picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 27 September 2013

Teknik Menggandakan Wang Melalui ASB


WANG BERGANDA.  Ini bukan sesuatu yang magis.  Bukan juga sesuatu yang boleh diperoleh dengan menggunakan khidmat si bomoh.  Hakikatnya, walau bagaimana cara sekali pun, anda tidak mungkin akan dapat menggandakan wang anda dalam sekelip mata. Menggandakan atau mengembangkan wang bermaksud menggunakan wang yang anda ada dan menjadikannya lebih banyak.  Dengan hanya menyimpan dalam bank-bank tempatan, anda akan mengambil masa yang agak lama untuk menggandakan wang anda memandangkan faedah ke atas simpanan yang diberi oleh pihak bank sendiri adalah pada kadar yang sangat rendah.   Justeru, anda perlu bijak memilih instrumen yang paling baik untuk anda berupaya menggandakan wang anda.
Tentu ada yang tertanya-tanya, mengapa anda perlu menggandakan wang anda?  Tak cukup kah dengan apa yang ada? Maka jawab saya, anda perlu pandang ke hadapan. Pandang 5 atau 10 tahun ke hadapan.  Bahkan tidak salah jika anda melihat ke hadapan dan membayangkan keadaan anda di kala usia anda mencapai 60 tahun.  Anda perlu merancang pendidikan anak-anak, perbelanjaan ketika persaraan agar ia mencukupi, keperluan terhadap wang di saat tak terduga, untuk bebas daripada pinjaman perumahan atau pinjaman kereta di saat anda sudah bersara dan sebagainya.  Anda juga perlu untuk menggandakan wang yang ada demi kehidupan yang lebih selesa dan untuk menjamin kualiti hidup yang lebih baik.
Kini terdapat beberapa alternatif atau kaedah yang anda boleh pilih untuk menggandakan wang simpanan anda tadi, sebagai contoh melakukan pelaburan dalam ASB, hartanah, pelaburan emas, unit amanah, insurans dan sebagainya.  Apa yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam artikel ini adalah tentang teknik menggandakan wang melalui pelaburan dalam akaun ASB.
Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan satu skim pendapatan yang mempunyai objektif untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit.  Dilancarkan pada 2 Januari 1990, skim unit amanah ini merupakan yang kedua dikeluarkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) selepas skim Amanah Saham Nasional (ASN).  ASB hanya terbuka kepada Bumiputera, dan mereka yang berusia 6 bulan ke atas layak untuk membuka akaun ASB.  Had simpanan bagi setiap akaun pula adalah sebanyak RM200,000 sahaja, dan ini tidak termasuk dividen yang anda peroleh pada setiap tahun.  Bagi akaun remaja pula, had simpanan adalah sebanyak RM50,000.  Sasaran pelabur ASB adalah mereka yang faham tentang pelaburan, risiko dan pulangan pelaburan jangka panjang.
Terdapat banyak kelebihannya jika anda melabur dalam ASB, antaranya:-
1)    Anda tidak perlu membuat sebarang pembayaran pendahuluan contohnya anda tidak perlu membayar Fi Pemprosesan, Fi Pengurusan atau  sebagainya.
2)    Tiada sebarang susut nilai terhadap wang yang anda laburkan.  Pulangan pelaburannya dijamin oleh kerajaan dan pelaburan yang dilakukan oleh pihak ASB juga dikawal oleh kerajaan.
3)    Sekiranya simpanan pelaburan sudah berusia 1 bulan, anda sudah layak menerima faedah pelaburan untuk bulan itu secara peratusan purata faedah tahunan.  Pulangan juga dilihat agak konsisten, dengan purata kadar pengagihan pendapatan seunit atau faedah pelaburan adalah antara 7.30% – 7.65% (2009-2011). Kadar ini dijangka meningkat setiap tahun selaras dengan perkembangan ekonomi negara Malaysia.
4)    Selain faedah pelaburan, ASB juga memberikan pelabur nya bonus bagi setiap unit pelaburan yang dibuat.  Bonus unit ini akan dikira pada masa yang sama pengiraan faedah pelaburan dilakukan, kebiasaannya pada 31 Disember setiap tahun.
5)    Sekiranya berlaku kecemasan atau hal-hal yang mendesak pelabur nya mengeluarkan semula simpanan ASB, pengeluaran boleh dilakukan dengan segera pada waktu bekerja tanpa perlu menunggu sampai 2 atau 3 minggu untuk proses pengeluaran selesai.
6)    Sijil ASB juga boleh dicagarkan di bank-bank tempatan untuk mendapatkan pinjaman dalam bentuk overdraft bank.
Teknik Untuk Menggandakan Wang ASB Anda
Jika anda berhasrat untuk memperoleh pendapatan berganda dengan melabur dalam ASB, perkara pertama yang anda perlu buat ialah memastikan yang anda sudah memiliki buku ‘Ting’ anda.  Senang sahaja untuk membuka akaun, isi boring yang diperlukan dan kepilkan salinan kad pengenalan atau surat beranak.  Kemudian anda boleh pergi ke mana-mana cawangan bank yang membuat urus niaga ASB, pejabat pos atau Permodalan Nasional Berhad sendiri dan buka akaun ASB dengan pelaburan minima yang diperlukan hanyalah sebanyak RM10.
Pelaburan ASB Menggunakan Wang Simpanan Sendiri
Untuk mencapai ‘kebebasan kewangan’ atau ‘financial freedom’ seseorang itu perlu pandai untuk menabung.  Ada pendapat yang menekankan bahawa 1/3 pendapatan yang diperoleh setiap bulan perlu disimpan. Bagi mereka yang tidak mampu untuk menyimpan 1/3 daripada pendapatan bulanan, mungkin boleh mulakan dengan menyimpan sekitar 5-10 % daripada pendapatan yang diperoleh.  Asalkan ada wang yang disimpan untuk kecemasan, tidak kiralah jika nilainya tinggi atau rendah.  Jika kesibukan menjadi penghalang untuk anda kerap pergi ke bank dan melakukan urus niaga tabungan, maka jadilah selangkah lebih bijak dengan melakukan arahan tetap (‘standing instructions) sejumlah wang ke dalam akaun simpanan anda pada setiap bulan.
Ramai juga yang melakukan pelaburan dalam akaun ASB dengan menggunakan wang simpanan mereka sendiri.  Contohnya, seorang pelabur mempunyai simpanan sebanyak RM10,000 dan berhasrat untuk menyimpan dalam akaun ASB nya.  Pada akhir tahun yang ke-10, pelaburan awal yang dilakukan sebanyak RM10,000 itu dijangka akan menghasilkan jumlah simpanan sebanyak RM21,589.25. Jumlah wang yang dilaburkan dalam akaun ASB kini meningkat sebanyak 53.68% daripada jumlah modal pelaburan.  Pengiraan ini diperoleh dengan anggapan pelabur tadi
  • tidak mengeluarkan wang simpanannya, faedah dan bonus unit yang diperoleh pada sepanjang tempoh 20 tahun itu
  • Menganggarkan faedah pelaburan ASB adalah sebanyak 8% pada setiap tahun

USAHAWAN.COM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online