Kegagalan membayar ansuran pinjaman atau hutang kad kredit boleh membawa padah buruk
Apabila anda gagal menjelaskan sesuatu pinjaman, institusi kewangan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap anda
Sekiranya pinjaman itu adalah pinjaman kereta, institusi kewangan akan menarik balik dan menjualkan kereta tersebut. Jika ianya pinjaman perumahan, institusi kewangan akan merampas rumah tersebut dan melelongnya
Seandainya hasil lelongan tidak mencukupi untuk menjelaskan hutang sepenuhnya, institusi kewangan akan mengambil tindakan terhadap anda (dan/atau penjamin, jika ada) untuk menuntut baki hutang
Bagi pinjaman tanpa cagaran, institusi kewangan mempunyai beberapa pilihan untuk melaksanakan penghakiman yang diperoleh untuk mendapatkan semula hutang mereka
Ini termasuk perintah rasmi rampasan dan jualan, saman prosiding ‘garnishee’, saman penghutang penghakiman dan petisyen kebankrapan ke atas peminjam (dan/atau penjamin, jika ada)
Buat masa ini petisyen kebankrapan hanya boleh dimulakan sekiranya jumlah hutang terkumpul telah mencecah RM30,000 ke atas
Sekiranya anda telah diisytiharkan bankrap, terdapat banyak sekatan dari segi undang-undang yang akan dikenakan. Pada umumnya anda tidak boleh melakukan perkara berikut:
Jika anda gagal membuat bayaran ke atas pinjaman, dapatkan nasihat dengan segera. Jangan tunggu sehingga masalah berlarutan dan tidak terkawal
Lebih cepat anda mendapatkan bantuan,semakin mudahlah untuk menyelesaikan masalah anda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan