- Kedai menjual minuman keras yang ditutup dengan bidai dan cermin gelap untuk mengaburi mata orang awam dan pihak berkuasa.
BALAKONG – Hampir dimonopoli warga asing. Itu keadaan biasa yang boleh dilihat di deretan kedai Taming Jaya apabila hampir lima atau enam premis perniagaan di tingkat dua disyaki dijalankan oleh warga asing dipercayai warga Myanmar.
Perkara itu jelas dapat dilihat melalui tulisan di papan tanda perniagaan kedai yang didakwa sukar difahami oleh warga tempatan.
Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Mikhael berkata, bukan sahaja kedai makan dan kedai runcit, perniagaan dijalankan termasuk salun rambut dan kedai serbaneka.
Musykil sama ada perniagaan dijalankan warga asing itu mendapat permit atau menggunakan sistem ‘ali baba’, apa yang dibimbangi kawasan berkenaan terus dimonopoli warga asing terbabit.
Mikhael mendakwa selain Taming Jaya, kawasan lain dikesan wujud perniagaan milik warga asing adalah di Taman Balakong Jaya.
Lebih dikesalkan, ada juga kedai menggunakan nama perniagaan yang nampak seolah-olah dijalankan peniaga tempatan sedangkan ia untuk berselindung bagi mengaburi mata orang awam dan pihak berkuasa.
“Kedai-kedai diusahakan oleh warga asing tumbuh bagai cendawan lepas hujan, selain menjual barangan dari negara asal, penduduk kesal mereka juga menawarkan minuman keras kepada pelanggan yang majoriti adalah warga mereka sendiri.
“Ada sesetengah kedai, pengusaha menggunakan cermin gelap, menutup depan kedai dengan bidai dan ada juga menggunakan nama perniagaan yang tidak langsung membuatkan kita curiga ia sebenarnya milik warga asing,” katanya.
Masalah lain yang timbul di kawasan berkenaan jelas Mikhael, selain dibanjiri warga asing, mereka yang membeli minuman keras akan berkumpul sehingga mabuk dan mengganggu ketenteraman penduduk setempat.
"Bila dah mabuk mereka mulalah bergaduh, malah pernah sampai terjadi kes bunuh.
"Jadi kami merayu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya kerana isu warga asing ini tak ada kesudahan sejak tiga tahun lalu," katanya.

SINAR HARIAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan