Tahukah menguap sebenarnya boleh berjangkit. Tak caye? Boleh try menguap tengok mesti member sebelah pun menguap jugak. Kajian menunjukkan 55% orang akan menguap selepas kawannya menguap.
Tahukah kome mendengar ceramah juga boleh mengakibatkan menguap tahap dewa laut? Masih belum ada kajian yang dibuat mengapa hal ini berlaku..
secara saintifiknya pula menguap adalah kerana tubuh kekurangan oksigen, oleh itu mulut kita secara automatiknya membuka ruang seluas2 luasnya untuk mendapatkan oksigen
kalau tak percaya, cuba korang yg dah rasa nak mula menguap tu bangun sekejap, rehatkan diri...
lebih elok cari kawasan yg agak luas, tarik nafas panjang2
(melalui hidung ya)
Menguap Dlam Islam
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita bahawa menguap berasal dari gangguan syaitan.
Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :
Berusaha menahannya sedaya upaya.
Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :
"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)
hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menetapkan mana2 bahagian),
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),
“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).” (Hadis Riwayat Muslim)
Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (mungkin sebab tulah ada orang terdengar hantu2 ketawa di banggunan baru ijn).
******************************
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),
“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Mohon SEMUA yg baca tolong SHARE utk pengetahuan bersama. Secebis kebaikkan kita sebarkan, sejuta keberkatan kita dapat.
Jemput like ke page kami :-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan