- Ahmad Shabery berkesempatan bermain gitar interaktif ketika melawat ke gerai pameran selepas merasmikan Karnival Jalur Lebar Peringkat Parlimen Kemaman di Padang Astaka, Taman Bandar Chukai, petang semalam.
KEMAMAN – Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyasarkan untuk meningkatkan kelajuan internet antara 4 hingga 10 Mbps di seluruh negara termasuk di kawasan pedalaman dalam tempoh tiga tahun bermula sekarang.
Menterinya, Datuk seri Ahmad Shabery Cheek berkata, purata kelajuan internet negara sekarang yang antara 4 hingga 5 Mbps sudah tidak memadai.
“Kelajuan (4 hingga 5 Mbps) mungkin mencukupi ketika orang sekadar berkomunikasi melalui emel dan melayari internet, tetapi dalam keadaan sekarang pengguna internet menonton ‘you tube’ dan memuat turun video. Ia sudah tidak memadai dan memerlukan kepantasan internet yang lebih,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kemaman.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Jalur lebar Peringkat Parlimen Kemaman yang diadakan di Padang Astaka, Taman Bandar Chukai, petang semalam.
Meskipun begitu, Ahmad Shabery berkata, purata kelajuan internet negara kini setaraf dengan negara maju seperti negara-negara Eropah.
“Kelajuan intenet kita tak jauh beza dengan negara Eropah. Penembusan jalur lebar kita sudah sampai 70 peratus dan negara kita adalah negara yang terbaik (dari segi penembusan jalur lebar).
“Ketika ini kelajuan (internet) purata di kawasan bandar boleh dibanggakan tapi untuk di kawasan luar bandar ia memerlukan komitmen yang lebih lagi kerana negara kita berbeza dengan Korea. Korea rakyatnya hanya berpusat di enam bandar besar tetapi Malaysia (pola penempatan) lebih berselerak,” katanya.
Mengulas mengenai meningkat akses internet di Sabah dan Sarawak, kata beliau, kerja-kerja tapak sedang dijalankan dan lokasi pemasangan menara sudah dikenal pasti.
“Dalam masa tiga tahun kita akan dapat lihat satu perubahan yang besar dan daripada apa yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dalam pembentangan Bajet 2014) semalam, jumlah peruntukan keseluruhan hampir RM6 bilion untuk peningkatan akses internet.
“Tak banyak negara yang sanggup korbankan sejumlah itu untuk tujuan pengembangan jalur lebar dan internet negara,” katanya.
Katanya, kerajaan benarkan pihak swasta untuk memberi tumpuan (meningkatkan kelajuan internet) di kawasan bandar dan kerajaan pula akan beri tumpuan di kawasan luar bandar.

Jemput like ke page kami :-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan