picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 23 September 2013

Bisnes Menguntungkan Tapi Poket Sering Kosong

Business is about making someone’s life better’. Itu sebenarnya maksud perniagaan, dapat menjadikan hidup pemiliknya senang. Namun begitu, ada juga usahawan yang mengeluh. Jika dilihat dengan mata kasar, perniagaan yang dimiliki sangat maju, mempunyai pelanggan yang ramai dan barangan yang sentiasa laris. Akan tetapi poket usahawan itu tadi sering kosong menyebabkan dia tertanya-tanya, ke manakah hilangnya wang perniagaannya?
Terdapat pelbagai faktor yang mungkin menyebabkan perkara ini berlaku, namun hal ini mungkin dapat dielakkan sekiranya usahawan tersebut mengambil kira perkara-perkara di bawah:
  • Kepentingan Matematik Dalam Perniagaan – Tanpa disedari atau tidak, usahawan perlu ada ilmu matematik sebelum memulakan perniagaan.  Matematik penting dalam membuat sebarang keputusan perniagaan, menganalisis elemen risiko dan juga membantu usahawan membuat kunci kira-kira. Ramai dalam kalangan usahawan terutamanya bumiputera yang tidak menitik beratkan aspek pengiraan dalam perniagaan. Bagi usahawan yang tiada kepakaran matematik, maka penambahan kos akan diperlukan untuk menggaji pekerja yang lebih arif.
  • Semak Akaun Perniagaan Setiap Hari – Ikut amalan usahawan Cina! Kebanyakan mereka akan melakukan semakan akaun pada penghujung hari untuk memastikan keuntungan yang ditunjukkan dalam kunci kira-kira adalah sama dengan keuntungan yang ada dalam tangan. Ia juga akan dapat memastikan keterdapatan modal untuk perniagaan pada keesokan hari.  Melakukan semakan akaun pada penghujung minggu atau pada hujung bulan adalah tidak digalakkan. Agak sukar untuk menyiasat ke mana hilangnya wang sekiranya berlaku ketidakseimbangan antara jumlah yang ditunjukkan dalam akaun kira-kira dengan wang yang ada dalam tangan.
  • Memberi Hutang Atau Kredit Hanya Kepada Mereka Yang Dikenali – Dalam perniagaan, adalah sukar dan mustahil untuk tidak berhutang atau tidak memberi hutang kepada pelanggan.  Dalam agama Islam itu sendiri membenarkan umatnya berhutang.  Hutang dalam bidang perniagaan boleh berlaku dalam beberapa situasi, antaranya atas hubungan pemborong dan peruncit atau peruncit dan pelanggan.  Kebiasaannya, usahawan hanya akan membenarkan pelanggan yang dipercayai dan amanah sahaja untuk berhutang dan bukan kepada pelanggan yang tidak dikenali. Nasihat saya jika boleh, elakkan menawarkan hutang kepada pelanggan. Ikut lah cara Sayidina Abdul Rahman b Auf, salah seorang sahabat Rasulullah SAW dan juga seorang ahli perniagaan terkenal. Beliau tidak mengamalkan cara tangguhkan bayaran yang merupakan amalan ramai peniaga pada ketika itu. Dengan melakukan jualan tunai, lebih cepat pusingan modal perniagaan dan seterusnya boleh digunakan bagi membeli barangan yang baru.
  • Pengurusan Stok Barangan – Pengurusan stok barangan jika dilakukan dengan baik akan dapat menambahkan lagi keuntungan dalam perniagaan. Pembelian stok secara pukal / borong akan dapat mengurangkan kos pengangkutan. Dengan pembelian secara borong, usahawan akan mendapat harga yang lebih istimewa dan seterusnya mampu meningkatkan margin keuntungan. Penjimatan dalam sebarang bentuk kos akan menyumbang kepada lebih keuntungan dan modal pusingan.

Kesimpulannya, usahawan perlu bijak dalam menguruskan kewangan, sabar dan tidak tamak agar dapat meningkatkan keuntungan perniagaan.  Sentiasa semak baki akaun perniagaan dan pastikan wang jualan adalah sama dengan tunai di tangan. Jika boleh, elakkan daripada memberi hutang dan pastikan stok barangan anda diuruskan dengan lebih efektif. Dengan mendapat keuntungan yang tinggi, akan dapat membantu anda untuk membesarkan lagi perniagaan anda, seterusnya perniagaan dapat berjalan dengan lancar tanpa putus bekalan kewangan. 

USAHAWAN.COM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online