picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 15 November 2013

Pengurus restoran nafi guna najis manusia

  • Restoran nasi kandar popular diarah tutup 2 mingguPerniagaan nasi kandar di Jalan Yang Kalsom di sini dikenakan notis Perintah Tutup Premis Makanan selama 14 hari kerana melanggar syarat di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 berkaitan kebersihan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kinta (Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan) mulai hari ini. - Foto Bernama
 1 / 1 
IPOH - Pengurus Restoran Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom di sini hari ini menyangkal keras dakwaan restorannya ditutup susulan penemuan najis manusia di dalam peti simpanan makanan di premis itu.
  
Mohd Nihmatullah Syed Mustaffah berkata perkara itu yang disebar menerusi laman sosial sejurus selepas notis penutupan dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan petang semalam, merupakan fitnah yang bertujuan menjejaskan perniagaannya.
  
"Adakah najis orang kita boleh masak? Kenapa cemburu selepas 55 tahun saya berniaga di sini?," katanya kepada pemberita di sini.
  
Sambil menegaskan penutupan selama dua minggu sehingga 28 Nov itu atas faktor kebersihan, beliau berkata pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut mendakwa najis terbabit untuk disalut di sekeliling periuk.
  
"Kalau ada bukti (saya berbuat demikian) keluarkanlah...," katanya menambah perbuatan tersebut turut menjejaskan imej Perak yang sinonim dengan nasi kandar restorannya yang dikenali sebagai 'nasi ganja'.

Banyak orang kenamaan termasuk menteri dari luar negara datang menjamu selera di sini, justeru bayangkan apa perasaan mereka jika terbaca dakwaan yang dibuat itu, katanya.
  
Mohd Nihmatullah, 59, juga menegaskan hanya restorannya ditutup manakala Restoran Vanggey di Greentown yang turut menjual nasi kandar beroperasi seperti biasa.
  
Restoran Vanggey juga milik keluarga saya, katanya.
  
Beliau berkata, restorannya dijangka beroperasi semula Ahad atau Isnin ini selepas Jabatan Kesihatan melakukan pemeriksaan susulan.
  
Restoran terbabit diarah tutup selama dua minggu bermula semalam kerana gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.
  
Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail, dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983. - Bernama

Jom register disini:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online