picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 6 Oktober 2013

Pasar Malam Malaysia Di London Tarik 25,000 Pengunjung…Sambal Dan Serbuk Kari LICIN!

Siapa sangka ‘pasar malam’ Malaysia di London boleh mendapat sambutan hangat hingga 25,000 pengunjung!

Itulah hakikatnya bila mat dan minah salleh sanggup bersesak di Trafalgar Square, di sini semata-mata untuk merasai pengalaman rakyat Malaysia dari segi makanan, budaya dan hospitaliti melalui ‘Malaysia Night’ yang telah diadakan buat kali keempat pada 4 Oktober lalu.

Bayangkan betapa terujanya mereka hinggakan perencah sambal dan serbuk kari di beberapa gerai etnik habis dijual selepas acara yang bermula pada tengah hari itu tamat pada jam 10 malam.

Sebanyak 17 gerai Malaysia di United Kingdom mengambil bahagian dalam acara tahunan anjuran Program Dapur Malaysia di bawah Kementerian Perdagangan Luar Negeri (Matrade) itu.

Antaranya Tuk Din Flavours of Malaysia, Pan Chai, The Malaysian Pancake Co, Roti King, Bonda Cafe, Puji-puji dan Makan Cafe.

Selain itu, terdapat juga khemah pihak Tourism Malaysia, Malaysia Airlines (MAS) dan Lotus.

Acara yang dimulakan pada tahun 2010 itu bukan sahaja menjual pelbagai juadah tempatan Malaysia seperti satay, laksa, nasi lemak, apam balik dan teh tarik, malah turut mempromosikan tarian dan karya seni negara kita melalui persembahan dan pameran.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr. Wong Lai Sum, acara seumpama itu nyata meberikan impak besar dalam mempromosikan pelancongan di Malaysia.

“Tahun ini sahaja, 1.3 bilion orang di Amerika Syarikat, United Kongdom, Australia dan New Zealand mengatakan bahawa mereka kini mendapat lebih banyak maklumat mengenai Malaysia dan 24 peratus daripada jumlah ini mahu merasai makanan Malaysia.

“Acara seumpama ini juga turut membantu mereka membezakan makanan Malaysia dengan negara lain seperti Indonesia atau Thailand,” ujarnya.

Ha, lihatlah betapa orang di luar sana menghargai makanan dan budaya kita. Iyalah, kadang-kadang ada orang kita ni malu hendak mengaku makan sambal belacan. Takut dikata kekampungan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online