picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 19 September 2013

600 USAHAWAN MUDA DICARI



JELAJAH Francais 1Malaysia dilancarkan untuk mencari kira-kira 600 usahawan muda menceburi bidang francais negara dalam usaha meningkatkan pembabitan Bumiputera dalam industri itu.Program ini akan menjelajah ke 13 negeri di seluruh negara diadakan selam enam bulan disertai oleh francaisor tempatan yang dipilih oleh Persatuan Francais Malaysia (MFA) antaranya House of Healin, SABA Islamic dan Children Islamic Centre (CIC). Lokasi pertamanya di Muar, Johor pada 9 Oktober diikuti Selangor, Manjung (Perak), Seberang Prai (Pulau Pinang) dan Wilayah Persekutuan Kuala LumpuMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, program turun padang itu sebagai inisiatif kerajaan mempromosi peluang perniagaan francais kepada semua lapisan masyarakat terutama golongan belia dan lepasan siswazah.“Sehingga September lalu, sebanyak 561 perniagaan francais didaftar dengan 69 peratus adalah francais tempatan dan selebihnya francais luar negara berbanding jumlah 492 pada tahun 2010. Bagaimanapun, hanya 28 peratus terdiri dari usahawan Bumiputera.“Bagi membantu usahawan, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) akan turut serta bagi menyediakan dana pinjaman kecil di bawah Program Pembangunan Francais bagi nilai sehingga RM50,000 dengan kadar faedah lebih rendah berbanding institusi kewangan,” katanya pada pelancaran program itu di ibu negara minggu lalu.Turut hadir pada pelancaran itu, Pengerusi Jawatan Kuasa Pelaksana Program Jelajah 1Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan dan Pengerusi Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA), Datuk Moehamad Ezad Emir sebagai penganjur bersama.Ismail berkata, program sehari itu berbentuk taklimat, klinik dan pameran penggiat francais yang akan berkongsi pengalaman dan kejayaan bagi meningkat kefahaman peserta mengenai kelebihan francais.

- HARIAN METRO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online