picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 16 Oktober 2013

Harga rumah akan dikekang


KUALA LUMPUR. - Peningkatan harga rumah antara enam hingga 12 peratus pada setiap suku tahun sejak 2010 dijangka bakal dikekang dengan pengenalan dasar baharu oleh kerajaan melalui pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober ini.
Menurut nota penyelidikan oleh Alliance Research mengenai Bajet 2014, beberapa dasar baharu tersebut ialah menyediakan lebih banyak rumah mampu milik, antaranya melalui skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), meningkatkan kepadatan di projek perumahan rakyat serta meningkatkan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT).
Penyelidik Alliance Research, Manokaran Mottain berkata, selain itu, harga duti setem bagi perumahan ketiga atau lebih juga akan mengalami kenaikan.
Mottain berkata, meskipun peningkatan harga hartanah tempatan kembali perlahan pada kadar 7.8 peratus pada suku kedua 2013 berbanding 12.2 peratus pada suku keempat 2012, kadar itu sebenarnya masih tinggi berbanding lima peratus, iaitu kenaikan purata sedekad yang lalu.
"Permainan harga oleh spekulator hartanah dikatakan menjadi punca peningkatan harga rumah yang berlebih-lebihan di dalam usaha mereka meraih keuntungan jangka pendek," menurut penyelidik itu.
Katanya, usaha mengekang unsur-unsur spekulator itu dijangka boleh diatasi dengan pengenalan RPGT yang lebih tinggi.
Selain itu, permintaan tinggi terhadap hartanah yang begitu sengit juga menjadi punca mendorong kenaikan harga rumah, khususnya permintaan daripada golongan pembeli pertama.
Kesemua keadaan itu seterusnya menjadi sebab mengapa sebilangan besar golongan itu masih sukar membeli rumah.
Peningkatan harga rumah menjadi kerisauan rakyat negara ini kerana hal itu boleh menjejaskan hasrat mereka untuk memilik kediaman sendiri, tambahan pula kadar menyewa rumah pula kini hampir menyamai ansuran bulanan pinjaman perumahan.
Keadaan turut menjadi sukar setelah Bank Negara Malaysia juga telah memendekkan tempoh pinjaman perumahan daripada 45 tahun kepada 35 tahun.
Malah, lebih menakutkan apabila Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah baru-baru ini menyatakan pengurangan subsidi minyak baru-baru ini boleh menyebabkan harga rumah meningkat 10 peratus.
Bajet 2014 dikatakan bakal menyentuh soal pemilikan rumah bagi menstabilkan harga pasaran dan mengekang peningkatan harga melebihi pertumbuhan yang sebenar.
Malah, beberapa pemaju hartanah seperti UEM Sunrise Bhd. sendiri yang menyedari kawalan harga hartanah akan diperkenalkan di dalam Bajet 2014 dan sedia menerima kehadiran dasar itu demi kepentingan industri untuk tempoh panjang.
Ini bukan pertama kali bajet yang dibentangkan menyentuh mengenai pemilikan rumah. Sebelum ini kerajaan turut mengumumkan Skim Rumah Pertamaku (SRP) namun pelaksanaannya mengalami kesukaran akibat peningkatan harga yang keterlaluan serta syarat pinjaman perbankan yang ketat.
Tumpuan ekonomi masih kekal di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor menyebabkan permintaan rumah di kawasan itu terus meningkat, termasuk harganya.


UTUSAN.COM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online