picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 16 Oktober 2013

Dana Bantuan Pembangunan Francais



Dana Bantuan Pembangunan Francais
Tujuan Dana
Dana Bantuan Pembangunan Francais bertujuan memberi bantuan kepada pengusaha - pengusaha individu atau syarikat tempatan agar dapat meringankan bebanan, menjadi insentif dan memberi galakan bagi memfrancaiskan produk dan perniagaan tempatan atau luar Negara di Malaysia. Kerajaan tidak memberi bantuan secara penuh kepada pengusaha. Pihak pengusaha perlu juga mengeluarkan modal sendiri bagi memfrancaiskan perniagaan mereka. lni boleh dilihat sebagai satu pelaburan dalam usaha untuk memperbesarkan perniagaan dan menunjukkan komitmen mereka terhadap usaha yang dijalankan.
Bentuk dan Kelayakan Bantuan
Pengeluaran bantuan akan dibuat setelah kesemua fasa-fasa dipenuhi dan mengikut kelayakan seperti yang ditunjukkan dijadual kelayakan bantuan. Pemberi bantuan tersebut adalah berdasarkan pembayaran semula (reimbursement). Semua tuntuan bagi pembayaran semula hendaklah dibuat dengan menyertakan dokumen sokongan yang disahkan.
Kelayakan Permohonan

Syarikat hendaklah berdaftar mengikut keperluan Akta Francais 1998.
Syarikat yang menfrancaiskan produk/perniagaan tempatan atau untuk menjadi francaisi induk.
Syarikat hendaklah menyertai Program Pembangunan Francais(PPF) Kementerian perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Bantuan perniagaan francais yang boleh mendapat bantuan ini hanyalah bagi "business format   franchise"
Syarikat yang mula difrancaiskan di dalam tahun 1996 dan seterusnya sahaja.
Syarikat yang mendaftar dengan Pendaftar Syarikat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Melantik syarikat juruperunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.
Syarikat yang tidak melantik juruperunding boleh juga memohon tetapi bantuan ditentukan oleh   Jawatankuasa Pengurusan DBPF.
Hendaklah memohon menggunakan borang permohonan yang ditetapkan.

Syarat-syarat Kelulusan

Syarikat telah berdaftar mengikut keperluan Akta Francais 1998.
Syarikat telah diperakukan sebagai francaisor di bawah Program Pembangunan Francais (PPF) selepas tahun 1996.
Syarikat berdaftar dengan Pendaftar Syarikat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Tuntutan ke atas DBPF mestilah tidak melebihi 2 tahun dari tarikh mendapat lesen Francais.
Syarikat mestilah milik penuh warganegara Malaysia dan telah mempunyai prototaip outlet yang berdaya maju serta mempunyai sekurang - kurangnya 1 francaisi bumiputera.
Setiap syarikat hanya layak mendapat bantuan bagi satu produk sahaja dan jika mendapat bantuan bagi produk yang berbeza maka pengusaha perlu menubuhkan syarikat yang berlainan.
Keputusan pemohon dan jumlah kelayakan bantuan akan dipertimbangkan dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan DBPF.
Jadual Kelayakan Bantuan :
Status Syarikat Fasa
Syarikat Bumiputera
Syarikat Usahasama Syarikat Bukan Bumiputera
Majoriti BumiputeraMajoriti Dimiliki Oleh Bukan Bumiputera
Fasa I PenapisanRM 5,000RM 3,250RM 2,500RM 2,500
Fasa II Kajian KonsepRM 30,000RM 19,500RM 15,000RM 15,000
Fasa III Penyelidikan Outlet ContohRM 5,000RM 3,250RM 2,500RM 2,500
Fasa IV Penyelidikan Pakej FrancaisRM 50,000RM 32,500RM 2,500RM 2,500
Fasa V Pelancaran Francais JumlahRM 10,000RM 6,500RM 5,000RM 5,000
JumlahRM 100,000RM 65,000RM 50,000RM 50,000

Permohonan hendaklah dihantar terus kepada:
Pengarah Urusan
Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
Tingkat 9B, Menara Dato' Onn
Pusat Dagangan Dunia Putra
45 Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
Tel: 603 - 2698 6670
Fax: 603 - 2698 6617 / 6804
Website: www.pns.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online