picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 16 Oktober 2013

Perbankan internet membantu perniagaan usahawan


MINGGU ini, kita akan meninjau bagaimana teknologi baharu boleh membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Sejak beberapa tahun lepas, perkembangan pesat internet dan perbankan elektronik telah menjadikan dua saluran ini amat penting untuk memenuhi keperluan peribadi dan juga perniagaan.
Pelanggan mula cenderung menggunakan perkhidmatan perbankan layan diri berbanding perkhidmatan menerusi kaunter untuk memudahkan urusan mereka.
Dalam dunia masa kini yang mana syarikat perniagaan berusaha menyelaraskan dan mengautomasikan seberapa banyak kegiatan perniagaan yang mungkin, perbankan internet kini semakin menampakkan manfaatnya.
Kemudahan ini selamat, pantas, ringkas dan menyenangkan serta membolehkan sesiapa sahaja melaksanakan pelbagai aktiviti yang dulunya perlu dilakukan di bank. Ini juga bermakna anda boleh menguruskan akaun bank anda secara lebih cekap serta menjimatkan kos menerusi perbankan internet.
Dari semakan akaun hingga ke pemindahan dana serta pelaburan, bukan sahaja individu tetapi perniagaan juga boleh berurusniaga secara bebas menerusi perkhidmatan perbankan internet.
Antara urusan yang boleh disempurnakan sekarang ialah log masuk pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, menyemak urusniaga dan baki dalam masa sebenar, memuat turun penyata akaun, memindahkan dana antara akaun dari bank yang sama atau bank lain, memesan buku cek dan menghentikan pembayaran cek, membayar bil dan pembekal, menguruskan gaji dan caruman wajib, menyemak dan menyatukan dana dengan bank lain, membuat pelaburan semalaman, memohon kemudahan kredit dan juga menerima makluman urusniaga melalui SMS dan e-mel.
Pengusaha perniagaan mungkin selesa mengunjungi bank untuk mendepositkan cek atau mengeluarkan tunai. Tetapi anda perlu sedar tentang had tertentu perbankan cawangan seperti cawangan tidak sentiasa dibuka dan mungkin ditutup untuk tempoh lebih lama kerana cuti umum.
Pertukaran daripada perbankan biasa kepada perbankan internet mungkin mencabar bagi mereka yang baru didedahkan kepada idea ini dan tidak begitu celik teknologi. Namun begitu, terdapat beberapa garis panduan dan petua berguna yang boleh diikuti untuk memudahkan pertukaran kepada perbankan internet dan mengurangkan kerumitan kepada perniagaan anda.
Berikut adalah beberapa panduan berguna:
"Tentukan objektif anda. Adakah anda hanya mahu mengurangkan kos, atau adakah anda menggunakan perbankan internet sebagai sebahagian daripada sistem IT bersepadu untuk mengendalikan akaun dan pembayaran;
"Semak perkhidmatan yang ditawarkan oleh bank anda dan kenal pasti sama ada ia benar-benar memenuhi keperluan anda;
"Selidiki perkhidmatan yang ditawarkan oleh bank lain yang mungkin lebih sesuai untuk memenuhi keperluan khusus anda;
"Tentukan caj urusniaga, kadar keuntungan dan caj lain;
"Anggarkan perubahan kos perbankan anda sekiranya anda menggunakan kemudahan perbankan internet;
"Bincang dengan pembekal dan pelanggan anda tentang jenis pembayaran elektronik yang menjadi pilihan mereka;
"Tentukan sama ada anda mungkin memerlukan peralatan tambahan dan sama ada penetapan khas diperlukan;
"Anggarkan kos dan tempoh masa pertukaran yang diperlukan;
"Kenal pasti kakitangan yang terlibat dengan perubahan dan anjurkan latihan yang sesuai dalam sistem atau prosedur baru ini;
"Pastikan anda menyediakan perlindungan keselamatan yang sewajarnya, seperti perisian anti-virus, tembok keselamatan dan perlindungan kata laluan - dan pastikan langkah keselamatan adalah sebahagian daripada latihan yang diberikan kepada kakitangan anda secara berkala; dan
"Pantau aktiviti perbankan internet anda. Dengan kemudahan tambahan, kos dan yuran urusniaga lebih rendah, serta perkhidmatan lebih berkualiti secara keseluruhan, perbankan internet adalah pilihan yang sesuai bagi banyak pihak. Inilah sebabnya terdapat pelbagai kemudahan perbankan internet yang disediakan oleh bank.
Kebelakangan ini, urusniaga 'elektronik' semakin digalakkan dengan mengurangkan cek dan memanfaatkan pembayaran elektronik (e-bayaran), sejajar dengan matlamat negara untuk menjadi sebuah masyarakat tanpa cek menjelang tahun 2020 - seperti yang dinyatakan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP). Di bawah ETP, disyorkan agar caj yang dikenakan atas cek mencerminkan kosnya yang lebih tinggi, sambil mengurangkan caj bagi e-bayaran.
Akhirnya, perniagaan dengan jumlah urusniaga yang tinggi perlu mencari pilihan pembayaran menjimatkan kos bagi operasi harian masing-masing. Perbankan internet menjadi pilihan lebih wajar dalam jangka panjang. Rancanglah sekarang untuk memanfaatkan sepenuhnya penyelesaian secara elektronik.
Perbankan internet, seperti Velocity@ocbc yang telah memenangi anugerah, menyediakan pelbagai kemudahan perbankan elektronik berasaskan web yang selamat bagi syarikat korporat. Ia direka cipta dengan menggunakan teknologi enkripsi terkini serta menyediakan cara yang cekap dan boleh dipercayai untuk menyempurnakan urusan perbankan anda. Kemudahan ini dibangunkan untuk menyediakan khidmat perbankan kepada perniagaan dari mana-mana tempat di dunia, memberikan ketenangan fikiran kepada ahli perniagaan kerana boleh menyemak maklumat akaun atau menyempurnakan melaksanakan urusniaga walaupun semasa mengembara.


UTUSAN.COM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online