picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 21 September 2013

Industri halal RM7 trilion


Industri halal RM7 trilion


Mustapa Mohamed
PUTRAJAYA 21 Sept. - Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) terus mengukuhkan penglibatannya dalam industri halal global dengan menggalakkan perdagangan dua hala dnegan nilai pelaburan melebihi RM7.4 trilion (AS$ 2.3 trilion) setiap tahun.
Nilai itu dihasilkan melalui kerjasama strategik antara lima organisasi antarabangsa dari Jepun, Korea Selatan, China, Hong Kong dan Taiwan yang membentuk kerjasama bagi mewujudkan Global Halal Footprint.
Lima organisasi terlibat adalah Halal Development Internal Japan Corp., Halal Development Internal Korea Corp., Halal Development Internal Shanghai Corp., Halal Development Internal Taiwan Corp. dan Halal Development Internal HK Corp. (Hong Kong).
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, usaha sama itu merupakan inisiatif penting untuk organisasi terlibat mengenali pasaran tempatan dengan lebih jelas.
"Ia juga akan memberi kesedaran pengguna untuk mendapatkan dan mengetahui kepentingan produk halal di samping berupaya menarik lebih banyak pelaburan asing dalam sektor halal di negara ini.
"Ini adalah sebahagian daripada strategi pemasaran dalam menggunakan kepakaran tempatan untuk menembusi pasaran Jepun terutamanya yang mempunyai minat mendalam dalam industri halal," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas Sesi Networking Bisnes Global Halal Footprint di sini hari ini.
Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin.
Jelasnya, melalui kerjasama ini, organisasi terlibat dapat menubuhkan kemudahan pengeluaran di sini dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai pangkalan untuk mengeksport produk mereka.
"Produk halal bukan hanya tertumpu kepada produk berasaskan makanan dan minuman, malah ia merangkumi barangan penjagaan diri, kosmetik dan farmaseutikal," katanya.
Sementara itu, Jamil Bidin berkata, organisasi tersebut akan menggalakkan pelabur untuk menggunakan Malaysia sebagai batu loncatan mengakses pasaran halal dan meletakkan negara sebagai destinasi pelaburan ideal.
"Populasi dunia telah bersedia untuk berkembang sebanyak 22 peratus dalam tempoh 18 tahun akan datang dan bakal menyumbang kepada peningkatan permintaan bagi produk dan perkhidmatan halal.
"Eksport halal Malaysia untuk pasaran Asia Timur bernilai RM8.1 bilion (AS$2.5 bilion) pada tahun lepas telah menyumbang 26.9 peratus daripada jumlah eksport halal bernilai RM30.1 bilion (AS$ 9.29 bilion) pada tahun yang sama," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online