplementasikan. Apa akan terjadi sekiranya apa yang dilaksanakan tidak menjadi dan gagal? Tidak mengapa, kegagalan akan mengajar anda untuk mengubah perancangan. Kegagalan adalah guru yang paling baik dalam perniagaan sekiranya anda membenarkan diri anda mempelajari dari kesilapan.

16. Gagal berhubung dengan pekerja
Sememangnya agak sukar menjalankan perniagaan dengan sendiri tanpa mengagihkan kerja kepada pihak lain. Fahami kehendak dan keperluan pekerja oleh kerana pekerja akan membantu memajukan perniagaan anda. Hubungan yang baik dengan pekerja akan memberi motivasi kepada pekerja untuk berusaha dengan lebih tinggi dalam memajukan perniagaan anda.

Dengan mengetahui dan memahami sebab-sebab kegagalan perniagaan, ianya dapat membantu anda menghindari dari kegagalan perniagaan. Namun begitu, perlu diingat juga bahawa, sekiranya sekiranya rezeki perniagaan tidak menyebelahi anda dan anda menghadapi kegagalan, gagal sekali, bukan bermaksud gagal selamanya. Teruskan usaha oleh kerana kejayaan sering
dijumpa disebalik kegagalan!

INSPIRASI: Jutawan Speedmart99 Adalah Lelaki Cacat, Belajar Setakat Darjah Enam

Kita mungkin sudah biasa melihat rangkaian mini market 99Speedmart yang papan tandanya berwarna hijau gelap dan oren itu.
Ramai mungkin tidak tahu siapakah pemilik rangkaian mini market itu.
Untuk rekod, ia adalah milik seorang lelaki kurang upaya (OKU) bernama Lee Thiam Wah.

Beliau memiliki lebih 2OO buah cawangan 99Speedmart di seluruh Malaysia (2011).
Lee berkerusi roda semenjak kecil.
Sewaktu bayi, Lee lumpuh disebabkan polio dan hilang fungsi kakinya.
Bapanya seorang buruh pembinaan dan ibunya seorang penjaja, mereka bekerja keras untuk menyara 11 anak.
Mereka cuma mampu menyediakan pendidikan peringkat sekolah rendah kepada Lee.
Untuk menghilangkan rasa sunyi, Lee belajar sendiri dengan membaca buku yang dipinjam dari jiran, dan menjual makanan ringan serta snek ditepi jalan.
” Saya perlu menolong diri sendiri. Tiada siapa yang hendak menggaji saya yang mempunyai fizikal yang terhad ini..”
Lee memiliki simpanan RM5,000 ketika 23 tahun, cukup untuk memulakan kedai runcit.


Dari situ beliau mula belajar tentang perniagaan runcit.
Lee menceritakan - ‘saya belajar apa pelanggan mahu, saya kenal siapa pembekal dan harga mereka. Dan saya kaji pesaing saya dengan cermat..’
Beliau telah berjaya menubuhkan 8 pasar mini di sekitar bandar Klang, Selangor pada hujung tahun 1990an walaupun kegawatan ekonomi berlaku pada masa itu.
Kejayaan ini adalah sumber keyakinan kepadanLee dalam perkembangan perniagaan kedai serbaneka yang mempunyai potensi tinggi.
Pada Ogos 1992, pasar raya 99 yang pertama telah dibuka.
Sejak tahun 1995, 7 buah lagi pasar raya yang menggunakan sistem kawalan stok dan inventori yang terkini telah dibuka di beberapa kawasan di Klang.
Perniagaan kesemua pasar raya ini berkembang dengan kadar 8 peratus setahun.
Pada masa perniagaannya berkembang, beliau telah memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan barangan serbaneka.
Beliau mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap setiap perkara yang melibatkan perniagaan ini seperti layanan pelanggan, pemilihan tempat perniagaan, kebersihan tempat perniagaan, pentadbiran perniagaan, penjualan dan promosi.
Ini menghasilkan rangkaian pasaraya berjenama tinggi yang dikenali oleh penduduk Klang.
Daripada pengalaman dan kejayaan  Lee dalam perniagaan ini, beliau telah mengilhamkan satu konsep kedai serbaneka moden yang mempunyai segala kemudahan dan keperluan yang boleh dijalankan dengan satu kedai.
Justeru, 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk mengadakan francais kedai-kedai serbaneka di seluruh Malaysia.
Sembilan kedai-kedai serbaneka 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah wujud di sekitar Lembah Klang.
Konsep kedai serbaneka 99 Speedmart telah direka untuk menawarkan kepada pengguna cara membeli-belah dengan mudah, cepat dan selesa tanpa kesesakan orang ramai yang biasanya dapat dilihat di pasar raya atau pasar raya besar.
Ia juga menyediakan pelbagai jenis barangan dengan nilai yang terbaik untuk pengguna.
Slogan kedai serbaneka 99 Speedmart Begitu cepat, begitu mudah meliputi idea dan konsep kedai serbaneka 99 Speedmart iaitu Cepat dan Mudah.
Ini kerana pengguna boleh mendapatkan barangan yang diperlukan dengan cepat serta mudah dari segi masa, wang dan penginapan.
INSPIRASI: Pengasas Speedmart99 Adalah Lelaki Cacat, Belajar Setakat Darjah Enam
Bagi menguatkan ‘ikatan’ dengan pembekal, Lee akan menjelaskan bayaran dengan hanya beberapa minit sahaja dengan mereka setiap kali beliau memperoleh barangan yang dipesan.
Cara ini menyebabkan pembekal percaya kepada kejujuran Lee.


Di kala ramai OKU yang bergantung sepenuhnya pada bantuan kerajaan, Lee memecahkan tradisi ini.
Beliau pada awalnya terpaksa meminta bantuan adik beradiknya untuk menyusun barangan yang berat.
Keadaan beliau berkerusi roda tentunya menyebabkan pergerakannya terhad.

” Sudah tentu saya kena bekerja lebih kuat dari orang lain. Saya tidak boleh berbahasa Inggeris, berkerusi roda dan sekolah setakat darjah enam.
” Tapi bila berkerja keras, secara automatik boleh menambahkan rasa keyakinan diri dan ilmu pengertahuan,” kata Lee.
Beliau juga tidak menggunakan kecacatan dirinya bagi meminta diskaun dari pembekal.
Tiada keistimewaan khas, cuma bisnes dan berurusan seperti orang lain.
Hebat bukan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online