picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 10 Oktober 2013

Harga Makanan Naik 10%-20%. Inflasi Naik 3%! Harga Minyak Naik Lagi. BLR Akan Naik 2014?

Harga Roti Canai Naik
Perkara telah berlaku. Berkemampuan atau tidak, rakyat Malaysia tetap mesti menghadapi lonjakan kenaikan harga barang dan makanan di Malaysia. Belum termasuk lagi kenaikan harga rumah 10% = RM30,000 (DI SINI). Semuanya…..
Semuanya dek kerana kerana pengumuman kenaikan harga minyak di Malaysia (RON 95 & diesel) bulan September lepas.
Seperti biasa & telah dijangka peniaga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama “memeriahkan lagi” lonjakan & gelombang kenaikan harga barang & makanan di Malaysia ketika ini. Memburukkan lagi keadaan apabila terdapat kalangan peniaga yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang berlebihan atas nama kenaikan harga minyak RON 95 & diesel dengan menaikkan harga makanan & minuman sehingga ke paras 20%. Patutkah?

Harga Makanan Naik 0.1%? Realiti @ Fantasi?

Kenaikan Harga Barang 2013
  • Berlainan pula dengan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hasan Malek yang hanya menjangkakan harga makanan akan naik 0.1% sahaja.
  • Realitinya yang dihadapi rakyat Malaysia sekarang ini?
Nampaknya kerajaan Malaysia & menteri yang terbabit tidak belajar daripada kesan rantaian yang berlaku dek kerana pengumuman harga minyak sebelum ini. Malahan kalangan penganalisis dari firma penyelidikan tempatan bersependapat, andaikata harga minyak diturunkan pada bulan depan sekalipun harga barang & makanan tidak akan kembali normal seperti biasa.
Datuk Seri Najib Razak memohon (SEPERTI DI BERITA INI) kalangan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang & makanan. Tetapi….hakikatnya berapa ramai yang mendengar saranan Perdana Menteri?
Harga Barang Naik 2013

Kos Sara Hidup Meningkat VS Kadar Inflasi di Malaysia

Dan…apa yang lebih membimbangkan adalah kalangan pakar ekonomi & penganalisis telah menjangkakan :
  1. Kadar inflasi di Malaysia akan mencecah kepada paras 3% menjelang akhir tahun 2013 melihatkan trend kenaikan harga barang & harga makanan yang akan terus meningkat ke paras yang lebih tinggi selepas ini.
  2. Kerajaan Malaysia dijangka akan mengumumkan harga minyak RON 95 akan naik lagi secara beransur-ansur pada bulan-bulan mendatang
  3. Tekanan kos sara hidup akan terus dirasai rakyat Malaysia, apabila kerajaan juga dijangka mengurangkan lagi kadar subsidi bagi gula dan tepung tidak lama lagi.
Oleh itu, jika kadar inflasi di Malaysia melonjak ke paras sekitar 3.5% Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mungkin tiada pilihan lain selain menaikkan Kadar Dasar Semalam @ Overnight Policy Rate (OPR) dengan harapan mengurangkan semula kadar inflasi di Malaysia tetapi dalam pada masa yang sama menyebabkan aktiviti ekonomi akan bergerak perlahan pada ketika itu. Apa pendapat balas anda pula?
P/S : Bagaimana pula harga barang & makanan di tempat anda selepas kenaikan harga minyak tempoh hari?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online