picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 18 September 2013

Ringgit naik hampir ke paras tertinggi 6 minggu




KUALA LUMPUR 18 Sept. - Ringgit mengukuh berbanding dolar AS hari ini apabila ditutup hampir ke paras tertinggi dalam tempoh enam minggu, menerajui kenaikan dalam kalangan mata wang negara sedang pesat membangun Asia menjelang mesyuarat dua hari Rizab Persekutuan AS (Fed), kata para peniaga.
Unit tempatan disebut harga pada 3.2325/2355 berbanding dolar AS daripada 3.2485/2515 semalam.
Seorang peniaga berkata pelabur menjangkakan Fed mengurangkan rangsangan monetarinya hanya dalam jumlah sederhana lewat hari ini.
Fed dijangka mengumumkan keputusan mesyuarat dasarnya, di mana para pelabur menjangka ia akan mengurangkan pembelian bon bulanannya sebanyak AS$10 bilion daripada jumlah sedia ada AS$85 bilion.
Sementara itu, mata wang tempatan meningkat berbanding mata wang utama lain.
Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 2.5667/5701 daripada 2.5743/5769 semalam dan kukuh berbanding yen kepada 3.2691/2735 daripada 3.2737/2774 sebelumnya.
Mata wang tempatan juga meningkat berbanding pound British kepada 5.1594/1652 daripada 5.1687/1748 dan naik berbanding euro kepada 4.3151/3197 daripada 4.3384/3434. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online