Hai, hai, hai & Salam Cetak baju pada korang yang baru melawat blog kitaorang & yang tak jemu2 datang melawat kitaorang,
Haaaa…..minggu ni, saya nak kongsi ngan korang tips2 berguna berdasarkan pengalaman sebenar kitaorang, bagaimana untuk menjadi seorang ejen jual baju yang hebat sama cam kitaorang…hehehe..(angkat bakul skit). Tak tahu le hebat ke tak? Saje je cakap camtu supaya motivasi kitaorang naik lagi lepas ni. Kang kata riak lak. Mintak jauh le…kalau korang nak tahu, permulaan kejatuhan sesebuah bisnes apabila seseorang itu mula riak & sombong, pastu lupa dengan masa mula2 nak buat bisnes dulu. Lagi satu, sombong dengan Allah…masa susah, doa bukan main nak suruh senang lenang tapi bila dah senang lenang..mula lupa diri. So, pelajaran pertama….jangan sombong & riak, bila dah berjaya. Bila dah start cam tu…akan mulalah jugak kejatuhan bisnes korang. Faham ye, anak2…..hehehe?
Antara tips yang saya boleh kongsi ngan korang kalau nak jadi ejen jual tshirt, tak kira ngan saya sendiri atau ngan sape sahaja…
1. Jangan cepat2 nak cari untung besar. Baru mula nak bisnes dah berangan nak untung besar…salah tu. Orang macam ni biasanya buat bisnes bermusim macam orang jual kat bazzar Ramadhan(bukan semua…sori). Ada yang setahun sekali buat bisnes & time tu jugak nak pulun untung besar2an. Lepas tu diam terus.
So, kalau nak jadi ejen jual tshirt atau apa sahaja bisnes…mula2, jangan fikirkan untung yang besar. Fikirkan dulu, laku ke tak kalau aku jual baju ni. Untung ciput tak mengapa, asalkan bisnes jalan berbanding untung besar tapi jarang2 orang beli. Faham kan….
2. Ejen jual tshirt yang hebat juga sanggup bersusah payah dahulu. Orang kata, susah dahulu, senang2 kemudian. Jangan lak susah2 dahulu, sampai sekarang susah. Camtu..memang kena mandi bunga le jawabnya. Takpun memang salah pembawakan tu. Mungkin kena tukar bisnes. Susah2 dulu ni maknanya, sanggup mencari ilmu atau mencari bahan walau macamana cara sekali pun. Bukan hanya tunggu je peluang datang menimbun ikut tingkap & pintu rumah korang. Maknanya….usaha le skit. Nak senang, bukannya senang bro….
3. Berkenaan cari untung besar tu…kalau boleh bertolak ansur le kalau customer tawar harga. Yang ini maaf cakap ye….kebanyakan orang melayu fail skit bab ni. Kadang2 kita nak mintak tawar skit pun, dengan muka masam mencuka cakap “tak boleh!”. Cuba korang tengok kedai cina(maaf ye teman2)….kalau kita mintak tawar, memang dia akan cuba bagi selagi tak merugikan dia. Yang penting kita dapat pegang customer tu, jangan bagi lari kat orang lain.
4. Mulut kena manis beb…walaupun bisnes online, penggunan bahasa pun kenalah beradab sopan. Banyakkan maaf kalau tak boleh tunaikan. Ini kadang2 macam bercakap dengan robot. Jenis yang tak belajar sivik atau tatarakyat ni. Kalau boleh, buat ayat macam kita bersembang dengan dia. Baru le customer rasa ada chemistry nak deal ngan kita. Betul tak?
5. Last sekali….belajar, belajar, belajar. Banyakkan baca buku tentang bisnes. Kalau ada kursus, pegi. So, bukan saje korang boleh buat bisnes tshirt…hatta apa kebenda bisnes pun korang boleh kasi hentam. Semua boleh buat duit maaaaa.
So, itu antara tips2 yang sempat saya kongsikan ngan korang tentang nak jadi ejen tshirt ni sebab korang yang akan deal ngan customer. So, nak bagi laku tshirt yang korang jual tu, ilmu kena ada le. Jangan main langgar je.
Apa yang saya kongsikan ni adalah pengalaman sendiri sebenarnya. Bagaimana dengan tips2 yang saya guna tu, Alhamdulillah, saya mampu menjana pendapatan 5 angka sebulan secara kasar & mampu bawak anak 3 orang, isteri seorang, bapa & mak mertua pergi umrah baru2 ini hanya dengan duit bisnes kitaorang ni sahaja. So, bayangkanlah bagaimana bisnes kitaorang ni sebenarnya.
Panjang lebar tips kitaorang tu. Harap2 korang ambik le ilmu kat situ. Tak banyak, sikit pun jadilah ye…
Jom register disini:
Jemput like ke page kami :-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan