picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 25 September 2013

Perniagaan Pinggan-Mangkuk dan Tupperware



Wanita, pinggan mangkuk dan Tupperware merupakan sesuatu yang sangat sinonim. Ramai wanita yang meminati pinggan mangkuk dan Tupperware dan tidak kurang juga yang menjadikannya minat mengumpul sebagai satu hobi. Sejak dahulu lagi, wanita memang minat untuk mengumpul pinggan mangkuk. Zaman ibu atau nenek kita, mereka gemar mengumpul pinggan mangkuk Arcoroc atau Arcopal yang berwarna putih atau coklat. Pinggan-pinggan ini kemudiannya disusun dalam almari kayu dan hanya digunakan apabila ada kenduri-kendara sahaja. Sekiranya ada jiran yang ingin meminjam pinggan-pinggan ini, maka belakang pinggan itu akan ditandakan dengan singkatan nama sendiri menggunakan liquid paper, supaya senang untuk jiran-jiran memulangkan semula. Selepas era pinggan-mangkuk jenama Arcoroc atau Arcopal ini, timbul pula era pinggan-mangkuk jenama melamin yang terkenal dengan sifatnya yang tahan lasak dan tidak mudah pecah. Kini, wanita lebih menyukai pinggan-mangkuk jenama import seperti Corelle. Jenama ini menjadi pilihan kerana sifatnya yang tahan lasak, tahan panas, tidak mudah pecah, warnanya yang tidak akan pudar dan ia juga ringan.
Mengapa wanita lebih mengemari pinggan mangkuk berbanding lelaki? Jawapannya mungkin kerana sifat wanita itu sendiri yang sukakan yang cantik-cantik. Ada juga yang menganggap ia sebagai satu kepuasan, untuk memiliki corak-corak pinggan yang terkini. Wanita juga adalah golongan yang paling kerap berada di dapur berbanding kaum lelaki. Ada juga wanita yang menganggap set pinggan mangkuk ini melambangkan peribadi tuan rumah itu sendiri. Antara alasan lain yang biasa kita dengar, jika ada tetamu datang berkunjung dan dihidang dengan pinggan yang bercampur-campur warnanya, bagi mereka ia akan melambangkan tuan rumah itu seorang yang memandang remeh dalam soal penampilan diri dan rumah tangga. Walaupun ada kalanya pinggan-mangkuk ini tidak digunakan, hanya dijadikan perhiasan dalam almari-almari hiasan khas, namun mereka tidak akan jemu untuk membeli set yang baru pula. Begitu juga halnya, bagi yang meminati produk Tupperware. Bagi sesetengah wanita, dengan melihat katalog Tupperware sahaja sudah mendatangkan kepuasan kepada mereka. Sifat barangan Tupperware itu sendiri yang selamat digunakan, mempunyai warna dan bentuk yang pelbagai, menarik hati mata yang melihat. Malahan ada yang bertindak lebih jauh lagi untuk menjadi ejen jualan, khusus untuk memasarkan Tupperware ini.
Tupperware adalah jenama yang tidak asing lagi di mata dunia. Bagi syarikat Tupperware sendiri, antara faktor kejayaannya adalah wanita yang berdiri tegak di belakang jenama Tupperware. Wanita juga bertindak sebagai daya penggerak jualan Tupperware. Ini diakui sendiri oleh CEO Tupperware, Rick Goings yang menyifatkan pelaburan merekrut, mendidik dan memperkasakan wanita di seluruh dunia untuk memulakan perniagaan Tupperware telah mendatangkan hasil yang lumayan kepada syarikat itu. Tupperware kini sudah menguasai dunia dengan penguasaan jualan daripada hampir 100 negara dengan nilai pendapatan daripada jualan adalah dianggarkan sebanyak USD2.1 bilion setahun. Percaya atau tidak, hampir 99% wakil penjual mereka adalah kaum wanita dan 80% pembeli mereka juga terdiri daripada golongan wanita!
