picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 26 September 2013

Apa kah itu AKPK...............???

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit, atau biasanya dikenali sebagai AKPK, ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak.
AKPK menawarkan kepada individu perkhidmatan berikut secara percuma:
  • Pendidikan kewangan tentang tanggungjawab penggunaan wang dan skil pengurusan kredit
  • Kaunseling dan nasihat berkenaan pengurusan kewangan
  • Program pengurusan kredit untuk membantu pengguna menguasai semula kewangan mereka.

VISI

Amalkan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup untuk semua rakyat Malaysia.

MISI

Mempromosikan kesihatan kewangan dikalangan rakyat Malaysia dengan memperkasakan pengetahuan berkenaan pengurusan kewangan yang bijak melalui pendidikan kewangan yang komprehensif serta menyediakan perkhidmatan kaunseling kewangan dan program pengurusan kredit untuk membantu mereka mengawal pengurusan kewangan peribadi.
Mempromosikan kesihatan kewangan melalui individu yang  berdasarkan pengetahuan kewangan, dan melalui kaunseling kredit serta program pengurusan kredit.

LOGO AKPK

AKPK Logo
Logo kami mencerminkan pengguna dan AKPK. Kombinasi cengkung biru (AKPK) dan kelabu (Pengguna) melambangkan bimbingan dan bantuan AKPK agar pengguna melangkah keluar daripada belenggu kewangan kepada pengurusan wang yang lebih mantap.

KISAH AKPK

Pada tahun 2006 semasa ekonomi pada tahap mantap dengan kredit pengguna di bawah kawalan, Bank Negara Malaysia telah mengambil langkah awal dengan menubuhkan Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit, sebuah agensi yang kini memanfaatkan rakyat Malaysia.

PENUBUHAN

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Pelan Induk Sektor Kewangan Bank Negara Malaysia,sebuah pelan 10 tahun yang bertujuan memajukan dan merangsang sektor kewangan negara. AKPK ditempatkan untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling dan nasihat kewangan, pengurusan kredit dan pendidikan kewangan bagi menolong rakyat Malaysia menguasai cara pengurusan kewangan masing-masing. Di samping itu, kami di AKPK berhasrat menolong semua individu yang memerlukan perkhidmatan kami supaya mereka bukan sahaja bertanggungjawab terhadap kewangan sendiri, tetapi juga mencapai ketenangan hidup melalui penggunaan kredit secara bijak.

FOKUS

Menurut hasil kajian kumpulan fokus yang kami adakan, kekurangan pengetahuan dalam pengurusan kewangan peribadi merupakan sebab utama kebanyakan individu, tidak kira tua atau muda, terjebak dalam masalah hutang yang tidak mampu mereka atasi. Pengurusan kewangan yang tidak cekap hasil daripada kurangnya pemahaman tentang prinsip asas kewangan adalah sebab utama individu terjerat dalam masalah ini. Cabaran terbesar kami kini ialah penstrukturan suatu pendekatan yang boleh mencapai satu masyarakat yang terdiri daripada berbilang bangsa dan tahap pengetahuan serta latarbelakang sosioekonomi yang berlainan.
AKPK sedar bahawa bagi membendung masalah kewangan yang semakin serius di kalangan rakyat, masyarakat umum perlu dididik menjadi celik wang; dan bagi menyokong usaha ini, AKPK menyediakan jalan di mana rakyat boleh mendapatkan nasihat dan kaunseling tentang hal-hal peribadi kewangan. Di samping itu, kami juga menyediakan peluang kepada mereka yang dibelenggu hutang untuk memulih semula keadaan kewangan mereka melalui perkhidmatan pengurusan kredit berstruktur AKPK.

AKPK kini telah berjaya merangka suatu pendekatan untuk mendidik masyarakat melalui 3 perkhidmatan kami: Pendidikan Kewangan, Kaunseling Kewangan dan Program Pengurusan Kredit (DMP). Perkhidmatan kami adalah percuma dan disasarkan memenuhi permintaan rakyat Malaysia untuk kaunseling dan nasihat kewangan. Sebagai pendidik dalam hal kewangan, AKPK sangat menitikberatkan pembinaan satu masyarakat yang berdasarkan pengetahuan pengurusan kewangan. AKPK akan berusaha untuk terus memperkenalkan cara-cara inovatif untuk mempertingkatkan pengetahuan kewangan di kalangan pengguna agar sentiasa berada di hadapan dari segi penyebaran pendidikan kewangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online