Pemilik sebuah
premis menjual makanan dan minuman di sebelah Sekolah Sultanah Bahiyah,
Alor Star sedang rancak perniagaanya kerana meraih jumlah pelanggan yang
lebih ramai berbanding kedai-kedai yang lain. Boleh dikatakan setiap
hari kedai Kak Ani yang diusahakan bersama anaknya, dipenuhi pelanggan dan keutungan harian yang diperolehinya juga agak lumayan.
Saya belum pernah merasa masakan Kak Ani , tetapi besar kemungkinannya
resepi yang digunakan oleh Kak Ani agak istimewa sehinggakan ramai
pelanggan yang berpuas hati setelah menjamu selera di warung mereka.
Namun langit tidak selalu cerah, sejak kebelakangan ini ramai pelanggan yang merungut tentang masakan kedai itu.
Macam-macam diperkatakan, masakan mereka berbau, tampak berbuih dan
rasanya tidak menyelerakan seperti biasa. Pada mulanya, Kak Ani dan
anaknya menyangkakan yang ada orang sengaja ingin menabur fitnah dan
sengaja mereka cerita.
Hinggalah pada
suatu hari, seorang pelanggan tetap mereka mengadu tentang kuah gulai
yang disediakan telah berbuih. Kak Ani dan anaknya kehairanan dan
kelihatan agak bingung. Macammana boleh basi pulak ? gulai tu baru saja
lepas masak. Dok panas-panas lagi . Berdasarkan logik akal, mustahil
masakan yang baru diangkat daripada api dapur boleh menjadi berbuih. Tetapi selepas peristiwa itu, banyak lagi perkara-perkara aneh yang berlaku pada premis Kak Ani.
Setelah mendapatkan
nasihat daripada orang-orang yang dikenali, Kak Ani dimaklumkan bahawa
perniagaannya mungkin telah disihir oleh orang yang busuk hati terhadap
kemajuan kedai mereka. Salah seorang daripada mereka menasihatkan Kak
Ani supaya berikhtiar dengan berjumpa Pak Long Non. Oleh kerana
kebuntuan dan sukar untuk mencari jalan penyelesaian serta ingin
mengetahui perkara sebenar yang telah berlaku di premis mereka, Kak Ani pun datang berjumpa dengan Pak Long Non di Pokok Sena.
Setelah Pak Long
Non mendengar cerita daripada Kak Ani, beliau pun mula bersolat dan
memohon doa untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi olek Kak Ani dan
anaknya. Setelah hampir suku jam, Pak Long Non keluar dan bertanyakan
samada pernah ada seorang pelanggan yang datang ke kedai untuk membeli
makanan dengan menghulurkan wang kertas lima ringgit. Dan
apabila hendak dipulangkan baki tersebut, pelanggan itu menolaknya dan
terus pergi. Kak Ani mengakui yang memang ada peniaga dari salah sebuah
kedai di situ juga yang datang membeli satu bungkus Nasi Ayam dengan
tidak mengambil balik baki daripada wang kertas 5 ringgit yang
diberinya.
Pak Long Non
mengatakan, besar kemungkinannya orang tersebut telah mengenakan sihir
dengan wang kertas RM5 tersebut supaya perniagaan mereka menjadi
lingkup. dan bankrup. Pak Long Non juga memberitahu bahawa ilmu hitam telah dijampi pada wang RM 5 tersebut dan syaitan yang menjadi penunggu duit tersebut
akan terus tinggal di premis Kak Ani untuk membuat khianat pada
perniagaan mereka. Orang itu juga akan datang lagi selepas ini dengan
melakukan perkara yang sama dan Pak Long Non menasihatkan agar Kak Ani
tidak menerima wang kertas RM5 yang akan diberinya nanti.
Pak Long Non
membuat sedikit air penawar untuk kegunaan Kak Ani serta memberi Azimat
Pelaris Pelaris untuk kegunaan kedai, rumah & diri Kak Ani serta
anaknya. Beliau juga menenangkan Kak Ani agar tidak perlu risau tentang
masalah ini dan banyakkan berdoa kepada Allah swt.
Setelah beberapa
hari, memang benar terjadi seperti yang dijangkakan oleh Pak Long Non.
Peniaga yang berjiran beberapa buah kedai daripada gerai Kak Ani, datang
lagi untuk membeli Nasi Ayam. Kak Ani terkejut kerana wang kertas RM5
juga digunakan untuk membuat bayaran oleh orang itu dengan tidak mahu
mengambil bakinya. Kak Ani menahan sabar dan mengingatkan pesan Pak Long Non supaya tidak mengambil wang RM 5 tersebut. Tak
payah bayar la, Nasi Ayam ni saya kira sedekah. Ambik la balik duit tu,
saya tak mau, ujar Kak Ani menahan kemarahannya. Setelah mendengar
sindiran daripada Kak Ani, jiran niaganya terus pucat mukanya, seakan
tidak berdarah. Tampak jelas perubahan wajahnya seperi orang yang telah
melakukan kesalahan. Orang itu terus berlalu tanpa mengatakan apa-apa.
Kini, dengan kuasa
Allah swt, warung makanan Kak Ani kembali laris malah semakin banyak
pelanggan yang berkunjung berbanding dahulu. Manakala peniaga yang
disyaki mengenakan sihir dengan menggunakan wang kertas lima ringgit itu
telah tutup perniagaannya kerana mengalami kerugian setiap hari. Mungkin
inilah balasan Allah ke atas orang-orang yang bersifat iri hati dan
menggunakan ilmu hitam untuk mencapai sesuatu tujuan dengan mudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan