picture

picture

PENGENALAN

Foto saya
Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Malaysia
ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....kepada semua para tetamu yang berhormat sekalian...kami disini adalah dari salah sebuah syarikat bumiputra yang telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dan telah sekian lama menceburi didalam bidang yang berkaitan dengan memborong membekal dan pengedar sehingga sampai ke tangan dan dijamin dengan harga yang memuaskan. Diantara prodak yang kami pasarkan ialah seperti KELAPA SANTAN DAN AYAM KAMPUNG. Disini juga kami ingin memaklum kan bahawa kami juga menyediakan pengkhidmatan membekal telor ayam dan gas .
  • Lokasi : BANDAR SERI PERMAISURI,BANDAR TUN RAZAK, Malaysia
  • Alamat : Blok 05-00-01,Flat sri johor, 6km, Cheras,56100 Kuala Lumpur . MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Phone: 018-2755546
Komen ke blog kami atau hantarkan email
kepada: nwstimes@gmail.com
Jemput like ke page kami :-


Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 2 Oktober 2013

Perbankan wajib salur maklumat

Para pemohon pinjaman bank wajar dibantu sekiranya permohonan mereka ditolak. - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR 2 Okt. - Institusi perbankan tempatan wajib memberikan maklumat dengan lebih telus mengapa sesuatu permohonan pinjaman itu gagal disalurkan kepada pihak berkuasa, kerana maklumat yang diperoleh itu membolehkan golongan yang sukar mendapat pinjaman, dibantu.
Presiden Gabungan Pelaburan Semula Komuniti Kebangsaan Amerika Syarikat (NCRC), John Taylor berkata, kaedah itu diguna pakai di negaranya melalui penguatkuasaan Akta Pelaburan Semula Komuniti (CRA).
Malah, katanya, akta tersebut membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas perbankan jika dikesan didapati cuba bersikap tidak adil dalam menentukan kelulusan pinjaman.
"Maklumat terkumpul boleh dinilai sama ada kelulusan permohonan pinjaman ditentukan oleh perkauman, jantina dan latar belakang peminjam.
"Kaedah ini juga boleh mengesan jika perbankan cuba menghalang akses pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membentangkan pelaksanaan CRA yang dipraktikkan di negaranya, di sini hari ini.
Tujuan asal pengenalan CRA adalah bagi menggalakkan perbankan memberikan akses pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah.
Tambahnya, kaedah itu berjaya menangani kesukaran golongan berpendapatan rendah atau sederhana khususnya bagi mendapatkan pembiayaan perumahan.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20131002/ek_01/Perbankan-wajib-salur-maklumat#ixzz2gYqyHHvW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO AWANI Online