picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 19 September 2013

Ekonomi bumiputera: Tengku Adnan bidas media Cina



KUALA LUMPUR 19 Sept. - Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini membidas media berbahasa Cina yang katanya cuba menimbulkan isu perkauman mengenai agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilaksanakan kerajaan.
Beliau kesal kerana tindakan media vernakular itu dan mendakwa ia boleh memecah-belahkan perpaduan kaum di negara ini, yang sedia terjalin erat.
"Janganlah ada orang mainkan cerita dalam akhbar khususnya akhbar Cina (yang) kononnya bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan berkenaan Dasar Ekonomi Bumiputera, kita (kerajaan) tidak peduli kepada bangsa Cina. (Itu) tidak (benar).
"Bila kita bantu kaum Bumiputera, kita tidak pernah meminggirkan kaum Cina atau India, tidak pernah dalam sejarah kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perbarisan sempena Hari Penguatkuasa Ke-44 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2013 di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan Jaganathan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.
Tengku Adnan berkata sebenarnya pelaksanaan agenda itu ialah untuk mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum di negara ini kerana kedudukan ekonomi Bumiputera lemah berbanding kaum Cina.
"Keseimbangan ekonomi kaum penting untuk mengekalkan perpaduan dan keharmonian dalam negara," tambahnya.
"Saya tidak boleh baca akhbar Cina tetapi daripada laporan yang saya terima, saya terkejut," katanya.
Sabtu lepas, Najib melancarkan agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera bagi mencipta serta menjana kekayaan baharu agar nikmat dan kemakmurannya diraih dan dirasai semua rakyat Malaysia secara adil dan saksama. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online