picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 3 November 2013

Gaji Minimum Dilaksanakan Mulai Januari 2014

Gaji Minimum Dilaksanakan Mulai Januari 2014

LABUAN – Selepas ditangguh dan diberi kelonggaran sejak Januari tahun ini, gaji minimum RM900 sebulan di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak serta Labuan, akan dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Januari tahun depan.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot berkata, kerajaan mengambil kira semua perkara yang boleh menjejaskan pelbagai sektor di negara ini sebelum melaksanakan dasar berkenaan.
“Sebahagian besar majikan daripada hampir semua sektor di negara ini memberi penjelasan tentang ketidakmampun mereka (melaksanakan dasar itu) dan meminta penangguhan, maka kami menangguhkannya hingga 31 Dis tahun ini. Gaji minimum akan dikuatkuasakan sepenuhnya di seluruh negara mulai Januari tahun depan,” katanya selepas menyampaikan sijil kepada lepasan Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini, hari ini.
Riot berkata, pelaksanaan gaji minimum ini terpakai bagi semua majikan, tanpa mengira lokasi perniagaan mereka.
“Sama ada perniagaan yang mereka jalankan di bandar atau di mana saja, mereka tidak terkecuali daripada melaksanakannya,” katanya.
Riot berkata, pelaksanaan dasar itu terpaksa ditangguh kerana beberapa sebab, termasuk berkaitan kemampuan kewangan syarikat atau majikan.
Perintah Gaji Minimum 2012 sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Januari 2013, dengan kadarnya dikaji setiap dua tahun. Bagaimanapun, ia ditangguh bagi memenuhi permintaan 400 syarikat agar tarikhnya ditunda kepada 31 Disember. Pelaksanaan dasar gaji minimum itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 April tahun lalu dan diwartakan pada 16 Julai.
Riot berkata, ia ditangguhkan berikutan kajian teliti oleh Majlis Perundingan Gaji Negara.
“Kajian dibuat mengikut kes…dan penangguhan serta kelonggaran hanya diberi selepas majlis itu yakin terdapat keperluan untuk berbuat demikian,” katanya.
Menurutnya, setakat ini, tiada permintaan secara bertulis diterima daripada pengusaha tanaman sawit untuk menangguhkan pelaksanaan dasar itu berikutan penurunan harga minyak sawit dunia.

“Kebanyakan pekerja dalam sektor perladangan adalah warga asing. Rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung tidak berminat bekerja dalam sektor ini…sama ada kita suka atau tidak, inilah isu yang terpaksa kita hadapi,” katanya.
Laporan sebelum ini memetik ketua setiausaha kementerian berkenaan Zainal Rahim sebagai berkata sejumlah 247 “syarikat mikro” dan 743 syarikat besar memohon penangguhan pelaksanaan dasar itu.
Syarikat mikro merujuk kepada sesebuah syarikat yang mempunyai tidak lebih lima pekerja. Syarikat yang tergolong dalam kategori ini sepatutnya melaksanakan dasar berkenaan mulai hari ini.

Syarikat besar yang mempunyai lebih 150 pekerja dalam bidang perkilangan atau lebih 50 pekerja dalam bidang pembuatan perlu mula membayar gaji minimum pada 1 Januari tahun ini. – BERNAMA

Jom register disini:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online