picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 6 November 2013

Rakyat Malaysia tahu cara jimat petrol

  • Shell
 1 / 1 
Ramai rakyat Malaysia sedar mengenai tabiat yang dapat mempertingkat kecekapan penggunaan petrol, menurut laporan Soal Selidik Shell.

Tinjauan selama lapan minggu dengan 762,130 responden itu menunjukkan 90 peratus responden selalu mengamalkan petua penjimatan petrol, mencerminkan impak usaha Shell yang berterusan untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai pelbagai tabiat menjimatkan petrol.

Pengurus Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd Azman Ismail berkata, keputusan soal selidik Shell itu menzahirkan usaha dan komitmen Shell dalam mendidik pengguna di Malaysia mengenai kepentingan tabiat penjimatan petrol.

"Pendapat mereka telah memberi kami pandangan mengenai keperluan pelanggan terkini dan seterusnya membantu kami untuk terus mempertingkat kualiti produk dan perkhidmatan kami,” katanya.

Sementara itu, sebahagian besar peserta kempen soal selidik itu (94 peratus) menyatakan mereka lazim mengisi kenderaan dengan petrol Shell FuelSave 95, rumusan khas yang diperkenalkan Shell di Malaysia pada 2009.

Selain itu, keputusan kajian menunjukkan 93 peratus responden ingin memperoleh lebih maklumat mengenai penjimatan petrol, dengan 42 peratus daripada mereka lebih berminat mempelajari penjimatan petrol menerusi media diikuti melalui bengkel pendidikan dan media sosial.

"Shell Malaysia sentiasa berkongsi petua penjimatan petrol secara aktif menerusi pelbagai kempen medianya yang popular, bengkel pendidikan dan juga pelbagai usaha unik yang dijalankan di seluruh negara.

"Syarikat ini akan terus melabur untuk mendidik rakyat Malaysia melalui pelbagai platform, terutamanya media yang merupakan pilihan utama kebanyakan responden," kata Azman.

Kempen Soal Selidik Shell anjuran Shell Malaysia yang julung kali diadakan di seluruh negara dilancarkan pada Mei tahun ini untuk memahami keperluan pelanggan Shell dengan lebih mendalam menerusi maklum balas mengenai produk serta perkhidmatan yang ditawarkan.

SINARHARIAN

Jom register disini:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online