Apa khabar? Buat pengetahuan anda saya kini sedang berkursus Kejurujualan dan Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang.Insyaalah saya akan kongsikan apa yang saya pelajari disini. Ia sesuai untuk sesiapa sahaja yang berminat dengan keusahawanan.
Apa yang saya ingin sampaikan kali ini adalah berkenaan rahsia kejayaan KFC,Mydin dan Kedai Mamak.Ini adalah apa yang saya dapat dari kursus pada hari ini.Ia akan dikongsikan buat anda.Saya cepat² tulis di bolg ini kerana takut saya terlupa.
Kejayaan KFC
Semua orang tahu tentang ketabahan Colonel Sanders bagi membina kejayaan KFC.Apa yang anda tidak tahu bahawa faktor kejayaan KFC bukan terletak pada ayamnya semata mata.Ia juga terletak kepada mentaliti kita.Ia adalah kita mahukan prestige apabila makan di tempat yang mahal sedangkan ayam di pasar malam lebih kurang sama rasanya. Yang menarik kita adalah kerana prestigenya.Sebab itulah restoran KFC dindingnya adalah cermin.Ini sebenarnya untuk menimbulkan secara psikologi pada kita untuk menunjuk kat orang kat luar bahawa “Aku makan ayam KFC”..:P
Antara kejayaan lain ialah konsistensi. Jika anda perasan,semua ayam dan makanan dari KFC mempunyai rasanya sama walaupun dimana anda membelinya. Usahawan kita susah untuk konsisten dalam menghasilkan produk makanan. Sebagai contoh mee rebus..Jika anda makan di Johor ia lain,di Terengganu lain,di Kedah lain , di KL lain..Jadi tiada rasa yang sama yang boleh menjustifikasikan ia sebagai “mee rebus”.Jadi ia sukar untuk dibrandkan..
Kejayaan Kedai Hardware (bahan mentah pembinaan) Cina
Jika saya ke mana mana saya sering melihat bagaimana kedai hardware cina ini beroperasi. Jika anda tanya kebanyakan kontraktor, kedai hardware cina atau melayu yang mereka suka? Pasti jawapannya ialah kedai Hardware Cina. Walaupun kedai hardware cina.mereka bersebelahan,perniagaan mereka masih boleh maju.Anda tidak rasa pelik ke? Rahsia mereka ialah mereka jual kepercayaan & rasa hormat. Mereka benar benar tahu apa yang mereka jual.Mereka tidak loket memberi khidmat nasihat secara percuma jika anda bertanya.Ia menyebabkan anda/kontraktor berasa gembira dan akan datang lagi membeli kerana mereka membantu anda.
Jika seorang kontraktor yang ingin “masuk tender”,anda mintak la quotation dari mereka dan bandingkan dengan quotation anda.Tanya mereka jika perbezaan harga dengan quotation anda,mereka tanpa segan silu akan menurunkan harga barangan mereka mengikut kemahuan anda.Anda pasti akan ke sana lagi jika ia lebih murah.
Ia berlainan dengan pembekal melayu yang hanya ingin menjual.Malah yang menjual tidak tahu langsung tentang yang dijual. Jadi bagaimana anda nak membeli jika penjual tidak tahu tentang apa yang anda hendak.Ini yang tidak ada pada kebanyakan usahawan melayu. Kadang² mereka sendiri tidak tahu tentang apa yang dijual. Orang jual barang hardware,aku pun nak jual barang hardware. Perangai ikut orang itulah yang membinasakan perniagaan mereka.
Selain itu mereka mempunyai networking dan persatuan yang pasti akan membantu jika ahli mereka menghadapi masalah.
Kejayaan Restoran Mamak
Restoran Mamak cukup berjaya di kawasan pantai barat malaysia.Kenapa? Mereka menyediakan tempat “lepak” buat kita.Kita boleh berada berjam jam di restoran mamak tanpa dikacau. Jika di restoran melayu,pasti ada pekerja yang mula lap² tempat kita duduk supaya kita cepat² blah. Tempat mereka juga luas!!!
Salah satu sebab lagi ialah servis mereka cepat. Apa yang kita order akan dihantar secepat mungkin. Ia adalah kerana ia sebenarnya dah pun ready made..Jika mee mamak,mereka just panaskan sahaja dan hidangkan kepada kita. Tak kisah la,pelanggan mereka bukan tahu pun..asalkan panas je..:p
Pekerja mereka tidak akan kacau kita di restoran mereka,Mereka tidak akan lap meja kita duduk selagi kita berada di situ.Lepas kita tinggalkan meja,mereka cepat² lap meja. Ia berlainan dengan restoran melayu yang tidak sabar untuk lap meja kita duduk tu. Ia seolah olah mahu menghalau…
Ha…ada banyak lagi nak dikongsi ni..Kita sambung lain kali..Malam ni kursus bersambung.Petang ni agak relax & saya boleh jalan² di pantai. Saya berkursus di Batu Buruk Beach Resort.Best tempat ini..memang betul² ditepi pantai.Saya buka sahaja pintu saya dah nampak pantai..Nanti masuk kongsikan gambar bersama anda semua..
Jemput like ke page kami :-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan