picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 8 Oktober 2013

'Pak guard' diherdik kerabat palsu

  • 'Pak guard' diherdik kerabat palsu
 1 / 1 
ISU menjual nama sultan, kerabat, istana atau institusi diraja untuk kepentingan peribadi, perniagaan, mendapatkan kontrak dan menipu bukanlah satu perkara baru di negara ini.

Sebaliknya, ia sudah menjadi satu fenomena yang membimbangkan. Tidak terkecuali menerima tempias tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini adalah pengawal keselamatan.

Pertemuan Sinar Harian dengan seorang pengawal keselamatan berjaya menungkai beberapa peristiwa di mana beliau pernah diherdik, dimarahi di khalayak ramai dan dipukul.

Enggan namanya sebenarnya didedahkan, Razak yang berusia awal 60an memberitahu kesabaran yang tinggi amat diperlukan olehnya apabila berdepan dengan individu seumpama itu,

Ibarat peribahasa ‘alah bisa tegal biasa’, dia turut mengakui pernah diugut oleh individu yang memintanya menjaga kereta dipandu yang diparkir di hadapan sebuah pusat membeli belah sekitar tahun 2009.

“Lelaki berusia 30an ini turun dari  kereta mewahnya selepas parkir sesuka hati di hadapan pintu masuk bangunan.

“Saya yang pada ketika itu berada dalam bangunan segera keluar dan meminta beliau parkir di tempat sepatutnya, namun lelaki terbabit memarahi saya seterusnya menyindir saya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

“Dia turut mengakui adalah kerabat diraja dari sebuah negeri. Atas kerana itu, saya hanya berdiam diri meskipun kesahihan asal usul lelaki terbabit tidak dapat dipastikan,” katanya.

Ketika ditanya pernah mengalami situasi sama dihadapi pengawal keselamatan di Subang Skypark, Azman Md Nayan, 49, dalam kejadian pertengkaran bersama isteri pemain bola sepak terkenal negara, Razak tersenyum sinis.
Dia turut mengakui pernah digertak oleh seorang lelaki berusia 40an ketika cuba meminta agar kereta diparkir tidak menghalang laluan ketika bertugas di sebuah pusat hiburan.

Katanya, bukan sahaja kata maki dan cemuhan pernah diterimanya, malah individu terbabit yang mengakui kerabat diraja mencampakkan wang kepadanya sambil menyindirnya sebagai ‘orang miskin’.

“Saya bekerja cari rezeki, tetapi bukan untuk dihina. Apa salahnya jika dia bercakap elok-elok atau parkir di tempat sebetulnya.

“Jika saya bertindak keterlaluan untuk membalas tindakan lelaki terbabit, saya bimbang akan dikenakan tindakan oleh pihak pengurusan sekali gus menyekat periuk nasi saya,” katanya.

Meskipun sudah melalui pelbagai perkara seumpama itu, Razak bersyukur kerana sehingga hari ini dia masih lagi boleh memakai seragam pengawal keselamatan.

Dia reda dengan hasil titik peluhnya malah menganggap apa yang berlaku sebagai asam garam dalam kehidupannya.

SINARHARIAN.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online