Beberapa hari yang lepas saya telah menulis mengenai bagaimana seseorang yang bekerja makan gaji sebenarnya juga boleh menjadi jutawan dengan membuat pelaburan hartanah. Tanpa melakukan kerja keras untuk membangunkan perniagaan.
Namun sebagai langkah pertama yang anda perlu lakukan jika anda belum mengetahui ialah menggunakan kemudahan “leverage” yang sedia ada dalam negara kita Malaysia yang aman ini.
Apa itu leverage ?
Leverage bermaksud kita menggunakan usaha yang sedikit dan mengandakan usaha ini dengan keupayaan leverage.
Jika anda masih tidak faham, saya berikan anda contoh.
Katakan anda mempunyai RM 1000. Anda mungkin mampu membeli 100 helai baju. Dengan harga RM 10 sehelai.
Jika anda menjual baju ini dengan harga RM 15. Maka anda akan mendapat untung sebanyak RM 5 setiap helai dan keuntungan anda ialah RM 500 bagi keseluruhan baju yang anda jual.
Namun jika anda mempunyai kemudahan “leverage”. Anda yang mempunyai RM 1000 boleh mendapat loan bank sebanyak RM 9,000.
Jadi anda boleh membeli baju sebanyak 1000 helai berbanding hanya 100 sebelum ini.
Setelah menjual kesemuanya, anda mempunyai keuntungan sebanyak RM 5000.
Maka berbekalkan modal yang sama iaitu RM 1000. Dalam kes yang pertama anda mampu membuat untung sebanyak RM 500 dan dalam contoh yang kedua anda dapat membuat untung sebanyak RM 5000. 10 kali ganda lebih daripada biasa.
Mungkin anda perlu membayar beberapa ribu untuk bank sebagai service charge, namun keuntungan anda jauh lebih tinggi berbanding jika anda tidak mempunyai leverage.
Sekarang anda sudah memahami apa itu leverage.
Jadi untuk mendapat leverage seperti ini daripada bank. Anda sudah tentu perlu mempunyai rekod yang baik dengan pihak bank. Tanpa rekod yang baik, bank mungkin tidak akan meminjamkan wang kepada anda.
Oleh itu anda perlu mengetahui apa itu CCRIS dan apa itu CTOS ?
CCRIS
CCRIS adalah rekod yang disimpan oleh bank negara mengenai keupayaan kredit anda. Anda boleh mendapatkan rekod kredit ini daripada bank negara atau cawangan bank negara di seluruh negara.
Anda hanya perlu membawa Kad Pengenalan dan ibu jari anda. Di sana nanti terdapat sebuah mesin untuk anda masukkan kad pengenalan dan letakkan ibu jari anda di tempat yang dikhaskan.
Maka anda akan mendapat laporan CCRIS anda.
Laporan CCRIS ini akan menunjukkan semua hutang anda yang sedia ada dengan bank.
Di sebelah kanan pula terdapat kotak-kotak yang menunjukkan bulan-bulan pembayaran anda.
0 – pembayaran tepat pada waktunya
1 – pembayaran lewat sebulan
2 – pembayaran lewat 2 bulan
3 – pembayaran lewat 3 bulan
1 – pembayaran lewat sebulan
2 – pembayaran lewat 2 bulan
3 – pembayaran lewat 3 bulan
Dan ada satu lagi ruangan “remarks”, dalam ruangan ini akan dinyatakan samada anda pernah menerima perintah mahkamah atau tidak.
Sewaktu saya mengambil laporan CCRIS ini beberapa bulan yang lepas, saya mendapati terdapat beberapa loan dan loan lama yang saya sudah langsaikan. Rupanya pihak bank tidak mengeluarkan rekod ini walaupun saya telah lama membuat bayaran penuh.
Contohnya
1. Rumah Taman Dagang – bayaran semua 0 – bermakna bagus
2. Kad Kredit – terdapat 5 kad kredit walaupun saya telah batalkan 3 daripadanya.
3. Loan Kereta – terdapat 3 loan kereta saya iaitu Camry, Vios dan Waja.
2. Kad Kredit – terdapat 5 kad kredit walaupun saya telah batalkan 3 daripadanya.
3. Loan Kereta – terdapat 3 loan kereta saya iaitu Camry, Vios dan Waja.
Di sini saya menyedari satu kesalahan saya. Walaupun saya sering membayar loan ini lebih daripada yang sepatutnya. Tapi biasanya saya akan membayar dalam tempoh masa 2-3 bulan sekaligus. Ini mengakibatkan laporan CCRIS saya kelihatan tidak cantik kerana terdapat nombor 1, 2 dan 3.
Sekarang saya faham, kenapa loan baru saya susah untuk approve. Rupa-rupanya, inilah yang dilihat oleh pihak bank.
Jadi saya mengambil tindakan. Membayar penuh kesemua kad kredit saya dan membatalkan kesemuanya. Saya memang sejak dahulu mengimpikan hidup tanpa kad kredit.
Saya juga membayar penuh kereta Vios dan Waja saya yang hanya tinggal kira-kira RM 50,000 sahaja hutangnya. Dengan membayar keduanya secara penuh, saya harapkan rekod saya akan bersih pada bulan hadapan.
Loan Rumah dan Camry pula, saya bayar 2 bulan kehadapan. Ini adalah supaya saya tidak akan terlewat lagi membayar keduanya.
Bank Negara akan mengemaskini rekod ini setiap 15hb pada setiap bulan. Sebagai langkah proaktif, pegawai bank negara menasihati saya untuk menghubungi setiap bank dan meminta mereka untuk memadamkan rekod dalam rekod CCRIS jika hutang itu sudah dilangsaikan.
Jadi saya mula menelefon setiap bank yang saya ambil kad kredit dan loan kereta untuk mereka memadamkan rekod saya yang ada. Dengan ini apabila saya buat loan baru, bank lain akan mengetahui bahawa komitmen saya tidaklah tinggi.
CTOS
Perkara kedua pula ialah CTOS. Saya pergi ke pejabat CTOS di Megan Avenue 1 di belakang Ampang Park. Di situ saya dibantu oleh seorang pegawai mereka untuk membuka akaun online di portal CTOS.
Dalam beberapa minit, laporan CTOS saya dicetak dan seorang pegawai memanggil saya memasuki sebuah bilik tamu untuk menerangkan laporan itu.
Beliau menerangkan. Laporan CTOS saya clear namun terdapat satu perintah mahkamah. Saya pun bertanya beliau, apa maksud perintah mahkamah itu ?
Pegawai itu menerangkan bahawa mungkin kereta saya pernah ditarik. Saya cakap, “Ya, pernah”, tetapi itu pada 5 tahun yang lepas. Namun saya telah bayar penuh kereta waja itu”
Pegawai itu meminta saya mengemukakan surat dari bank untuk memadamkan perkara itu.
Saya segera berhubung dengan pihak bank dan segera emailkan kepada pegawai tersebut.
Sekarang saya tidak lagi perlu ke pejabat CTOS setiap kali ingin memeriksa laporan CTOS saya. Saya boleh check secara online dari website mereka.
Alhamdulillah, rekod buruk itupun sudah clear.
Maka jalan saya untuk melabur dalam bidang hartanah pada tahun 2013 semakin cerah. Komitmen saya yang sebelum ini ada kesemuanya 9 (1 loan rumah, 3 loan kereta dan 5 kad kredit) telah menjadi hanya 2 sekarang.
Jadi saya mempunyai ruang yang cukup besar untuk saya buat pinjaman yang seterusnya.
Kepada anda yang tidak pernah memeriksa laporan ini. Segeralah berbuat demikian.
Walaupun bank dianggap sebagai syaitan bagi sesetengah orang. Namun kadang-kadang syaitan ini diperlukan untuk kita menggunakan kemudahan leverage yang mereka sediakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan