picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 19 September 2013

Francais sumbang RM25 bilion


Saripuddin kasim (kiri) berucap ketika melancarkan mesyuarat Majlis Francais Antarabangsa di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR  - Industri francais dijangka mampu menyumbang RM25 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini, hasil perkembangan berterusan industri tersebut.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Saripuddin Kasim berkata, angka itu telah ditetapkan oleh kementerian dan setakat Ogos lalu, sasaran itu dilihat mampu dicapai.
Jelasnya, tahun lalu industri tersebut menyumbang RM23.6 bilion kepada KDNK, sekali gus mengatasi sasaran awal yang ditetapkan.
"Pencapaian ini turut disumbangkan oleh kerajaan yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti pembiayaan, perundangan serta pameran berkaitan francais," katanya kepada pemberita selepas melancarkan mesyuarat Majlis Francais Antarabangsa (WFC) di sini hari ini.
Negara ketika ini mempunyai lebih 600 jenama francais termasuk hampir 50 jenama tempatan yang kini turut berada di luar negara.
Francais yang berasaskan produk makanan dan minuman menguasai hampir 30 peratus jenama francais yang wujud.
Tambah Saripuddin, jenama-jenama francais tempatan digalak meluaskan pasarannya ke peringkat antarabangsa, khususnya di pasaran Asia Barat.
"Beberapa perniagaan francais seperti dalam bidang makanan dan minuman agak asing di rantau tersebut, ini membuka peluang kepada peniaga tempatan," kata beliau lagi.
Pengenalan Kertas Kerja Dasar Pembangunan Francais Kebangsaan tahun lalu menjadi panduan penting kepada Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 selain menjadikan negara sebagai hub francais di Asia Pasifik, kata Saripuddin.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

1 ulasan:

  1. alhamdullilah....saya bangga menjadi salah seorang daripada rakyat malaysia....lepas ni boleh lah kalau saya nak bukak 1 kedai francais...admin boleh tolong tunjuk ajar tak..hehe..thank...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online