picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 27 Oktober 2013

Pelaksanaan GST siapa untung?

  • Pelaksanaan GST siapa untung?Barangan makanan asas terselamat daripada GST yang akan dilaksanakan mulai April 2015. -Foto Bernama.
 1 / 1 
KHABAR yang bertiup kencang beberapa bulan lalu bahawa kerajaan akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam tempoh terdekat, ternyata menjadi kenyataan, kelmarin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat kelmarin telah mengumumkan GST yang akan dilaksanakan mulai April 2015.

Pengumuman itu dibuat saat pemimpin pembangkang lantang berhujah bahawa GST hanya akan membebankan rakyat dan menindas golongan berpendapatan rendah.

Malah, di luar Parlimen kelmarin turut berlangsung demonstrasi bagi membantah pelaksanaan GST oleh kerajaan.

Namun, pemimpin utama negara itu tetap tenang mengumumkan hasrat kerajaan untuk melaksanakan cukai baharu yang diberi nama GST bermula April 2015.

Najib berhujah, kerajaan sudah mengkaji sedalam-dalamnya dan memutuskan bahawa 2015 adalah masa paling sesuai untuk GST dilaksanakan di negara ini.

Katanya, pelaksanaannya didorong oleh kedudukan inflasi yang rendah serta terkawal selain menangani kelemahan dalam sistem percukaian.

Pelaksanaan GST bagaimanapun katanya, tidak akan melibatkan barang keperluan asas seperti gula, garam, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, belacan serta budu.

Malah, Najib berkata, kerajaan akan memberi pelbagai bantuan sokongan ketika peringkat peralihan.

Beliau, yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan sokongan itu termasuk pertama, pembayaran sekali RM300 kepada penerima isi rumah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kedua adalah kadar cukai pendapatan individu dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan.

Ketiga, katanya, struktur cukai pendapatan individu akan disusun semula bagi menjadikan negara lebih kompetitif di samping mengekal dan menarik bakat negara.

GST ini akan menggantikan cukai jualan (umumnya 10 peratus) dan cukai perkhidmatan (enam peratus) yang bermula masing-masing pada tahun 1972 dan 1975 lagi.

Berbeza dengan BN, PR yang membentangkan Bajet Alternatifnya sehari sebelumnya pula berpendirian, GST perlu ditangguhkan sehingga tiba masa yang sesuai kelak.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, GST boleh dilaksanakan apabila pendapatan minimum isi rumah mencapai satu tahap yang dikira sesuai untuk menyerap sebarang kesan terhadap kuasa beli cukai tersebut.

Anwar juga berkata, pelepasan cukai juga perlu diberikan kepada golongan menengah bagi mengelakkan golongan tersebut membayar cukai lebih tinggi.

Selain itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, selagi penguatkuasaan undang-undang mengenai perkara tersebut tidak adil dan saksama, GST tidak boleh dilaksanakan.

Katanya, ia tidak akan membantu meningkatkan pendapatan dan ekonomi, tetapi sebaliknya hanya memperkayakan golongan tertentu.

Malah, PR menyifatkannya sebagai cukai yang regresif, di samping usaha yang akan meningkatkan beban cukai daripada 15 peratus kepada 85 peratus.

Apa pun hujahnya, kedua-duanya BN-PR dilihat bersetuju dengan pelaksanaan GST dalam memastikan kelangsungan ekonomi dan pembangunan negara.

Cuma, yang membezakan adalah dari segi masa, iaitu bila ia sesuai untuk dilaksanakan, manakala bagi rakyat pula, yang mereka persoalkan ialah, jika GST dilaksanakan, apa keuntungan yang bakal mereka nikmati nanti?

Jemput like ke page kami :-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online