picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 11 Oktober 2013

3 ahli KWSP didenda RM3,900 kesalahan tipu pengeluaran



KUALA LUMPUR 10 Okt. - Tiga ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) didenda atas kesalahan menipu pengeluaran perumahan pada suku tahun ketiga 2013 (S3 2013).
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, ketiga-tiga ahli itu disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 59 Akta KWSP 1991 dan didenda sebanyak RM3,900.
"Ketiga-tiga ahli itu telah memalsukan dokumen sewaktu melakukan pengeluaran perumahan daripada akaun KWSP mereka. KWSP memandang serius kesalahan penipuan pengeluaran. Ahli KWSP seharusnya sedar kesan daripada tindakan sedemikian yang juga menyusahkan mereka kelak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Nik Affendi berkata, ahli pertama dari Kajang, Selangor didenda RM2,000 atau penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda manakala kedua-dua ahli berikutnya berasal dari Kuala Lumpur masing-masing didenda RM900 dan RM1,000.
Di bawah Akta KWSP 1991, mana-mana ahli yang didapati bersalah menipu pengeluaran akan berhadapan dengan penjara sehingga tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Sehubungan itu, Nik Affendi mengingatkan ahli KWSP bahawa cubaan untuk mengaburi mata KWSP tidak akan berkesan kerana KWSP dilengkapi sistem yang boleh mengesan dan mengenal pasti ahli yang cuba mengeluarkan wang dengan cara yang salah.
"Mana-mana ahli yang telah mengembalikan wang yang telah dikeluarkan itu dalam tempoh enam bulan dari tarikh sabitan akan hanya dibenarkan memohon untuk membuat pengeluaran yang sama dua tahun selepas wang tersebut dikembalikan," katanya.
Beliau berkata, ahli yang gagal memulangkan amaun yang dikeluarkan selepas tempoh enam bulan dari tarikh sabitan akan hilang hak untuk membuat pengeluaran yang sama selama-lamanya.
"Ahli KWSP yang ingin mengeluarkan wang mereka, dengan syarat mereka telah memenuhi kelayakan yang ditetapkan, dinasihat untuk berurusan terus di mana-mana cawangan KWSP," katanya.
Kepada sesiapa yang ingin melaporkan sebarang kegiatan atau percubaan menipu boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian Hotline Anti-Fraud KWSP di talian 03-2616 2121 pada waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat. - BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online