Kini, ramai peniaga wanita yang menggunakan teknologi untuk memasarkan produk mereka. Ada yang mempromosikan pinggan mangkuk dan Tupperware yang dijual menerusi laman blog, Facebook dan e-mel. Dengan cara ini, pelanggan bukan sahaja dapat melihat katalog barangan yang dijual secara dalam talian, penjual juga dapat melakukan penjimatan kerana kaedah ini tidak memerlukan sebarang pelaburan, hanya sebiji komputer dan talian Internet. Ada juga peniaga yang masih mengamalkan cara berkutu, agar pelanggan mereka berupaya untuk membeli barangan yang diinginkan. Malahan ada penjual yang sanggup untuk mengamalkan bayaran ansuran untuk barangan yang dijual. Peniaga faham, untuk pelanggan terutama suri rumah mengeluarkan sejumlah wang untuk memiliki barangan yang diinginkan, pelanggan tadi mungkin terpaksa mengikat perut masing-masing. Apabila barangan tadi sudah habis dibayar, barulah penjual tadi akan menghantar barangan yang dibeli. Perniagaan seperti ini berlandaskan kepercayaan, memang ada kes ditipu dan menipu, oleh itu pembeli harus berhati-hati dan memilih hanya penjual yang ikhlas untuk berniaga.
Mengapa Wanita Berminat Untuk Berniaga?
Jauh tersembunyi, wanita sebenarnya dianugerahkan oleh Allah S.W.T. dengan kuasa pengaruh, mempunyai sifat tabah dan sabar dalam menghadapi segala ujian dan cabaran yang diberikan. Wanita kini ramai yang bersikap celik niaga, berkerjaya dan berwibawa serta mampu melaksanakan apa sahaja tugasan yang diberikan kepada mereka. Wanita di alaf baru juga lebih tangkas dan hebat dalam semua bidang. Dengan melibatkan diri dalam dunia perniagaan, terbukti bahawa wanita juga boleh membantu dalam pembangunan ekonomi negara. Maka dengan sebab yang demikian, kita melihat ramai kaum wanita hari ini menceburi bidang perniagaan. Bidang perniagaan dilihat sudah sebati dengan jiwa kaum hawa tidak kira di mana saja mereka berada, di desa atau di bandar. Demi kehidupan keluarga dan masa depan anak-anak, mereka berusaha untuk maju dalam apa jua jenis perniagaan. 
Jika dahulu, dengan membawa wang tunai RM50 ke pasar, pelbagai barangan dapur dan lauk pauk dapat dibeli. Kini, RM50 sangat kecil nilainya. Mungkin dengan membawa RM50 ke pasar, kita hanya dapat membawa pulang seekor ayam, sekilo udang, sekilo sotong dan beberapa ekor ikan. Ini baru cerita tentang kos barang dapur, belum pun menyentuh kos perbelanjaan yang diperlukan untuk minyak kereta, persekolahan anak-anak dan pelbagai keperluan harian. Kebanyakan wanita yang menceburi bidang perniagaan pinggan mangkuk dan Tupperware juga mempunyai matlamat mahu mendapatkan pendapatan sampingan sebagai bekalan jika dilanda krisis ekonomi. Untuk mendapatkan pendapatan sampingan, seseorang itu harus mempunyai pelan perancangan yang perlu diambil. Pelan ini penting; ideanya sudah tentu untuk mengurangkan pengaliran keluar wang dan kemudiannya memikirkan bagaimana untuk menjana wang masuk. Menjalankan perniagaan pinggan mangkuk dan Tupperware adalah salah satu alternatif yang boleh diguna pakai oleh wanita-wanita di luar sana. Dalam bidang jualan Tupperware contohnya, pendapatan yang akan diperoleh terdiri daripada 2 jenis pendapatan. Pertama, keuntungan jualan 20%-25% dan kedua atas untung cek iaitu komisen yang akan kita peroleh daripada jualan produk kita dan juga jualan daripada mereka yang dibawah kita. Bagi Tupperware juga, ia turut menawarkan pelbagai jenis komisen seperti komisen overriding, komisen kumpulan dan juga komisen kepimpinan. Walau bagaimanapun komisen-komisen ini tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat. Bagi mereka yang menjual pinggan-mangkuk pula, keuntungan mungkin setelah ditolak harga pasaran dengan harga yang kita dapat daripada kilang yang menjualnya.
