Sepanjang 5 tahun saya membawa usahawan ke negara China untuk memborong, antara produk yang paling menghairahkan bagi wanita adalah kain pasang atau kain ela. Malah pemborong-pemborong di China sendiri sudah mengetahui hal ini.
Kain-kain ela ini akan dibeli untuk dibuat baju kurung, baju kebaya dan blouse.
Menurut usahawan yang membeli kain ela di sini, mereka dapati harga yang ditawarkan di sini adalah 3-4 kali ganda lebih murah daripada harga yang didapati di sana. Contohnya kain 4 ela di sini yang berkualiti tinggi berharga sekitar RM 55-60 dan boleh dijual di Malaysia dengan harga RM 180.
Kain sutera China adalah menjadi pilihan utama usahawan yang memborong di negara China.
Selain itu, pemilihan corak juga sangat penting. Jika kainnya berkualiti tinggi tetapi coraknya tidak menepati citarasa masyarakat Malaysia, maka tidak ada pelanggan yang akan membelinya.
Pemilihan corak ini pula berbeza mengikut umur, saiz badan, ketinggian, warna kulit dan status samada anak dara atau sudah berkahwin. Pelbagai aspek yang perlu dititikberatkan untuk pemilihan kain yang sesuai.
Bagi seorang lelaki seperti saya, tentu ini satu perkara yang memeningkan namun bagi wanita mereka bahagia menghabiskan berjam-jam memilih kain ela / pasang di kedai borong di Guangzhou ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan