picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 30 September 2013

Institut Usahawan Bumiputera ( DITUBUHKAN OLEH MARA 1983 )

Pengenalan

Institut Usahawan Bumiputera atau ringkasnya IUB merupakan sebuah syarikat berhad berasaskan jaminan ditubuhkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada 1983 sebagai pelaksana MARA bagi program keusahawanan.
   Beroperasi di bangunan Pertama Kompleks Kuala Lumpur, IUB membuka lembaran bagi merealisasikan misi Institut dengan sokongan tenaga kerjanya seramai 14 orang dan barisan ahli lembaga pengarahnya yang dedikasi. Institut bertanggungjawab dalam melaksanakan latihan dan bimbingan keusahawanan selaras dengan matlamatnya bagi melahirkan lebih ramai usahawan dan cerdik pandai Bumiputera.
   IUB mengendalikan pelbagai aktiviti yang mempunyai kaitan dengan kemajuan usahawan dan pengurusan perniagaan seperti seminar, kursus jangka pendek dan bengkel kerja. Ianya merangkumi peringkat kemahiran asas untuk meningkatkan system, aplikasi dan mutu kerja keusahawanan dan pengurusan perniagaan serta kakitangan sokongan sehingga ke peringkat profesional serta pengurusan tertinggi.

Sejarah Penubuhan

Keratan_Sejarah 
Penubuhan Institut Usahawan Bumiputera (IUB) telah dicadangkan oleh Kementerian Pembangunan Negara Dan Luar Bandar atas arahan YB Menteri ketika itu iaitu YB Dato’ Seri Sanusi Bin Junid.
Atas arahan YB Menteri ketika itu IUB telah ditubuhkan pada 7hb Mac 1983 sebagai sebuah Syarikat Berhad Dengan Jaminan.
Majlis pelancaran IUB telah dirasmikan pada 8hb Mac 1983 oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu Tan Sri Musa Bin Hitam di Auditorium MARA, Kuala Lumpur.
Sejak penubuhannya IUB berperanan sebagai badan pelaksana kepada MARA dan Kementerian bagi membimbing dan melahirkan usahawan dalam pelbagai bidang.

Visi dan Misi

Visi
  • Peneraju Kecemerlangan Usahawan Profesional.
Misi
  • Sebagai saluran latihan penting dan perunding profesional.
  • Melatih dan membimbing usahawan Bumiputera dalam bidang pengurusan perniagaan.
  • Melahir dan membina usahawan yang beretika dan mempunyai halatuju dan wawasan.
  • Memberi maklumat dan penerangan perniagaan kepada usahawan Bumiputera.
  • Pusat pendaftaran usahawan Bumiputera


http://www.iubmara.my/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online