picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 6 Oktober 2013

Usahawan Malaysia Berjaya Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman ( Usahawan Memborong ke China )


Saya, Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star pada 21 Jun 1982 di Hospital Besar, Alor Star, Kedah. Bersekolah rendah di Sekolah Rendah Haji Mohamad Shariff dan kemudiannya di Kolej Sultan Abdul Hamid. Selepas dari itu melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.
Memulakan perniagaan secara kecil-kecilan pada tahun 2000. Bermula dengan perniagaan online dan import export secara kecil-kecilan.

Bermula berkecimpung dalam bidang import dengan mengimport barang dari selatan Thai dan kemudianya dari Bangkok dan Vietnam. Setelah dari itu, saya cuba meneroka untuk memborong dari syurga perniagaan iaitu China.
Pada tahun 2006, saya merantau ke Eropah seorang diri mencari ilmu dan pengetahuan dan kemudiannya merantau lagi ke New Zealand dan Rusia pada tahun 2007-2008 untuk mencari peluang memasarkan produk.
Setelah pulang semula ke Malaysia, saya dapati, terdapat keinginan yang tinggi dikalangan orang Melayu-Islam untuk keluar dari Malaysia untuk memborong terus bagi mendapatkan harga yang lebih baik memandangkan keadaan sekarang dimana orang ramai lebih berhati-hati berbelanja. Jadi mendapatkan harga “pemborong direct” adalah lebih baik dan menguntungkan disamping mengekalkan harga yang berpatutan kepada para pelanggan.
Saya rasakan impak dan dengan kaedah ini ekonomi orang Melayu-Islam akan lebih berkembang dan kurang pengantungan kepada “orang tengah”. Ini disebabkan orang Melayu boleh dikatakan bijak dalam bidang pemasaran tetapi masih kurang keyakinan untuk keluar dari Malaysia meneroka pasaran borong yang jauh lebih murah. Kita berasa selesa bergantung kepada orang tengah yang menjual barang dengan harga yang lebih tinggi sedangkan kita sendiri dapat memborong barangan yang sama dengan harga yang murah hanya dengan sedikit usaha tambahan.
Atas kesedaran ini saya mengambil inisiatif untuk mencipta satu modul yang khusus untuk orang Melayu-Islam memborong di China. Hasil kerja ini mendapat sokongan yang sangat menggalakan di kalangan pemborong-pemborong Melayu.
Kini saya mengendalikan “Kursus Memborong di China” dan juga menganjurkan “Rombongan Memborong ke China” untuk membuka jalan untuk kita secara bersama dapat memborong terus dari sumber, tidak kira sumber itu dari China, Vietnam, India, Korea atau mana-mana negara lain.
Sehingga kini saya telah melatih hampir 200 orang pemborong Melayu dan terdapat kira-kira 40 orang pemborong yang boleh dikatakan telah berjaya memborong dari China dengan kuantiti yang banyak. Selebihnya masih merancang dan menunggu masa yang sesuai untuk bergerak serius dalam bidang ini.
Saya berharap usaha saya ini mendapat keberkatan Allah dan mendapat sokongan dari saudara-saudara seagama saya.

LIPUTAN MAJALAH 3

majalah tiga -borong ke china

LIPUTAN NASI LEMAK KOPI O – TV 9

nasi lemak kopi o borong china



LAPORAN BERITA NASIONAL RTM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online