Kelebihan Perniagaan Internet
1. Tidak memerlukan ruang pejabat dan modal yang besar
Anda mungkin sudah mengeluh atau sedikit lemah semangat dengan huraian ringkas mengenai pemikiran dan kepercayaan terhadap mitos yang telah saya dedahkan. Usah gelisah, mari kita fahami apakah kelebihan dan peluang yang disediakan oleh perniagaan internet yang sebenar.
Untuk memiliki ruang pejabat yang besar dan mempunyai kelengkapan perabot dan pelbagai alat elektrik, anda memerlukan modal berpuluh ribu ringgit. Tetapi satu berita baik untuk anda, perniagaan internet tidak memerlukan modal sebesar itu. Paling tinggi hanya bawah RM500 atau paling murah bawah RM100.
Dalam perniagaan internet, anda hanya perlu laman web yang simple tetapi berkesan, hosting (tapak web) dan talian internet. Sudah tentu perlu memiliki komputer atau komputer riba. Anda tidak perlu memilik ruang pejabat rasmi,
sebaliknya anda boleh melakukan di mana sahaja selagi ada sambungan ke internet.
sebaliknya anda boleh melakukan di mana sahaja selagi ada sambungan ke internet.
Tips: Di internet, anda boleh mendapatkan diskaun-diskaun bagi barangan/produk tertentu seperti domain name dan hosting. Caranya, anda mencari di google dengan menaip seperti “domain name coupon” atau “hosting coupon”. Gunakan peluang yang ada ini di permulaan bisnes anda, dan inilah antara yang saya lakukan untuk menjimatkan kos.
2. Tidak perlu ramai pekerja dan membayar gaji bulanan mereka
Tidak seperti perniagaan konvensional, jika anda melakukan perniagaan ini maka sudah semestinya anda perlu mempunyai beberapa orang pekerja tetap. Maka sudah pasti anda perlu membayar gaji bulanan atau harian kepada mereka. Sebaliknya, tidak untuk perniagaan internet, anda boleh melakukan bisnes berseorangan atau bersama isteri atau suami tersayang hanya di rumah. Juga, anda mampu memiliki beberapa perniagaan internet dalam satu masa.
3. Boleh diautomasikan
Perniagaan internet membolehkan beberapa kerja diautomasikan, bermaksud anda boleh meninggalkan perniagaan anda semasa anda sedang bercuti. Walaupun anda tidak masuk ke internet selama seminggu pun semasa sedang
bercuti, internet atau sistem akan melakukan segalanya untuk anda. Bagi kes ini, ia berlaku kepada produk jenis digital yang menggunakan sistem pembayaran kad kredit atau seperti program google adsense dan affiliate.
bercuti, internet atau sistem akan melakukan segalanya untuk anda. Bagi kes ini, ia berlaku kepada produk jenis digital yang menggunakan sistem pembayaran kad kredit atau seperti program google adsense dan affiliate.
Namun, jika tidak diautomasikan sepenuhnya, sekurang-kurangnya sebahagian daripada kerja dapat dilakukan secara automatik tanpa perlu kita melakukannya. Sebagai contoh seperti pembayaran online menggunakan kad kredit. Kita hanya menerima bayaran, tetapi pihak lain yang akan menguruskan pembelian kad kredit tersebut.
4. Mampu memiliki banyak perniagaan dalam satu masa
Seperti diterangkan di atas, perniagaan internet memberikan kelebihan kepada anda untuk memiliki laman web perniagaan internet lebih daripada satu seperti 3, 5, 7 atau lebih daripada itu dalam satu masa. Bahkan, anda masih mampu menguruskan semua laman web perniagaan tersebut berseorangan.
Memiliki banyak laman web adalah perlu agar wujudnya multiple sources of income. Dengan adanya beberapa laman web, maka pendapatan harian dan bulanan anda adalah hasil jumlah kesemua dari laman web anda tersebut. Contoh
pendapatan bagi setiap laman web bagi setiap bulan:
pendapatan bagi setiap laman web bagi setiap bulan:
Laman web 1 = RM1000
Laman web 2 = RM1500
Laman web 3 = RM700
Laman web 3 = RM2000
TOTAL = RM RM5200
Laman web 2 = RM1500
Laman web 3 = RM700
Laman web 3 = RM2000
TOTAL = RM RM5200
5. Tiada tekanan fizikal dan mental
Anda tidak perlu bersesak-sesak di jalan raya dan tidak akan ada sesiapa yang boleh menekan perasaan dan mental anda seperti di pejabat yang sentiasa dimarahi oleh bos, serta gosip-gosip negatif di tempat kerja. Di dalam perniagaan
internet, andalah yang menentukan segalanya. Masa kerja, cuti, rehat dan sebagainya, semuanya di tangan anda!
internet, andalah yang menentukan segalanya. Masa kerja, cuti, rehat dan sebagainya, semuanya di tangan anda!
6. Tiada lagi istilah buka kedai 9 – 6
Perniagaan konvensional biasanya bermula dari jam seawal 9 pagi dan berakhir jam 6 petang, tidak termasuk waktu tambahan. Para pelanggan biasanya hanya akan datang pada waktu tersebut sahaja. Tidak lagi bagi perniagaan internet,
semuanya akan berlaku 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.
semuanya akan berlaku 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.
Bahkan, pelanggan anda adalah dari seluruh dunia termasuk dari negara sendiri. Kedai anda iaitu laman web perniagaan anda akan tetap dibuka 24 jam tanpa henti melainkan anda menutup laman web tersebut.
7. Prospek begitu besar dan meluas
Prospek atau bakal pelanggan anda adalah dari seluruh dunia. Sehingga kini dianggarkan pengguna internet sedunia adalah sebanyak 1.04 billion orang. Manakala pengguna internet di Malaysia pula adalah dianggarkan seramai 10 juta
orang, manakala di Asia adalah dianggar sebanyak 380 juta orang iaitu paling ramai di dunia.
orang, manakala di Asia adalah dianggar sebanyak 380 juta orang iaitu paling ramai di dunia.
Sila rujuk http://www.internetworldstats.com/stats.htm untuk statistik pengguna internet sedunia.
8. Mudah dimulakan dan rendah risiko
Sesiapa yang pandai membaca dan mengira, maka mereka boleh melakukan perniagaan internet. Tiada pilih kasih dan sesiapa sahaja boleh melakukannya, malah risiko yang mungkin dihadapi atau ditanggung tidaklah sebesar perniagaan
konvensional.
konvensional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan