picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 19 Oktober 2013

Kafe kedai hardware


KONSEP yang diketengahkan di Hardware Cafe jarang dipraktikkan oleh pemilik restoran lain.



SUDAH lama sebenarnya kru Jurnal mahu menemu bual pemilik Hardware Cafe iaitu ketika penulis mula-mula terpandang kain rentang kafe ini di pusat beli-belah Space U8, Shah Alam, Selangor tetapi hasrat itu terbantut atas sebab tertentu.
Namun, hasrat itu akhirnya terlaksana apabila pemilik sudi berkongsi cerita mengenai konsep dekorasi yang diketengahkan.
Kafe milik pasangan suami isteri, Azman Jaafar, 40, dan Hasliza Ab. Manan, 31, ini dibuka pada Disember 2011.
“Sebenarnya kafe ini merupakan ilham suami yang minat dengan barangan perkakas rumah atau hardware dan saya pula suka membuat kek. Untuk itu, kami gabungkan minat kami ini di Hardware Cafe.
“Kami membeli unit kedai yang pertama pada tahun 2009. Kemudian kami membeli unit kedai kedua selepas ada pemilik yang membatalkan pembelian pada saat akhir tetapi kami tidak menyangka ia sebenarnya unit kedai yang terletak bersebelahan unit kedai kami.
“Mungkin sudah rezeki kami untuk mendapat kedua-dua unit kedai sebelah-menyebelah ini. Pada mulanya kami mahu menyewakan lot-lot kedai ini tetapi kemudian kami memutuskan untuk membuka sebuah kafe.
“Pada awalnya kami terfikir untuk membuka kafe tetapi disebabkan ruang kedai yang luas, kami akhirnya turut membuka kedai yang menjual perkakas rumah pula,” ujarnya.

RUANG khas turut disediakan bagi mereka yang merokok.


Bukan Melayu
Tambah Hasliza, pada kebiasaannya jika si suami membeli barangan perkakas rumah, si isteri pasti menunggu di dalam kereta sahaja.
Namun di Hardware Cafe, jika si suami sibuk memilih perkakas rumah, si isteri boleh menikmati hidangan sambil menunggu si suami.
“Konsep kafe seperti ini sudah lama dipraktikkan di negara Barat. Hardware itu sendiri membawa maksud yang luas dan untuk itu, kami tampilkan nama kafe yang unik selain mudah diingati.
“Selain itu, nama menu makanan dan minuman kami gabungkan dengan nama perkakas rumah seperti bora cylinder, pineapple fluorescent dan hardware ribs,” jelas Hasliza yang memilih Space U8 sebagai lokasi perniagaan kerana ia terletak berdekatan dengan rumahnya.
Ujarnya, ramai pelanggan yang keliru kerana kebanyakan kafe yang menggunakan nama seperti itu selalunya milik bukan Melayu.
“Nama yang agak kebaratan lebih banyak diguna pakai oleh orang bukan Melayu. Ada juga pelanggan yang terkejut apabila mengetahui Hardware Cafe sebenarnya milik Melayu Islam,” katanya yang turut menyediakan menu makanan yang dibawa khas dari Sabah khususnya oleh Chef Radien Janik yang berasal dari Kota Belud.
“Masakan Sabah berbeza dari segi rasa dan cara penyediaannya. Saya percaya restoran lain, lain caranya. Alhamdulillah pelanggan menyukai kelainan yang kami bawakan ini,” cerita ibu kepada dua orang anak ini.

WARNA coklat dipilih bagi melatari ruang kafe yang terletak di Space U8, Shah Alam ini.


Pelantar minyak
Menjenguk ke ruang kafe, pemilik mengaplikasikan konsep ringkas dengan coklat keperangan menjadi warna utama yang melatari keseluruhan ruang.
Di bahagian dinding, pemilik mengabadikan gambar kenangan ketika bekerja di pelantar minyak sekali gus menampakkan kelainan kepada kafe yang beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin ini.
“Pada mulanya terdapat sebuah pintu yang menghubungkan kedua-dua lot kedai ini tetapi kami mengubahsuai dengan menjadikan sebahagian daripada ruang yang menempatkan barangan perkakas rumah itu sebagai ruang santai pelanggan.
“Hasrat itu direalisasikan pada tahun lalu bagi memberikan keselesaan kepada pelanggan yang mempunyai anak kecil.
“Pada asalnya kami menyediakan sebuah ruang santai sahaja tetapi disebabkan permintaan pelanggan, kami turut menyediakan ruang santai bagi mereka yang merokok di belakang kedai.
“Oleh sebab itu warnanya juga berbeza daripada ruang di bahagian depan,” ujarnya sambil memberitahu, kafe itu muat untuk 150 orang pada satu-satu masa.
Pemilik turut menyediakan ruang khas untuk kanak-kanak bermain ketika ibu bapa menikmati hidangan. Aura ketenangan semakin dirasai sebaik sahaja terdengar deburan air pancut yang diletakkan di sudut santai.
Pelanggan pula layak mendapat kad keahlian Hardware Cafe secara percuma sekiranya berbelanja sebanyak RM50 dan ke atas. Kad diskaun yang sah selama dua tahun itu memberi potongan harga sebanyak 15 peratus ke atas harga makanan dan barangan di sini.
“Kad keahlian ini juga boleh digunakan di pusat boling milik Ratu Boling Negara, Shalin Zulkifli iaitu Shalin’s Bowl,” jelasnya yang bercadang membuka cawangan Hardware Cafe dalam tempoh lima tahun akan datang.
Jemput like ke page kami :-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online