picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 9 Oktober 2013

Memulakan Perniagaan Percetakan Baju T-Shirt




T-shirt printing adalah satu proses yangmudah selagi anda mempunyai pengetahuan, kemahiran dan peralatan yang diperlukan. Anda boleh mempelajari sendiri dengan menonton video tutorial dan e-book yang boleh diperolehi dengan percuma secara dalam talian. Anda juga boleh mempelajarinya dengan menyertai forum-forum dan bertanya terus kepada pencetak T-shirt yang berpengalaman.
Selepas mempelajari semua perkara berkaitan T-shirt printing, inilah masanya untuk memulakan perniagaan anda sendiri. Tetapi bagaimana untuk melakukannya? Sudah pasti anda memerlukan semua dokumen yang dikehendaki untuk pengendalian perniagaan. Proses penyediakan kertas perniagaan anda adalah bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi kerajaan termasuk jumlah modal, masa dan usaha.

Rekaan dan Artwork Untuk Perniagaan Printing T-Shirt Anda
Jika anda menerima tempahan daripada pelanggan, mereka mungkin mempunyai rekaan yang telah direka untuk dicetak pada baju-T. Walau bagaimanapun, tidak selalunya anda akan menerima tempahan seperti itu daripada pelanggan. Anda memerlukan baju contoh seperti baju tersedia siap dengan rekaan yang menarik.
Anda boleh mendapatkan rekaan dan karya seni secara percuma dari laman sesawang. Sesetengah rekaan mungkin mempunyai hak cipta dan anda mungkin perlu meminta kebenaran artis untuk menggunakan rekaan mereka dalam perniagaan anda. Sesetengah artis mungkin meminta bayaran atau royalti.

Peralatan Percetakan Baju T-Shirt
Dalam memulakan perniagaan printing modal juga memainkan peranan kerana ia mungkin melibatkan dana yang banyak untuk menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan. Penggunaan teknologi untuk perniagaan t-shirt printing anda juga harus diambil kira. Salah satu cara ialah dengan membeli pencetak inkjet khas yang boleh mencetak terus ke pakaian. Namun begitu, seperti yang saya katakan tadi, dana yang banyak diperlukan untuk menggunakan peralatan seperti ini.
Cara lain adalah dengan kembali kepada percetakan asas melalui penggunaan percetakan silkscreen untuk mencetak rekaan tersebut. Walau bagaimanapun, anda memerlukan bantuan orang lain untuk mencetak rekaan dengan lebih daripada dua atau tiga warna. Kos memperolehi peralatan percetakan yang lebih baik akan dapat menampung kos pengambilan pembantu kedai.
Jika anda mempunyai peruntukan, mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk membeli peralatan yang advance dimasa akan datang. Contohnya seperti mesin flash dryer, four-color workhorse press, conveyor dryer dan point exposure system. Ini memerlukan kos berbelas ribu ringgit dalam modal permulaan tidak termasuk penghantaran jika anda membeli secara dalam talian.

Pemasaran Perniagaan Percetakan Baju T-Shirt Anda
Perniagaan baru boleh bermula melalui mulut ke mulut daripada rakan-rakan, keluarga, dan pelanggan yang berpuas hati. Anda mingkin boleh minta kepada rakan-rakan anda, saudara-mara, jiran, rakan sekerja, dan pelanggan untuk mencadangkan perniagaan percetakan baju-T anda kepada mereka yang memerlukan baju-T dicetak untuk mereka.
Melakukan networking melalui penyelaras sesuatu acara juga merupakan cara yang baik untuk mencari pelanggan yang berpotensi. Sebagaimana yang kita semua tahu T-shirt sering ditempah untuk acara-acara tertentu. Anda harus menyediakan kad perniagaan untuk diedarkan kepada sesiapa sahaja yang boleh menjadi rakan kongsi yang berpotensi dalam pemasaran perniagaan anda.
Anda juga boleh membina sebuah laman web atau blog di mana anda boleh menerima tempahan untuk t-shirt printing. Laman web juga adalah cara yang baik untuk memasarkan produk dan syarikat anda. Selain itu, laman blog juga boleh menjadi saluran di mana anda dan pelanggan anda boleh berinteraksi antara satu sama lain.
Pengiklanan mulut ke mulut dan pemasaran dalam talian bukanlah hanya semata-mata tempat untuk meletakkan perniagaan dengan betul. Saluran tradisional – seperti iklan di akhbar, risalah dan poster – masih berfungsi untuk kebanyakan orang. Pastikan anda meletakkan nombor telefon selain daripada laman web dan e-mel. Ia adalah lebih mudah untuk menerima panggilan telefon atau mendail terus telefon mudah alih berbanding duduk di hadapan komputer untuk melawat laman sesawang atau menghantar e-mel. Memulakan perniagaan adalah usaha yang mencabar. Lazimnya ia adalah proses percubaan dan kesilapan dan anda memerlukan semua pendedahan yang membolehkan anda dapat mempromosikan perniagaan percetakan t-shirt anda.


Anda mungkin juga meminati:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online