Assalamualaikum dan selamat tengahari:)
Selalu
kita dengar ibu atau isteri mengarahkan kita supaya menambah sedikit
ajinomoto untuk kasi lazat lagi itu masakan. Itupun kalau para bapa yang
disuruh oleh isteri untuk masak. Jikalau isteri yang masak, pernahkah
kita cakap “kasi tambah sikit tu ajinomoto supaya sedap sayang!”
Demikianlah
pendahuluan kepentingan ajinomoto atau Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam
memujuk hati segenap surirumah supaya melazatkan lagi makanan mereka.
Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah peranan
MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu tidak hairanlah
jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya
sebotol penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’ setia di dapur.
Tetapi
adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan
oleh pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif
kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah
dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara
kelahirannya sendiri?
Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo
Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84
ekor tikus yang diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya
menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor
(ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut
dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University
Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu
menjejaskan otak dan urat saraf.
Fakta ini terbukti dengan
sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang
digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese Restaurant Syndrome). Ia
ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji
pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa
kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah
anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit.
Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya
adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh
Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua
pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan
cina.
Selain itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak.
Penggunaan secara berleluasa dalam makanan ringan dan makanan bayi
menyebabkan anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr.
Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang
normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan
buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. Tambahan pula,
kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran.
Inisiatif
terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan mengelakkan
penggunaan MSG, dan menggantikannya dengan bahan perasa asli. Surirumah
dan peniaga tidak perlu bimbang tentang kualiti rasa makanan, kerana
kebanyakkan masakan tempatan sudah sememangnya kaya dengan ‘rasa
tersendiri’ dari penggunaan pelbagai jenis herba dan rempah-ratus.Assalamualaikum dan selamat tengahari:)

tersendiri’ dari penggunaan pelbagai jenis herba dan rempah-ratus.
picture
PENGENALAN
- MEMBORONG MEMBEKAL DAN MENGEDAR KELAPA SANTAN / AYAM KAMPUNG
- Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
- ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
- Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
- Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-
Jumlah Paparan Halaman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan