picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 15 September 2013

Langkah Diumum Najib Dianggap Radikal, Komprehensif, Legakan Bumiputera

SHAH ALAM, 14 Sept (Bernama) -- Langkah untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melegakan hati 18.6 juta Bumiputera atau 67.9 peratus daripada 27.4 juta rakyat Malaysia.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang menyifatkannya sebagai 'kenyataan terbesar dalam tempoh 10 tahun', berkata langkah itu memberi keyakinan kepada kaum Bumiputera, yang sebelum ini dilanda keresahan tentang untung nasib mereka dalam ekonomi negara, bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno akan terus membela nasib mereka.

"Ia merupakan satu pengesahan bahawa kerajaan menyediakan teras kepada dasar negara supaya kira-kira 70 peratus daripada penduduk di negara ini akan mendapat faedah daripada kemajuan ekonomi Malaysia," kata Mustapa Sabtu selepas pelancaran Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera oleh perdana menteri di Universiti Teknologi MARA di sini.

"Jadi ia banyak melegakan dan semua hari ini gembira. Ini ucapan untuk Bumiputera... mungkin kenyataan yang terbesar dalam tempoh 10 tahun untuk Bumiputera... tidak pernah ada kenyataan sebesar ini," kata beliau. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim pula berkata tambahan dana pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta dan RM700 juta untuk TEKUN Nasional, akan membolehkan kementeriannya meningkatkan aktiviti membantu lebih banyak golongan sasar, terutama wanita, untuk menambah baik taraf sosioekonomi mereka.

Beliau berkata TEKUN Nasional adalah rakan strategik kementerian dalam program meningkatkan pendapatan rakyat berpendapatan rendah di bawah program 1Azam membabitkan 106,967 peserta, dengan 90 peratus daripadanya Bumiputera dan 60 peratus wanita.

Selain itu, kementeriannya juga bekerjasama rapat dengan Amanah Ikhtiar Malaysia bagi melatih 4,300 usahawan termasuk 80 peratus wanita, kata beliau.

Katanya ia juga suntikan bermakna kepada Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang amat berterima kasih kepada perdana menteri kerana memberi ruang yang luas kepada mereka dalam dasar pemerkasaan ekonomi Bumiputera.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malik pula berkata pengumuman hari ini adalah satu pendekatan yang amat berani dan cukup telus. Mustapa juga menyifatkan pengumuman Najib sebagai 'kenyataan yang komprehensif, radikal dan terbaik dalam tempoh 10 tahun'.

Hasan berkata pada masa sama kaum Bumiputera juga perlu memainkan peranan masing-masing selaku menteri, ketua bahagian parti atau peniaga bagi memastikan program pemerkasaan Bumiputera berjaya.

"Jangan asyik bertanya apa yang mereka akan dapat daripada kerajaan tetapi tanya diri sendiri apa yang dapat mereka sumbangkan untuk kemajuan Bumiputera," katanya.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula menggesa agar golongan wanita khususnya usahawan merebut peluang yang disediakan dalam agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

"Saya nak minta wanita supaya merebut peluang ini, perjuangan kita Wanita Umno ialah mengarusperdanakan wanita bukan sahaja dari segi politik tetapi ekonomi juga. Beberapa pendekatan di mana wanita boleh ambil peluang begitu luas, mereka mesti menembusi benteng ini," katanya.

Shahrizat yang juga penasihat kepada perdana menteri dalam hal ehwal wanita berkata usahawan wanita tidak perlu membataskan diri terhadap sektor tradisional sahaja kerana peluang yang diberi untuk mereka amat luas.

Beliau berkata agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera bukan sahaja menguntungkan kaum itu tetapi juga kaum lain kerana ia bersifat inklusif.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pengumuman perdana menteri agar bilangan program latihan yang dikendalikan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) ditambah dapat memberi peluang kepada lebih ramai golongan muda untuk mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia.

Katanya pengumuman itu juga secara langsung memberi kelegaan kepada mereka yang gagal melanjutkan pengajian ke universiti untuk menimba pengetahuan dan mendapat kemahiran bagi mencari pekerjaan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron pula berkata pengumuman Perdana Menteri hari ini menidakkan tuduhan kumpulan pendesak Melayu yang selama ini menganggap Bumiputera kurang diberi tempat dalam bidang ekonomi.

"Hari ini dengarlah sendiri komitmen Perdana Menteri tadi yang bersungguh-sungguh mahu mengangkat martabat Bumiputera dalam ekonomi," katanya.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera adalah hasil perbincangan dan mandat yang diperoleh semasa perhimpunan agung Umno sebelum ini yang bukan sahaja terbuka tetapi berani, telus dan tanpa apologetik.

Beliau berasa ramai bumiputera mampu memperoleh manfaat daripada agenda itu, apatah lagi ia dilaksanakan berdasarkan meritokrasi antara sesama kaum bumiputera.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata lima fokus memperkasa ekonomi bumiputera itu merupakan inisiatif kewangan lengkap untuk melonjakkan penyertaan bumiputera dalam bidang keusahawanan dan pendidikan.

Beliau berkata sebagai contoh pemberian dana RM1 bilion kepada MARA dalam bentuk dana sepadan antara MARA dan kerajaan dapat membantu pelajar yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian dan seterusnya memperkasakan lagi golongan itu.

Pengerusi Tekun Nasional Datuk Hamidah Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif GiatMARA Meriyam Abd Majid, masing-masing mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri kerana mengumumkan dana tambahan kepada agensi masing-masing.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata ketua pegawai eksekutif syarikat berkaitan kerajaan perlu melaksanakan dasar penyertaan bumiputera dalam syarikat masing-masing dan mereka yang ingkar harus dipecat.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online