Dengan mengadakan aktiviti-aktiviti jualan, seperti melakukan parti Tupperware, secara tidak langsung wanita yang sibuk bekerja setiap hari ini dapat bersosial dan meluangkan masa bersama teman-teman. Di samping dapat mempamerkan produk Tupperware yang baru, pelbagai aktiviti diatur agar parti Tupperware tadi tidak membosankan. Antaranya, seperti demonstrasi memasak, sesi pengenalan produk, sesi penerangan untuk ahli baru dan sudah tentu sesi menjamu selera! Walaupun dengan mengadakan parti Tupperware ini amat memenatkan kerana penjual tadi terpaksa melayan pelbagai ragam manusia bagi menerangkan produk yang dijual, namun penat lelah itu akan terubat bila berjaya menjual produk dan merekrut ahli baru. Melalui sistem parti juga, penjual akan memperoleh lebih banyak jualan dalam masa sejam berbanding pada hari-hari biasa. Dengan menjual di laman Facebook juga, penjual tadi dapat menambah bilangan rakan yang sedia ada. Kebiasaannya, gambar-gambar akan ditanda dengan nama-nama rakan. Rakan kepada rakan yang ditanda itu juga dapat melihat produk yang dijual dan seterusnya menambah bilangan target pembeli anda.
Wanita yang menceburi bidang jualan pinggan mangkuk dan Tupperware ini juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan dan produk pinggan-mangkuk dan Tupperware itu sendiri. Seperti yang pernah diucapkan oleh saudara Irfan Khairi, jutawan internet dalam salah satu ceramahnya, “Jika hendak berniaga, kita perlu suka dengan barangan yang akan kita niaga kan”. Jika kita berminat dengan produk yang dijual, sudah tentu kita akan faham dan tahu tentang keberkesanan dan juga kelemahan produk yang dijual. Setiap persoalan yang dilontarkan oleh pelanggan kita akan dapat dijawab dengan mudah sekiranya kita mempunyai pemahaman yang meluas terhad produk yang dijual.
Perniagaan memberi wanita itu keyakinan diri. Sebenarnya konsep keyakinan diri ini memang ada dalam diri kita sejak kita masih bayi lagi. Ia merupakan sesuatu yang tumbuh dalam diri secara beransur-ansur. Daripada proses ketika kita mula belajar meniarap, mengesot, merangkak, berdiri, berjalan dan seterusnya berlari. Dengan berniaga sendiri, seseorang akan belajar selok belok perniagaan. Jatuh dan bangun dalam dunia perniagaan dapat mematangkan seseorang. Seseorang peniaga itu perlu ada keyakinan diri untuk memujuk dan meyakinkan orang lain. Tanpa kemahiran tersebut, perniagaan tadi sudah tentu akan menemui jalan buntu dalam perniagaannya.
Dengan menjadi ejen jualan juga, penjual itu dapat membeli produk jualannya dengan harga ahli. Contohnya bagi barangan Tupperware, mereka akan mendapat potongan harga daripada 20% hingga 25% pada semua produk keluaran Tupperware. Tupperware bukan sahaja mengeluarkan produk berasaskan Tupperware malah meliputi barangan kesihatan, barangan dapur dan sebagainya. Selain itu, ramai orang tidak tahu bahawa Tupperware juga menawarkan sagu hati berupa barangan Tupperware sendiri, wang ringgit dan kenderaan kepada ahli yang paling banyak mencadangkan keahlian kepada orang lain. Bukan itu sahaja, Tupperware juga akan membawa ahlinya yang berjaya mencapai kuota jualan melancong ke serata tempat di seluruh dunia. Ini bolehlah dianggap sebagai motivasi untuk ahlinya bekerja lebih keras untuk menaikkan jualan mereka.
Ada juga wanita yang menjadi ejen jualan ini dek sebabkan terpengaruh dengan kejayaan rakan-rakan mereka dalam bidang jualan Tupperware dan pinggan-mangkuk.
Kesimpulan
Beginilah kisah wanita dan pinggan-mangkuk, tidak kira daripada era mana mereka dilahirkan, minat mereka tetap sama. Minat manusia kepada sesuatu memang normal cuma mungkin ia merisaukan jika ia menjadi ketaksuban yang sukar dibendung. Mereka yang mempunyai minat untuk berniaga pula, kedua-dua minat ini tadi digabungkan untuk mendapatkan pendapatan sampingan bagi menampung kos kehidupan. Sesungguhnya dengan berniaga, wanita itu akan menjadi lebih kuat. Dan kekuatan seorang wanita juga tidak hanya mampu mengubah kehidupan dirinya menjadi lebih baik, malah keluarga serta orang yang rapat dengannya.

USAHAWAN.COM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online