picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 2 November 2013

SEJARAH SUHAIMI ABAS -CEO OTAi BURGER-

OTAI FRANCHISE SDN BHD

DARI BAWAH POKOK KE MERCU KEJAYAAN

SEJARAH SUHAIMI ABAS


Bak kata pepatah 'Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu', begitulah kata bidalan yang sesuai dikaitkan dengan usahawan muda, Suhaimi Abas, 36, atau lebih dikenali sebagai Mie Otai yang kini berjaya mengecap kejayaan dalam usia muda. Jika dahulu, Suhaimi hanya peniaga jalanan yang hanya berpayungkan dahan nan rimbun, namun tiada siapa menduga berkat usaha gigih beliau selama 14 tahun itu, kini beliau mampu berdiri gah dalam industri franchais setanding dengan usahawan berjaya yang lain.

Mengimbas kembali rentetan perjalanan Suhaimi, beliau mula menceburi bidang perniagaan bertempat di Jalan Raja Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur. Ketika itu, usianya baru mencecah 20 tahun. Ketika itu, jelas anak muda yang berasal dari Pantai Remis, Perak ini, beliau sanggup mengorbankan masa dan usia remajanya dengan menceburi bidang perniagaan. Ini dilakukan kerana beliau terdorong atas dasar minat yang terlalu mendalam terhadap bidang perniagaan. 

Tempoh 14 tahun menceburi bidang perniagaan burger, ternyata membuahkan hasil yang membanggakan apabila beliau mampu memiliki perniagaan franchaisnya sendiri atas jenama Otai yang bermaksudOrganisasi Tempat Ambil Ilmu yang merupakan sebuah organisasi untuk melatih usahawan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pemilik Otai Franchise Sdn Bhd, ikuti temubual eksklusif Businesskini pada keluaran kali ini.

Apa yang saya kecapi hari ini merupakan berkat usaha keras saya pada masa silam," begitulah ungkapan kata-kata usahawan muda Suhaimi Abas mengenai dirinya. Menurut Suhaimi, segalanya bermula ketika beliau berhijrah ke Kuala Lumpur di usia 17 tahun, mengikut bapa saudaranya bagi membantu beliau menjual kacang rebus di Jalan Raja Bot, Chow Kit selama tiga tahun.

Kemudian di usia 20 tahun, Suhaimi menceburi perniagaan menjual buah-buahan dan alat permainan kanak-kanak. Tetapi perniagaan tersebut gagal. Biarpun gagal, namun untuk berputus asa tidak sekali pada anak muda ini, akhirnya beliau beralih arah menjadi budak penjual burger jalanan ketika di usia 22 tahun. Ternyata menjual burger sinonim dengan diri beliau sehingga membawa kejayaan yang cukup membanggakan.

FORMULA KEJAYAAN

Katanya sepanjang berniaga di jalanan, anak sulung kepada 10 orang adik-beradik ini sentiasa mencari formula terbaik untuk beliau bergelar usahawan berjaya. Namun untuk mencapai kejayaan bukanlah satu jalan yang mudah, pelbagai dugaan dan cabaran ditempuhinya. Beliau tetap tabah, sabar dan redha sepanjang mencari fomula untuk berjaya.

Dengan membuat banyak rujukan dan nasihat dari Pensyarah Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya (UM), Dr. Anuddin Abdul Ghani yang dianggap sebagai gurunya, menjadi pendorong kepada kejayaaan yang dikecapi beliau. "Saya berterima kasih kepada beliau, tanpa dorongan dan sokongan beliau, saya tidak mungkin berjaya hingga ke tahap ini. Oleh kerana itu, saya tidak akan pernah melupakan budi baik beliau," terang Mie Otai, di mana impiannya kini telah menjadi kenyataan apabila beliau berjaya membina empayar perniagaannya sendiri dengan menubuhkan OTAi Franchise Sdn Bhd yang kini sudah berusia lima tahun sejak penubuhannya. 

Menurut Mie Otai, OTAi Franchise Sdn Bhd ditubuhkan untuk melahirkan ramai anak muda terutama mereka dari kalangan pelajar lepasan sekolah yang masih menganggur, kemudian dididik dengan memberikan mereka ilmu bagaimana untuk menjadi usahawan. Ini adalah hasrat beliau ke arah pembangunan insan, bagi melahirkan ramai usahawan Melayu yang berjaya dan berdaya saing. Seiring dengan seruan kerajaan untuk memantapkan ekonomi di kalangan bangsa Melayu setanding dengan bangsa lain.

"Secara tidak langsung, apabila ramai anak Melayu menceburi perniagaan akan memantapkan sosio ekonomi bangsa Melayu. Kerana sebelum ini, jika kita lihat sektor perniagaan rata-rata dimonopoli oleh bangsa lain. Bagaimanapun, hari ini bangsa Melayu semakin sedar dan sedia bersaing memajukan diri sebagai ahli perniagaan," terang Mie Otai bangga. Menurut beliau lagi, atas berkat usaha yang berterusan, kini rangkaian perniagaan Burger OTAi mempunyai hampir 200 kiosk di sekitar Lembah Klang. Ini merupakan satu pencapaian dan perkembangan baik.

PERKHIDMATAN OTAi

Syarikat OTAi menyediakan pelbagai kemudahan untuk bakal usahawan, bagi mereka yang berminat untuk menjadi perniaga burger boleh menghubungi syarikat OTAi di talian tertera. Antara khidmat yang disediakan:
  • Pusat latihan usahawan OTAi (program pembangunan usahawan OTAi)
  • Membuat dan membekal kiosk serta peralatan memasak burger.
  • Membekal dan mengedar barangan burger dan sejuk beku.
  • Mengurus lokasi serta lesen niaga
  • Mengurus modal perniagaan (MARA, Tekun, PNS, PUNB, dan SME Bank).
  • Kawalan mutu serta servis berterusan.
  • Khidmat sokongan selama dua tahun.

KELEBIHAN OTAi
  1. Modal Franchais yang terendah di antara Francaisor-francaisor lain.
  2. Jenama unggul di pasaran dengan mempunyai 200 kiosk di sekitar Lembah Klang dan Selangor.
  3. Menentukan sokongan pelanggan yang berterusan.
  4. Aliran tunai yang mudah dan 100% menguntungkan.
  5. Resepi tersendiri dengan jenama OTAi
  6. Francais makanan segera yang berpotensi tanpa dipengaruhi ekonomi global.
Nasihat beliau pada para usahawan, untuk beroleh kejayaan, maka seseorang itu perlu tahu cara mengurus pentadbiran (HR) selain mengawal selia aliran wang keluar masuk dan plan pemasaran. Katanya, hanya pengurusan yang teratur, berilmu dan sistem yang cekap akan membawa seseorang usahawan itu berjaya. Atas komitmen itulah, Suhaimi dapat berdiri teguh sepertimana hari ini.

"Untuk lebih maju dan berdaya saing, saya akan berusaha dengan lebih gigih lagi. Ini adalah tekad saya," terang Mie Otai mengenai perjuangannya.

 Jemput like ke page kami :-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online