picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 10 Oktober 2013

Harga Rumah Terus Naik 2013 : Gaji Rakyat Malaysia Naik Lebih Cepat VS Kenaikan Harga Rumah! Benarkah?

Perumahan Murah di Kuala Lumpur
Ada orang kata Kuala Lumpur adalah kota kemewahan & simbol kemajuan negara. Benarkah? Ratusan bangunan terus didirkan dan dibangunkan serta dilihat menjadi suatu monumen kepada kepesatan ekonomi negara serta tempat berteduh setiap keluarga yang berlindung di bawah nama bandaraya besar seperti Kuala Lumpur.
Tetapi persoalannya sekarang ini, bolehkah dan mampukah mereka berlindung di rumah sendiri?
Iklan Rumah Murah di Kuala Lumpur
  1. Berapa besar ruang rumah & kediaman yang boleh dimiliki?
  2. Keduanya, ceruk kawasan manakah rakyat Malaysia boleh memilikinya di bandaraya besar Kuala Lumur untuk berteduh? Di lokasi “jin bertendangkah”? Di tempat yang ja…….uuhhh daripada tempat kerja?

Isu Rumah Mampu Milik di Kawasan Bandar : Harapan Besar Rakyat Malaysia!

Beli Rumah Murah
Sekarang ini 70% daripada populasi di Malaysia tinggal di kawasan bandar. Hakikatnya :
  1. Rumah & kediaman telah menjadi komiditi
  2. Peluang pelaburan dikalangan pemain hartanah
  3. Keuntunganya diri sendiri sehingga mengenepikan peluang rakyat Malaysia memiliki rumah pertama untuk mereka pada harga yang berpatutan.
Nah….inilah yang dinamakan suatu krisis yang terus membelengu kalangan rakyat Malaysia
Hakikatnya dalam tempoh 40 tahun, kapitalis seperti REDHA telah pun membina 4.5 juta rumah.
Cari Rumah Murah

Sejarah Lonjakan Harga Rumah di Malaysia?

Sebelum itu, kita merujuk semula bagaimana berlakunya ledakan hraga rumah yang berlaku sekarang ini. Realitinya, masalah harga rumah mula melonjak sejak 4 tahun kebelakangan ini :
  • Tahun 60an : Jikalau ada kalangan veteran, pasti masih ingat sekitar tahun 60an di mana pinjaman rumah yang dibenarkah adalah 60%. Bukan seperti 90% yang dinikmati kalangan generasi muda sekarang. Dahulu bayar muka tinggi, 40%.
  • Tahun 70an :  Margin pinjaman telah dinaikkan kepada 70%
  • Tahun 80an : Terus dinaikkan kepada 80%
  • Mulai tahun 2000 : Margin pinjaman rumah naik kepada 90%
  • Terkini : Margin pinjaman perumahan 95% dan 100% diberikan kepada peminjam sudah menjadi perkara biasa
  • Pinjaman BANK PemajuYa….bibit-bibit lonjakan begitu mendadak mula kelihatan apabila margin pinjaman rumah naik & dipermudahkan, generasi muda (20an – 30an) yang merangkumi 30% daripada jumlah penduduk di Malaysia sejumlah 28 juta (sekitar 8 juta) mula berlumba-lumba beli memiliki rumah sendiri
  • Bayangkanlah kumpulan 8 juta yang secara tiba-tiba “meletup” dan membantu pasaran hartanah
Akhirnya siapa yang tersenyum, sudah tentulah kapitalis seperti REDHA yang akan tersenyum lebar melihat situasi dan masalah sebegini yang akan terus memberikan keuntungan besar buat mereka.
“Permintaan naik, bekalan tidak cukup, harga rumah semestinya akan meningkat”
Inilah yang dinamakan hukum ekonomi. Apabila harga rumah mula melonjak, pemaju mula memasang impian untuk mendapatkan keuntungan yang lebih besar. Apabila kapitalis seperti REDHA mula tamak inilah jadinya :
  • Permintaan rumah untuk golongan rendah dan pertengahan : REDHA kurang mengambil perhatian (untung kurang besar)
  • Permintaan rumah untuk golongan kaya : REHDA cukup sayang golongan seperti ini (semestinya margin keuntungan untuk mereka lebih besar)
Akhirnya apa yang terjadi? Siapa yang menjadi mangsa?
Jual Rumah Teres
Apabila rakyat Malaysia ramai merungut harga rumah mahal/melonjak terlalu cepat, apa yang dikatakan oelah pemain hartanah seperti di bawah ini? Mereka tidak sedikit pun merasakan harga rumah di Malaysia sangat mahal. Contohnya :
Gaji VS Rumah di Malaysia
  • Terence Wong (CIMB Head of Research) mengatakan pendapatan dan gaji dikalangan rakyat Malaysia naik sangat tinggi
  • Kadar cagaran sudah sudah mula turun separuh
  • Kemampuan pembeli rumah naik 2 kali ganda, di mana mereka merasakan anda, anda dan anda semua sepatutnya juga mampu membeli rumah 2 kali ganda harganya
  • Gaji rakyat malaysia telah melonjak lebih cepat daripada lonjakan atau kenaikan harga rumah
REDHA Malaysia
Maknanya bagi mereka memang tiada masalah melibatkan harga rumah di Malaysia? Di manakah kebenarannya? Apakah pihak yang bertanggungjawab dan menyebabkan kenaikan harga rumah di Malaysia? Adakah pemaju? Pihak bank? Ataupun pihak kerajaan Malaysia? Ataupun rakyat Malaysia?
Faktor Kenaikan Harga Rumah
P/S : Apa pilihan anda? Apa pendapat anda pula? Mohon kongsikan bersama kami di sini dan bagaimana untuk mengatasinya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online